EESYA

AARIZ

Sunday, August 22, 2010

Weekend yang Fully Utilized...

Jumaat

Asal perancangan adalah nak suh Encik Pejoi belanja makan Restoren Sg. Wang yang di war-warkan sedap oleh Cik Meow.. Meow kata sedap chinese food kat situ.. Siap tayang gambar dalam FB... Wahhh.. Nafsu memakan chinese food dalam diri aku pun meluap-luap.. Terus sms Encik Pejoi tetengah hari buta cakap nak makan kat situ..

Alih-alih, pukul 6.30pm baru gerak dari rumah.. Lalu depan Restoren tu.. Nampak tak ramai orang sangat.. Boleh pulak Encik Pejoi "Tak ramai pun? Kalau jenis restoren tak ramai camni, baik kita tunggu bawak mak ayah semua skali baru meriah skek.." Aku "Habis.. Nak makan kat mana pulak.. Dah pukul baper nih?" Encik Pejoi.. "Erm... Abang tingin nak makan kat EQ laaaa.." Cesss.. Apa tak dikabornye awal.. Makanya terus laa menuju ke Equatorial untuk berbuka puasa kat sana..

Sampai-sampai, bukak jer pintu ke Coffee Garden tu, muka yang first skali aku nampak dedepan pintu adalah muka Encik Apit Uiks... Opismate aku daaa.. Rupanya bebudak opis yang belah bangunan atas bukit sana buat bukak posa beramai-ramai... Bertembung dengan ramai laa juga manusia yang dikenali.. Hahaha..

Juadah kat EQ cam biasa.. Banyak choice.. Kambing golek, ketam, bla bla bla.. Sampai esok pagi makan pun tak habis.. Eesya pun sangat happy sebab meja kitorang dekat dengan stage yang duk buat show gamelan.. Siap duk menari2 kat tepi meja... Hahahha..

Eesya tengah ralit tengok performance gamelan..

Cobaan menghijack stage... Nak join group gamelan... Hehehe

Semua tu dia rasa semulut jer.. Last2 yang ngabihkan adalah mama dia jugakk... Haishhh..

Lepas makan lebih kurang, kul 8pm terus chow.. Tak tunggu solat Maghrib kat surau pastu sambung makan lagi cam tahun2 sudah.. Sebabnya dah janji dengan tailor nak pi amik baju raya aku yang dah siap kul 8.15pm...

Harga adalah RM72++/pax.. Tapi sebab kalau pakai kad kredit CIMB dapat 15% discount, so total adalah RM140... Yer ler.. RM72 tu tak campur tax berapa percent tu lagi kan...

Sabtu

Asalnya perancangan nak bertolak balik ke Taiping awal.. Lepas subuh camtu.. Tapi sebab budak Eesya yang tak sihat, memuntah tetengah malam... Habis katil bantal semua sampai dah takde cadar dah aku nak salin, jadiknya kitorang bertolak lambat sebab qada tido... Hahaha

Kul 12 camtu baru bertolak... Sampai Taiping, lepak kejap.. Pastu ngusik Eesya.. "Eesya play with Pak Ngah and Acu ok? Mama n Abah go kedai baju sekejap boleh? " Tetiba dia cakap slamber jer.. "Bolehhhhh" Hahaha.. Apa lagi.. Peluang bukan selalu.. Terus keluar gi Bazaar Taiping carik Baju Melayu purple kat Encik Pejoi... Dapat aaa beli sepasang kat beliau...

Balik umah parents Encik Pejoi, nengok budak Eesya rilekss jer tengah main lagi.. Cess.. Tak heran yer kamu..

Petang tu bukak posa ditaja oleh mak dan pak mertua.. Hahaha.. Nasi ayam dan Keow Teow Sup dan Bubur Lambuk dan... Macam2 laaa.. Yang kagumnya adalah portion nasi ayam tu, banyak giler.. Boleh makan 3 orang.. Tapi RM3.50 jer... Tak dapat kat Penang camni laaa...

Haaa.. Pastu jangan tatau.. Kat Taiping, buffet Ramadhan kat hotel2 harga adalah RM20 - RM30 saja.. Muahaha.. Murah giler kan.. Memang tak dapat ler kat Penang ke KL ke.. Tahun sudah kitorang blanjer family Encik Pejoi gi berbuka kat Traders baru RM100++ jer untuk the whole family... Tapi choice takde ler sebanyak hotel yang harga RM70++ kan... Sendiri mau tau laaa....

Ahad

Hari sembam dan lembam aku.. Hahaha.. Cam biasa tetengah malam Eesya buat hal lagi.. Muntah dan ngigau dan nangis2 sbb blocked nose.. Jadiknya pagi tu kami qada tido lagi... Eesya cam biasa ada ramai babysitter yang menjaga... Lalunya mama beliau menghabiskan masa kat dalam bilik tengok movie kat laptop Encik Pejoi.. Dan zzzzzzzzzzzzz... Hahaha..

Petang, kul 5pm camtu kitorang bertolak balik.. Terus ke Puncak Mutiara, Kampung Pelet.. Dah lama Encik Pejoi duk mengwar-warkan makan kat Kampung Pelet ni.. Dia slalu gi dengan member2 dia.. So aku pun tuntut laaa.. Hehehe..

Buffet dia banyak gak ler choice.. Tapi specialty dia kambing.. So banyak laa menu yang berasaskan kambing... Sup kambing, gulai kambing, kambing golek, kambing kambing.. Hahaha.. Overall, aku suka nasi briyani dan kari kambing dan kambing golek.. Side dishes dia cam bubur kanji, bubur cha cha, ABC adalah nothing special.. Ada yang manis melecaih sampai bengap jap kepala otak aku...

Buffet...

Kambing yang tengah digolek

Tengah pikir nak amik apa lagi...

Dah penuh meja... 2 orang setengah jer makan nih.. Hahaha


Gambar ni ditujukan khas untuk abg iparku, encik Shaiful Jahari.. Muahaha


Dan ini juga... Hehehe... Ni adalah kambing selepas digolekkan tunggu nak masuk perut beta.. :p

Harga sorang RM30 untuk buffet.. Kire ok laa.. Tempat dia pun menarik jer sebab buat pondok2 gitu... Luas plak tu.. Cam satu perkampungan yang sedang berbuka puasa beramai-ramai.. Hehe... Yang kelakar tu, bertembung pulak dengan opismate Encik Pejoi yang sama shift tapi department lain buat bukak posa beramai-ramai kat situ... Hari Jumaat bertembung dengan opismate aku.. Hari Ahad bertembung dengan opismate Encik Pejoi plak... Apakah?

Sekian, weekend saya yg konon-konon adalah fully utilized.. Muahahaha


2 comments:

  1. ohh kampung pelet ni la yang abah kami dok cita dia bakar kambing sekoq tu..kambing tu depa bela sendiri. walaupun bunyinya menarik tapi saya adalah tidak gemar kambing! tapi kalau amin pi ni confirm pulun...silap2 terus darah tinggi naik. haha

    ReplyDelete
  2. Ini bila tahun punya entry yg ko godek drama mama ooi? Hahaha.. Eh, tapi kalau pi sini time bukan buffet, makan laa satay dia.. Sedap! Recommended... Pastu kami suka jugak roti arab dia.. Alamak, aku lak dah terliur nih.. Hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails