EESYA

AARIZ

Thursday, December 29, 2011

What is the dawn phenomenon?

Lagi research berkaitan gestational diabetes.. Tapi kali ni menerangkan simptom aku yg bila pagi saja sugar high... Sekarang aku sudah mula rekod sendiri kadar gula ikut timing satu hari 6 kali to see what is really happening in my body.. And the conclusion yang aku boleh narrow down is this....


What is the dawn phenomenon?

Named after the time of day it occurs, not some high brow researcher, the dawn phenomenon is the body’s response to hormones released in the early morning hours. This occurs for everyone. When we sleep, hormones are released to help maintain and restore cells within our bodies. These counterregulatory hormones (growth hormone, cortisol and catecholamines) cause the glucose level to rise. For people with diabetes who do not have enough circulating insulin to keep this increase of glucose under control, the end result is a high glucose reading in the morning. For pregnant women, the dawn phenomenon is even more exaggerated due to additional hormones released in the night.

How can I treat the high fasting glucose readings caused by the dawn phenomenon?

Several options are worth considering:
  • Exercise later in the day, which may have more of a glucose-lowering effect in the night.
  • Talk with your doctor about a possible medication adjustment to control the higher fasting readings.
  • Limit bedtime carbohydrates and try more of a protein/fat type of snack (nuts, peanut butter, cheese, or meat).
  • Eat breakfast to limit the dawn phenomenon’s effect. By eating, your body will signal the counterregulatory hormones to turn off. This concept can be a little perplexing, as people often say, “But if I don’t eat, shouldn’t my sugar go down?” The opposite is true. By not eating, or skipping meals, it is fairly common to see higher glucose values as a result.
No matter how we label high glucose values, whether caused by the Somogyi effect or dawn phenomenon, we must figure out their cause. Maybe we can start a dawn phenomenon chat room with everyone who will be setting their alarm clocks to awaken at 2 to 3 a.m. for blood sugar checks! One of the keys of diabetes management is identifying glucose patterns and trends over time. Monitoring is the best way to help solve these situations. Researchers are working deligently on newer systems to help unveil glucose patterns with relative ease. So in the meantime, Test! Don’t Guess – And let me know what you discover!

Sumber: http://www.dlife.com/diabetes/blood_sugar_management/garnero_0106

Wednesday, December 28, 2011

2nd Pregnancy - Dugaan kali ini...



Hmmm... Sekarang tengah meresearch pasal kencing manis a.k.a diabetic masa mengandung since test MGTT last week aku telah gagal dengan jayanya... Bacaan lepas puasa is 7 and lepas minum air gula is 12.. Yang mana sebelum minum air gula, doktor cakap is acceptable lagi for pregnant lady,  tapi lepas minum air gula tu dah high sangat.. Meaning,  body aku tak boleh produce insulin dalam kadar yang betul dalam jangkamasa yang diperlukan.. So kemungkinan nak kena inject insulin sampai laa bersalin... Huwaaaaaaaaaaa... Masa mula2 dengar tu cam kaget sebentar.. Biar benar? Tapi untuk kebaikan baby, terpaksa laa redha jugak.. Bak kata 3 doktor yang telah dijumpai, selalunya diabetic ni akan hilang lepas bersalin, tapi still kena take precaution...


So, aku dengan redhanya mintak kat doktor untuk buat test MGTT lagi skali next week.. Sebenarnya bukan apa..

1 - Sebab slalu kalau test urine pagi mmg ada sugar, bila petang boleh lak negative? So aku cam agak confuse di situ.. But now I know (lepas pembacaan dan guggle menguggle sana sini) yang kadar gula dalam badan memang tak sama setiap masa and the best time to test is in the morning (keredhaan di situ..) 

2 - Aku pikir cam agak tidak logik gula aku tinggi since aku makan nasik pun tak.. Pastu bila kena refer ke dietician, dia pun cam akui apa yg aku makan adalah kurang banyak portion karbohidrat dari yang sepatutnya (aku amik karbo time pagi jer..) time lain seminggu sekali-dua Subway (kerat 2 untuk lunch dgn teatime),  asik2 bihun, bihun, bihun, mee..

3- Aku nak melengahkan masa untuk inject insulin itu... Huwaaaaaaaaaa

So ni hasil research antara yg senang nak paham berkaitan kencing manis masa hamil by Dr. Hamid Arshad..

Kencing Manis 

PENYAKIT KENCING MANIS

Ramai wanita tidak menyedari mereka boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika hamil walaupun pada zahirnya mereka sihat dan tidak pernah menghidap penyakit tersebut. Ini adalah disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil. Hormon ini mempunyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan seseorang. Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat. Jika sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar, khususnya jika hormon insulin yang dikeluarkan tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka suatu keadaan diabetes akan timbul.

  Keadaan diabetes menjadi lebih buruk jika wanita itu sememangnya menghidapi kencing manis sebelum hamil dan sedang diberi rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan pengambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes ini lebih sukar distabilkan ketika ibu hamil. Dalam kedua-dua keadaan ini, penyakit diabetes mempunyai beberapa kesan buruk khususnya terhadap bayi dalam kandungan dan jugap ada ibu yang sedang mengandung.

