EESYA

AARIZ

Monday, February 20, 2012

Cara Buat Air Selusuh

Tak ingat ambik tips ni kat web mana.. Tapi masa nak bersalin kat Eesya, memang Encik Pejoi tolong buatkan air ni and start minum lepas 8 bulan.. Selalunya Encik Pejoi akan buat Khamis malam Jumaat, dalam 2-3 bekas air mineral tu untuk seminggu... So sempat laa minum beberapa minggu.. Tak tau berkat air selusuh ini, atau air selusuh mak bidan, atau air kelapa, atau doa nabi yunus, atau sebab amalkan Surah Maryam, atau sebab banyak dugaan masa mengandung kat Eesya dulu.. Alhamdulillah sakit contractions sejam jer lepas tu dah bersalin..
 
Tapi ni laa salah satu yang aku amalkan minum...

Been told air selusuh ni better husband yang prepare.. Pertamanya niatkan ikhlas kerana Allah dan
berdoa agar dipermudahkan bersalin..

1) Membaca Surah Al-Fatihah dan selawat ke atas nabi
2) Membaca ayat 54-56 surah al a'raf sebanyak 3 kali
3) Membaca ayat pertama surah at-tariq sebanyak 3 kali
4) Membaca ayat kursi sebanyak 3 kali
5) Membaca permulaan surah qalam sebanyak 17 kali, nun pada permulaan surah dikatakan membawa makna nasir (penolong) dan nur (cahaya)
6) Membaca bahagian terakhir ayat 104 surah yusuf sebanyak 17 kali
7) Membaca surah mu`awwizatain (surah al-falaq dan surah an-nas)
sebanyak 3 kali
8) Membaca doa nabi yunus dalam perut ikan nun dalam ayat 87 surah anbiya' sebanyak 17 kali
9) Akhir sekali baca "ya fattah bila miftah iftah lana bihurmati ummi musa bint lawi bin ya'kub salawatullahi taala 'alaihim ajma'in wa bihurmati buduhi" sebanyak 17 kali

Doa-doa ni boleh dibaca sama ada pada 3 biji pisang, atau air masak atau minyak. Kalau pada pisang hendaklah