  Sesetengah wanita mempunyai potensi untuk menghidap poenyakit diabetes ketika hamil. Ciri-ciri ini seperti berikut:
·  Jika ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik menghidap penyakit kencing manis, wanita itu juga mempunyai kemungkinan menghidap penyakit yang sama. Ada kemungkinan, penyakit ini timbul.
·   Wanita yang pernah mengalami keguguran khususnya keguguran berulang-ulang kali atau keguguran yang berlaku selepas kehamilan mencapai ke peringkat empat bulan atau lebih.
·   Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar khususnya melebihi 10 paun.
·   Wanita yang pernah mengalami masalah kerumitan bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja dilahirkan.
·   Wanita yang terlalu gemuk iaitu melebihi had timbangan bagi ukuran tingginya. *BMI aku memang fail laa kan...
·   Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.

Jika anda termasuk dalam golongan di atas, sebaiknya dapatkan jagaan dan pemeriksaan rapi ketika hamil supaya gejala tersebut tidak berulang dalam kehamilan berikut. Kencing manis juga boleh dikawal pada kehamilan seterusnya.

 Penyakit diabetes yang tidak terkawal dan tidak stabil, boleh menimbulkan  berbagai-bagai gejala kepada kandungan. Keguguran di peringkat awal boleh berlaku dan lebih kerap terjadi di peringkat empat hingga lima bulan. Kematian bayi dalam kandungan boleh berlaku sebelum dilahirkan. Biasanya jika tidak mati dalam kandungan timbangan bayi yang dilahirkan itu lebih berat dari bayi normal. Bayi yang besar ini, boleh menimbulkan kesukaran ketika lahir. Kadangkala keadaan ini boleh menjejaskan proses kelahiran sehingga kelahiran secara normal tidak boleh berlaku dan pembedahan perlu dilakukan. Bayi yang terlalu besar akibat diabetes juga boleh menimbulkan kesulitan ketika melahirkannya secara forsep atau cara lain. Ada kemungkinan kepala bayi atau bahunya akan menimbulkan kecederaan atau kematian. Bayi yang dilahirkan oleh ibunya yang menghidap penyakit diabetes juga boleh mengalami masalah pernafasan atau kekuningan (jaundice). Jika bayi mengalami masalah pernafasan, keadaan ini bnoleh mengakibatkan kematian pada peringkat awal iaitu sejurus selepas dilahirkan.

Apakah Kesan Diabetes Kepada Ibu?

Seperti yang dijelaskan, wanita yang mempunyai ciri untuk menghidap penyakit ini, berkemungkinan akan mendapatnya. Proses ini dicetuskan melalui kehamilan khususnya jika ia berlaku berulang-kali. Kehamilan adalah dianggap sebagai satu keadaan yang menekan (stress) perimbangan hormon. Setiap kali kehamilan berlaku tekanan ini akan mengganggu perimbangan hormon, yang akhirnya akan mencetuskan penyakit diabetes. Penyakit kencing manis biasanya menjadi lebih terus dan tidak stabil di kalangan wanita hamil yang telah diketahui menghidap penyakit ini. Dia memerlukan ubat-ubatan atau suntikan yang lebih daripada dos biasa. Penyesuaian ubat adalah penting dilakukan dengan rapi untuk mengatasi masalah yang mungkin dialami oleh bayi dalam kandungan.

Apakah Tanda Kencing Manis?

Biasanya penyakit kencing manis ketika hamil tidak mempunyai sebarang tanda. Oleh itu, jika wanita hamil itu mempunyai ciri-ciri seperti yang saya nyatakan tadi, penting baginya menjalani ujian air kencing. Wanita hamil perlu mendapat jagaan waktu mengandung sejak diperingkat awal. Jika dia didapati menghidap penyakit diabetes, rawatan sewajarnya boleh diberikan. Biasanya air kencing penghidap penyakit diabetes didapati mengandungi gula.Walaupun begitu, tidak semua air kencing wanita hamil yang mengandungi gula menghidap penyakit diabetes. Sesetengah mereka hanya mengalami masalah di buah pinggang. Organ tidak boleh menahan kebocoran gula daripada darahnya mengakibatkan gula keluar menerusi air kencing. Ini boleh berlaku ketika wanita itu hamil kerana mekanisme penapisan gula dalam buah pinggang menjadi lemah. Walaupun demikian ini tidak menandakan satu penyakit.

  Untuk memastikan sama ada wanita hamil itu menghidap penyakit diabetes atau tidak, satu ujian khusus yang digelar glucose tolerance test (GTT) dilakukan. Ujian ini dilakukan setelah wanita itu berpuasa pada sebelah malam dan paginya. Air gula akan diberikan setelah darahnya diambil dan air kencingnya diperiksa. Kemudian contoh darah dan air kencing diambil setiap setengah jam sekali sehingga dua jam lamanya. Melalui ujian ini satu bentuk graf boleh didapati dan dari sini akan dapat ditentukan sama ada seseorang wanita itu menghidap penyakit diabetes atau tidak.

Cara Menangani Masalah Kencing Manis

Sebagai langkah pertama, wanita itu mestilah menentukan badannya tidak terlalu gemuk. Berbagai-bagai jenis penyakit boleh berlaku akibat kegemukan, khususnya ketika mengandung. Dalam hal ini setiap wanita perlu mengawasi timbang beratnya supaya sepadan dengan ukuran tingginya.

  Jika seseorang wanita melebihi had timbang beratnya, dia perlu mendapat nasihat daripada pakar pemakanan mengenai bahan dan cara pemakanan yang sewajarnya. Wanita yang mempunyai ciri-ciri penyakit ini perlu sentiasa berwaspada dan mendapat nasihat doktor kemungkinan dia mendapat penyakit diabetes apabila hamil. Ketika hamil pula dia perlu mendapat jagaan dan pemeriksaan air kencing dengan secepat mungkin.

Kawalan makanan khususnya makanan yang mengandungi pula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi adalah sangat penting ketika mengandung. Pemakanan ini perlu dikawal dengan rapi dan tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan berlaku penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebaliknya makanan waktu hamil hendaklah mengandungi bahan atau zat protein, vitamin dan zat logam seperti besi yang terdapat dalam daging, ayam, sayur-sayuran dan bijian kacang. 

  Jika didapati seseorang wanita itu menghidap penyakit kencing manis, dia perlu mendapat rawatan yang rapi dari doktor pakar. Biasanya jagaan waktu hamil dan rawatan diabetes dilakukan bersama oleh pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan. Ubat antidiabetes atau suntikan ubat insulin perlu disesuaikan dengan keadaan diabetesnya. Ini perlu pengawasan dan kawalan yang rapi supaya ia tidak melebihi atau tidak kurang daripada dos yang dikehendaki.

  Biasanya ibu hamil yang mengalami diabetes, akan melahirkan anak secara normal sekiranya dia mendapat jagaan yang rapi. Andainya timbul sesuatu masalah seperti penyakit kencing manisnya tidak boleh distabilkan atau ada tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan terancam nyawanya, ada kemungkinan kelahiran dilakukan secara pembedahan. Keadaan ini jarang berlaku. Sebahagian besar ibu ini bersalin secara normal, walaupun ada sebilangan kecil yang perlu melahirkan anak lebih cepat menerusi induction of labour.

  Penyakit diabetes tidak begitu membahayakan ibu pada keseluruhannya, tetapi ia boleh mengancam kandungan. Kadar pembaziran menerusi pengguguran zuriat dan kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan ibu ini. Dewasa ini kejadian penyakit diabetes semakin berleluasa kerana biasanya penghidap diabetes mempunyai jangka hayat yang normal dan mereka melahirkan anak yang berkemungkinan besar akan menghidap penyakit tersebut.

  Dengan keadaan sosioekonomi lebih baik, wanita kita tidak dapat mengawal pemakanan mereka. Timbang berat melebihi had normal dan ini mendedahkan mereka kepada risiko penyakit diabetes ketika hamil.


So, keredhaan dan ketabahan adalah perlu untuk pregnancy aku yang kedua ini... Dulu masa pregnant ke Eesya, dugaan dengan Low Blood Pressure.. Asik2 nak pitam (memang asik pitam jer pun) pastu dengan macam2 hal masuk kuar spital sbb contraction apa bagai, yang si Adik Eesya ni lain lak dugaannya.. Aku anggap jer ler Ujian Allah sebab sayangkan aku.. Sebab nak kata benda lain tak bleh dah kan... :)


Tuesday, December 20, 2011

My Cutie Pie!~

Semalam tetiba mama tertengok balik semua video Eesya masa kecik2.. Dari hari kelahiran dia kat Lam Wah Ee Hospital, sampai ler masa vacation kat UK in July 2011.. Sangatlah tidak percaya yang Eesya dah membesar dengan jayanya selama 3 tahun 11 bulan ni...

Dari sepanjang 50cm, Eesya dah 100cm tinggi dia skrg nih... Dari tak reti cakap apa2, sekarang dah cakap macam-macam.. Bila tengok balik video tu semua, rasa macam betul ke aku yang melahirkan, membesarkan dan mendidik Eesya sampai jadi sebesar dan sebagaimana dia hari ini...

Budak Kerut umur sehari..

Anak manja mama masa 8 bulan..


14 months kat UK..


3 years plus..

Ya Allah... Kau telah kurniakan aku sebesar-besar kebahagiaan di dunia ini dengan menganugerahkan anak ini kepadaku Ya Allah.. Alhamdulillah..

Sunday, December 18, 2011

R&B Homestay @ Tambun

Lepas check out kat Ritz Garden, mood nak bercuti belum habis lagi.. Menggatal nak sambung the holiday trip kat Ipoh.. Rancang2 nak masuk Lost World of Tambun, tapi semua hotel dah penuh.. So yang tak penuh adalah Sun Inns yang memang dekat depan LWoT tu... So kitorang pun amik 3 bilik..

Tapi bila masuk 1 bilik (lagi 2 belum sempat kemas), macam tak sanggup jer nak duduk beramai-ramai di situ.. Si Eesya dengan Maira pun dah buat muka sbb bilik sangat sempit dan perabot memang perabot lama.. Budak2 ni baru check out dari Ritz Garden yang diorang dpt bilik sendiri dengan lengkap TV lekat kat dinding kan.. Memang aa demanding time nih..

So nak tak nak, kitorang try google and cari homestay jer ler.. Last2 jumpa info pasal Homestay R&B nih.. Alhamdulillah laa nampak mesra alam skek.. Halaman pun luas giler.. Dengan suasana kampung.. Siap ada buai lagi.. So terkubur laa segala rungutan 2-2 minah kecik tu...







Kat dalam ada 2 bilik.. Setiap bilik ada 1 katil queen dan 1 single bed.. 1 bilik ada aircond, lagi 1 takde.. Ada kipas jer.. Tapi kat hall ada aircond.. So boleh ler nak duk satu malam.. Dekat jer dengan Lost World Tambun tu.. So yang Sun Inns tu kitorang kena bayar 1 bilik jer.. 1 bilik = RM90.. Mujur ler jugak.. Kalau kena bayar 3-3 bilik, naya jer...

Homestay ni RM200 utk 1 unit... So kira murah laa kalau banding kitorang amik kat Sun Inns tu kan.. Better ler sesangat.. Hahahaha.. 

Untuk maklumat lanjut homestay ni, boleh nengok kat http://rnbhomestay.blogspot.com/

Monday, December 5, 2011

Ritz Garden Ipoh

Ni cerita dah agak nak basi tapi baru nak update.. Sesungguhnya, memang laa sangat takde mood nak update blog ni sejak dua menjak nih.. Tatau aa apsal.. Perubahan hormon ke apa kot.. Tapi kalau tak update kang, lupa lak.. Pastu lagi banyak bende yg tertangguh nak update tak jadi2.. Hahaha.. So, here it goes...

Kitorang amik Ritz Garden ni sebab ada kenduri cousin Encik Pejoi kat Batu Gajah, Perak.. Since mak and adik aku ikut skali, so cam tak wajar laa nak tidur umah opah Encik Pejoi.. Pastu Abg E and his family pun akan join the next day tu saja nak melepak kat Ipoh, so lepas dah survey beberapa hotel yang ada apartment, aku decide to book Ritz Garden ni lepas tgk rate dia yg ok and dia ada from 1 bedroom  apartment to 4 bed rooms.. So malam yang 1st, kitorang just amik yg 2 bilik (harga gomen rate = RM280 which kalau devide 2, satu bilik jadi RM140.. Murah lagi dari Seri Malaysia yg 1 family room RM160 sbb cuti sekolah takde goverment rate kan..) and then the 2nd night bila family Abg E sampai, kitorang upgrade to 4 bedrooms apartment.. Asalnya nak amik yg 3 bilik tapi yg 3 bilik dah penuh.. And the gov rate for the 4 bedroom apartment is RM440... So kalau divide 4, jadi RM110.. Murah laa kan? Plus budak Eesya and budak Maira dapat bilik diorang sendiri.. Sangat laa suka hati mereka itu...


Apartment 2 bilik..
Master bedroom yang luas bangat.. Cam boleh letak lagi 2 king sized bed..

Hall yang telah disepahkan.. Ada kitchen cinonet kat hujung..
2nd bedroom yang terletak atas pool.. Nasib baik tingkap ni kunci.. Kalau tak? Hahaha
Not only the rooms are spacious, tapi yang menyukakan hati kitorang yang teramat sangat adalah the facilities kat sebelah bilik kitorang...

Ada cinema yang keep on tayangkan filem dari kul 5pm - 11pm.. Dah laa free jer..
Mula laa rasa takmo pi kenduri.. Hahaha

Meja snooker.. Sejam RM10.. Tapi tak sempat nak main..
Pool dari pandangan bawah.. Atas tu 2nd bedroom.. So kalau hujan pun boleh mandi gak sbb ada bumbung separuh..
Semua benda2 ni plus gym dia, bebetul sebelah bilik kitorang.. Yang pool dengan gym tu, just kena turun tangga kat tepi meja snooker tu.. Tu yang menyebabkan rasa cam takmo keluar dari hotel tu.. Ada jer benda nak buat.. Mandi pool, tgk wayang, etc.. Pastu yang lelaki lak semangat laa pegi gym pepagi dan pepetang.. Sabar jer ler..

Untuk breakfast, tempat dia agak kurang best sbb kecik jer cafenya... Tapi mujur ler tak ramai orang pun masa tu.. Mungkin sbb kitorang pegi breakfast seawal 7.30am and kena pulak hari tu Sabtu, so kurang laa manusia skek... 

Toast station..
Fruits and Cereals..
Nasi lemak, bihun goreng, nugget, wedges, fried chicken, baked beans, smashed eggs..

Itu jer yang aku sempat amik gambarnya... Lagipun itu jer yg ada... Owh, plus dengan bubur station.. Ada laa bubur nasik dengan bubur gandum kot.. Tapi kira boleh laa makan.. Takde ler sampai tak boleh lalu ke anak tekak langsung...

Pagi esok tu, agaknya sebab ramai manusia yg check in hari Sabtu berbanding hari Jumaat kan, breakfast dah tukar tempat pegi ballroom dia.. So selesa laa skek nak makan sambil sembang2... Tapi yg tak bestnye pulak, toaster diorang tak bawak skali.. So tak bleh laa budak Eesya dgn abahnya yang omputih pepagi kena breakfast dengan toast bread tu nak makan roti.. Hahahaa

Ni pulak gambar apartment 4 bilik.. Nama bilik Beijing.. No bilik 2006... Sebelah jer dgn bilik kitorang yg sehari sebelum tu...

Bilik 1.. Keluasan bilik adalah kurang kalau berbanding dgn bilik dlm apartment 2 bilik..

Bilik 2... Ada cermin tembus ke hall ler pulak..

Dalam bilik 1 jer ada toilet... Lagi satu toilet kat hall.. Berbeza dgn apartment 2 bilik, toilet dalam bilik memasing.. Tapi yg 4 bilik ni, hall dia sangat luas laa.. Boleh buat mesyuarat sanak saudara.. Hahaha

A part dlm hall tu...

Kitchen..

Bilik 3 dan bilik 4 struktur sama macam ni..
Yang bestnye sbb dalam bilik memasing semua ada TV lekat kat dinding tu.. And ada selected channel Astro.. So diorang ni siap buat station.. Sapa nak tgk HBO bilik 1, Max dekat hall, Disney Channel bilik 4, Hindustan Bilik 3.. Sabaq jer ler.. So budak Eesya dgn Maira mmg duk jer dlm bilik diorang, tgk kartun, main toys, lompat katil, bergelak ketawa tak kaco kitorang nih langsung.. Hehehe...

Penat main... Boleh lak tido bilik asing kalau diorang berdua..

So dari segi bilik, facilities apa bagai, memang puas hati laa.. Tapi ni cerita skek benda yang kurang best kat hotel ni.. Sapa yg nak pi kena take note ler..

1) Parking sangat sangat sangat TERHAD..

So agak2 kalau jenis yang kena keluar masuk kereta tu, tak yah ler duk sini kot... Sbb memang susah nak dapat parking especially kalau balik memalam... Boleh kena parking jauh yang ada anjing dan gangguan lain.. Gangguan lain, sila rujuk no 2.. Hahaha

2) Suasana malam yang kurang menyihatkan..

Keliling hotel ada club dan jugak aktiviti yang kurang menyenangkan (read as: BAPUK) yang duk tunggu customer kat tepi2 jalan... So kalau kena keluar malam, agak kurang selamat laa nak balik dari parking yg jauh nun di sana.. 

3) Ada karaoke KTV kat bawah apartment tu..

So bila malam kalau duk kat apartment 4 bilik tu, ada rasa lantai gegar2 skek vibration dari bawah kot.. 


So for those yang nak amik apartment ni sbb harga dia affordarble, kena make sure 2 benda:

1) Tak balik malam/ kurang perlu untuk keluar masuk hotel bebanyak kali

2) Pastikan amik apartment yang dekat NEW WING.. Kalau OLD WING, aku tatau condition camne.. Tapi sbb hotel tu buruk gila kat depan cam setinggan, so aku rasa bilik2 yang jenis deluxe, standard apa bagai tu yang ada kat OLD WING tu pun mesti buruk jugak..

Sekian, sari berita tak berapa penting.. :p


Thursday, November 17, 2011

She's singing a chinese song!!~


Balik2 semalam dari keje, Eesya kecoh nak tunjuk something... Since performance kat school dia hari Ahad ni, tetiap hari ada jer step dancing yg dia tunjuk kat kitorang... So cam hari2 duk gelak golek2 kat dia... Tapi semalam punya is different...

She's singing a chinese song!!!!~


Seriously aku cam tak percaya telinga sendiri.. Hahaha... Sbb sehari sebelum tu tak dengar sepatah apa pun pasal lagu nih, maknanya dia baru jer blaja kat sekolah pagi tu.. Terus balik2 dah boleh nyanyi... Macam nak golek2 tak percaya...

Dah laa mama sepatah pun tak faham.. Pastu dia laa yg translate... There are 2 tigers.. 1 doesn't have eyes.. The other one doesn't have tail...


Pastu dah tanya kat my chinese cousin, betul ke dia nyanyi and translation tu, my cousin cakap betul sangat laa tu.. Cousin aku pun excited... Siap share tunjuk kat adik beradik dia semua.. Hahaha.. So nanti Maira and Eesya can be the representatives laa bila family gathering.. :p

I'm so proud of you Eesya... Tak sabar nak pi tengok performance dia hari Ahad ni... Walaupun kena bayar beratus semata-mata nak pi tengok performance tu pun mama redha ler... 


Wednesday, November 16, 2011

It's too early to worry..

Kebelakangan ni aku selalu terpikir pasal Eesya yang selalu tulis terbalik... Dia suka tulis dari kanan ke kiri.. Contoh kalau dia tulis ABAH, akan jadi HABA.. Dan no 3 dia selalu terbalik macam nak kena guna mirror untuk baca..

Teringat satu cerita hindustan yang Amir Khan jadi cikgu yang ada anak murid dia sangat pandai melukis, tapi slalu dianggap bodoh dalam matapelajaran lain.. Rupanya budak tu ada masalah ADHD ke Dyslexia.. Aku pun tak berapa ingat dah citer tu.. Tapi ingat laa ada penyakit camtu..




Itu yang menambahkan susah hati aku.. So aku pun start laa menggugel.. Sampai laa aku jumpa satu forum berkenaan benda ni... 




Daripada situ, aku rasa aku tak perlu risau lagi kot laa kan.. Ramai jer cakap cam normal... So aku doa jer ler Eesya pun normal gak.. Lagipun tak adil nak banding dia since she's just 3 years old.. Aku dulu masa 3 tahun ABC pun tatau apa mende.. Pegang pensel pun menconteng jer kot... Pastu asik main tunggang langgang jer kan...

Semoga Eesya membesar dengan sihat, sempurna dan solehah.. Aminnn...

Should I.. Or.. Shouldn't I?

 Tengah memikir tentang 2 benda alah ni...

Maxi Cosi Cabrio..


Sebab yang ni boleh attach ke Quinny Zapp si Eesya yang ni..


Eesya and Kakak La.. Quinny Zapp...

ATAU...

Recaro Young Profi Plus
 
Sebab yang ni boleh attach ke Maclaren MX3 Eesya yang ni pulak...
Maclaren MX3..



TAPI....

Kalau tak beli pun takpe jer.. Sebab car seat Eesya yang lama masih elok...

Eesya cinonet dalam Halford Car Seat...

Cumanya bila nak bawak jengjalan, Quinny Zapp tak sesuai untuk budak under 6 months sebab tak boleh recline... Maclaren MX3 tu boleh jer recline.. Tapi cam berat and bulky skek laa.. So cam susah nak naik flight ke apa ke... Tapi rasa cam gatal tangan..



So... HOW???

Sunday, November 13, 2011

Amalan Pregnancy yang perlu aku teruskan..

2nd pregnancy ni cam lain sikit.. Rasa cam cepat jer masa berlalu pun ada gak.. Sedar tak sedar, dah masuk 2nd trimester, dah 4 bulan setengah dah pun.. Dulu masa pregnant kat Eesya, rasa cam lama jer tetiap minggu tu duk kira "Bila laaa nak masuk 2nd trimester, 3rd trimester.." Agaknya sebab dulu baru keje, keje pun tak banyak sangat kat opis.. Pastu kat umah pun boring ja sebab Encik Pejoi keje kat Dell, malam baru balik.. Sekarang ni lain skek.. Kat opis pun keje banyak dengan itu ini, tak sempat nak baca forum2 pregnancy apa bagai dah.. Kat umah lak bz melayan Eesya, jadiknya masa tu rasa cam cepat jer berlalu.. 


Adik dah 18 weeks..*image googled*

So aku senaraikan benda2 yg aku amalkan masa pregnant kat Eesya dulu.. Yang sekarang ni kadang2 aku lupa, dan tak sempat nak buat.. Supaya aku boleh tengok balik, dan Encik Pejoi boleh baca dan tolong ingatkan aku sama..


1) Surah Maryam, Yusof dan doa nabi yunus masa terperangkap dalam perut ikan paus..
- Kalau tak sempat baca, at least pasang and dengar masa kat ofis and sebelum tidur.. Takmo kasi alasan dah.. Dalam iPhone pun ada, iPad pun ada.. Bukak and dengar jer kalau tak sempat sangat..

2) Makan obimin and neurogain..
- Since nasik pun tak makan, sila makan supplement ini dan lain2.. Sian kat baby nanti... Kakak Eesya got all these from mama, so mama please be fair to adik too..

3) Makan kurma sebijik sehari..
- Yang ni belum start.. Cepat pi beli and amalkan.. Bukan susah pun nak makan sehari sebijik kan?

4) Minum soya bean / makan tau foo fah / yogurt selang sehari
- Since I'm allergic to lactose, so kena ganti dengan benda alah ni atas nasihat doctor.. Kalau tak, sila makan pil kalsium...

5) Pakai bio-oil utk strech marks..
- Pakai jangan lupa... Untuk diri sendiri gak..

6) Banyakkan jalan-jalan..
- Dulu masa Eesya, hari2 jalan sana sini.. Tawaf Qbay berkali-kali sehari.. Skrg stamina sudah kurang, so better jalan2 balik.. Nanti susah nak bersalin, how?

7) Start 7-8 bulan, minum air kelapa seminggu 2 kali..
- Untuk elakkan kepala baby berkerak..

8) Start 8 bulan lebih, minta Encik Pejoi buat air selusuh dan air Yasin..
- Note to Encik Pejoi..

9) Takmo sedih2, nangis2, emo2.. Gelak and happy2 jer utk dapatkan anak yg happy dan tak moody..
- Kali ni cam emo lebih... So kena control skek..

10) Banyakkan makan kacang cerdik dan badam..
- Ni baru nak amalkan sebab terbaca pasal khasiat kedua-dua benda alah nih..

Sorry adik, mama seems too busy to memorize all this.. I'll try my best after this, ok?


Monday, November 7, 2011

Cerita ITIL..

Last week adalah minggu yang duk dalam kelas dan mendengar dan memerah otak.. Aku masuk kelas ITIL (Information Technology Infrastructure Library) atas arahan pihak atasan.. Kelas berlangsung selama 5 hari, pastu sehari persediaan untuk exam, dan sehari lagi untuk exam.. So total semua adalah 7 hari aku meninggalkan kerja hakiki aku..


Kelas adalah seronok dan very informative.. Sangat bersyukur dapat menuntut ilmu dari 2 orang ITIL expert.. Dalam Asia, hanya ada 4 orang sahaja ITIL expert ni.. Panjang laa cara nak mendapatkan status ITIL expert tu.. So tak yah laa aku bermimpi.. Hahaha..

Exam tu untuk dapat title ITIL Certified... Encik Pejoi dah lama ada title ni.. Masa company dia offer... Kalau tak salah last year atau pun awal tahun hari tu... Aku yang malas blaja dan membaca ni, bila dapat pihak atasan kena masuk kelas ni, mula2 rasa nak tolak jer.. (Memang aku dah tanya boleh tak aku tolak.. Tapi tak boleh.. Hahaha).. Yer ler.. Aku sangat tak suka study, duk dlm kelas hadap cikgu, pastu nak kena exam apa bagai nih.. Mengingatkan keadaan tetengah pregnant ni, lagi laa aku malas.. Dulu masa awal2 pregnant ke Eesya, aku dalam kelas macam ni jugak.. Utk MCSA... Yang tu lagi teruk.. 4 exam kena sit.. Last2 aku lulus 2 paper, failed 2 paper.. Boleh reseat tapi aku takmo.. Hahahaha.. Seriously aku rasa aku tidak productive benda2 macam2 ni during pregnancy..


Tapi kali ni, alhamdulillah.. Aku berjaya gak habiskan attending 100% the classes without sleeping in the class.. Hahaha.. Berterima kasih kepada trainer yang pandai tackle students dalam kelas.. Dan mungkin juga sebab ilmu tu semua senang nak paham dengan cara trainer aku sampaikan... Kalau sesapa yang nengok notes yg aku upload dalam fb aku tu, memang aa macam nak mereng2 kepala otak aku nak memahamkan... Tapi betul, sbb trainer aku Sir Noordin Khalid aaa benda2 tu boleh lekat dalam kepala otak...

So now I'm an ITIL Certified.. Telah lulus exam dengan jayanya.. Dah laa masuk exam last skali sbb aku dah takde mood nak masuk exam (exam tunda dari pagi sampai ke petang... seriously membengangkan aku jer..) pastu aku laa yang 1st skali keluar.. Hahaha.. Memang rasa takde mood giler nak hadap soalan exam tu... Mujur laa semua computerized macam amik test JPJ tu... Pas habis2 tu terus dapat tau markah and lulus ke gagal... 

Tapi markah aku still kureng dari markah Encik Pejoi.. Cesssssssssss....


Monday, October 31, 2011

Teka - Teki Eesya

Hari tu keluar makan kat luar.. Dah laa hari hujan.. Pastu tatau nak makan kat mana... Alih2 makan jer kat kedai Sany Char Keow Teow dekat dengan umah maktok tu.. Sebab kitorang pelanggan 1st, tukang masak pun tak ready lagi.. So agak lama laa menunggu.. Sambil2 menunggu tu, Eesya ajak main teka-teki.. So, kitorang pun layankan ajer ler...


Soalan 1: Which animal can walk with his 7 legs?


Mama : Erm... Spider patah kaki?
Eesya : No... U're wrong...
Mama : Then?
Eesya : Ant laaa...
Mama : Ant mana ada 7 legs??? Ant got 6 legs only laaa Eesya..
Eesya : Owh, ye ke?
Mama and abah : Hahahaha.. Penat org pikir tau...


Soalan 2 : Which animal can fly up to the sky, got BIG wings, and long mouth?


Mama : Ermmmmmm... Dragon?
Eesya : No.. I cannot see any API pun..
Mama : Erm... Bird?
Eesya : No...
Umi: Aeroplane!
Eesya : I said ANIMAL laa...
Mama : Then?
Eesya : The answer is.... BIG BIRD!~
Mama : Cess.. Nak kena ada perkataan BIG jugak tu..


Soalan 3: Which animal lives at the tree, eat the leaves and can fly like a butterfly?


Mama : Ermmm... Bee..
Eesya : No.. Bee don't eat leaves.. U don't know aa mama?
Mama : Cess... Erm... Butterfly?
Eesya : No...
Mama : Then??
Eesya : Caterpillar laaa..
Mama : Caterpillar mana boleh fly??
Eesya : Nanti dia makan leaves tu banyak2, then dia grow up, jadi butterfly, then dia boleh laa fly..
Mama : Huwaaaaaaa... Tension tau dgn budak nih..


Soalan 4: Which animal lives in the sea, got pointy hand, and can SNAP people?


Abah : Crab!
Eesya : Yaaa... U're right!


Soalan 5: Which animal lives in the sea, is a good swimmer, and got so many legs?


Mama : Ermm... Crab?
Eesya : No..
Abah  : Patrick Spongebob! Who lives in a pineapple under the sea?
Eesya : No!!
Abah : Squid..
Eesya : No... It's an Octopus..
Mama : Cam lebih kurang jer Octopus dengan Squid.. Mana pulak ada banyak kaki?
Eesya : Tu yang boleh wiggle-wiggle tu.. Kaki dia kan..
Mama : Tu janggut dia laa.. Bukan kaki...
Eesya : Owhhhh...
Mama : Cess.. Suka2 hati dia ja..


Soalan 6: Which animals swim in the lake and got fishy tail?


Mama : Duck..
Eesya  : No.. It's a FISH laaa...
Mama : Owh.. Direct pulak soalan kali ni.. Hahahaha


Sekian, penat layan budak ni dengan teka-teki dia.. Tapi rasa cam amazed sangat sebab dia boleh pikir dan2 tu nak reka soalan dia sendiri... Tapi jawapan haru biru betul.. Hehehe...


Wednesday, October 26, 2011

Eesya's 1st Warded Experience..


Eesya admitted at Hospital Pantai Penang from Friday 21 Oct 2011 (5am) - 23 Oct 2011 (12pm) due to bacterial infection causing her vomiting none stop from 11.30pm the night before.. A scary memories to both of us her parents and also to herself.. Terpaksa batalkan trip to Istana Perlis and Padang Besar walaupun dah bayar segala benda.. And abah beliau punya reservation kat Tune Hotel Kulim also burned.. Apa2 pun Alhamdulillah Eesya sihat after couple of days... Thanks to all yang mendoakan kesihatan beliau..



Jumaat Pagi.. Tido tak sedar diri lepas semalaman tak bleh tido asik muntah2 jer..


Jumaat Tengah hari.. Tangan dah kena selotape ubat sejam sebelum amik darah..

Jumaat Petang.. Tangan dah jadi robot.. Amik darah utk test and ada jarum dlm tu in case nak kena drip..

Jumaat Petang.. Start kena drip due to dehydration.. Baju pakai baju spital sbb baju dah habis kena muntah..

Lemah jer masa ni..

Abah yg susah hati nengok anak sakit..

Antara babysitter yg amik giliran jaga Eesya..

Petang... Dah ok skek.. Dah lalu makan..

Jumaat Malam.. Bukak drip sat bagi jalan2 dlm bilik.. Eesya tunjuk 'ROBOTHAND' dia..

Sabtu.. Colouring time tapi sbb kidal, tangan kiri kena drip.. Tangan kanan punya hasil sangat huduh.. :p


Petang Sabtu.. Minta Home Leave sbb nampak Eesya dah sihat skek.. Boring duk spital lama2..

Eesya susah hati nampak jarum dlm tangan..

Tangan bengkak sebelah..

Ahad Pagi patah balik ke spital.. Dapat flower delivery dari hospital..

Alhamdulillah sangat puas hati dengan service Hospital Pantai walaupun ada beberapa benda yg kami rasa masih boleh diperbaiki lagi especially dari segi timing Eesya dibawa masuk ke emergency, warded and tunggu paed nak dtg check.. Yang lain-lain sangat puas hati.. Dan puas hati sangat sbb Eesya sihat after 2 hari.. Dengar ada kes yang bacterial infection sampai berminggu-minggu kena warded lagi menakutkan.. Tak dapat bayangkan.. Nauzubillah...

Dari segi kos, memang tak tahu berapa sebab semuanya ditanggung oleh insurans company Encik Pejoi.. Alhamdulillah.. Yang penting Eesya sihat dan selesa sepanjang ditahan dalam ward walaupun agak bising sbb depan tu renovation sampai kena pakai earplug (we've been informed before moved to the room tapi kitorang yang setuju sbb Eesya tak bleh tido bila bilik sharing dgn bebudak lain.. So memikirkan renovation mesti aa siang jer, malam sapa yg nak buat keje, kitorang pun ok jer ler.. Sekali bila siang, mmg bising... Tu yang mintak Home Leave sama tu.. :p)

Wednesday, October 19, 2011

7, F, E ...


Semalam tetengah elok dah baring nak tido.. Budak Eesya ni datang... "Mama, mama buat apa?" Aku pun "Mama baring laa.. Nak sleep dah ni...Meh aa baring dengan mama.."

Pastu dia pun datang.. Dari elok2 aku baring sorang, dia pun baring kat sebelah.. Tapi bukan baring elok2 kat tepi aku.. Dia baring camni..



Aku laa tu kekonon.. Tengah baring sorang2..


Sorry laa.. Aku memang tidak berbakat bab2 lukisan nih.. Hahahaha

Eesya datang.. Dia baring camni..
Pastu dia kata "What shape are we now?" Aku pun cam dah ngantuk2 tu terpaksa laa layan.. "L".. Pastu dia jawab.. "No... You're wrong.. We're number SEVEN!" Hahaha.. Cess.. Terkena jap mama... Then ingat dia habis kat situ jer ler.. Sekali dia ubah posisi pulak baring cam kat bawah ni.. Pastu suh aku panjangkan tangan ke sebelah kiri... Pastu tanya lagi.. "What shape are we NOW?"


F shape.. Hahaha.. Buruknya lukisan aku..
Pastu aku pun jawab laa "F".. Then dia kata.. "OK... " Pastu lama jap dia memikir.. "How to make an E?" sambil duk kangkang2 kaki dia satu ke bawah... Pastu aku jawab laa.. "Mana sampai camtu... We need another person to baring there.. Then only can make an E letter.."

Tak pepasal abah beliau pun menjadi mangsa.. "Abah!! We need your help to make an E..Come here!!~" Dia panggil abah dia.. Hahahaha.. Abah dia pulak "Abah nak solat laaa..." Dia jawab balik "Owh.. OK then.. We'll wait for u.." Sanggup tu duk diam2 kat situ tunggu abah dia habis solat... Hahahaha.. Abah dia habis solat terpaksa laa ikut juga sbb si anak dah tunggu lama kat situ sbb nak buat E punya pasal...

E.. Terpaksa rela.. Hahahaha


So suka laa hati si Eesya tu dapat buat letter E dengan berbaring camtu.. Pastu cepat2 ajak tido kang lagi dia melalut nak buat ntah hapa2 punya shape ler pulak... Hahahahaha
Related Posts with Thumbnails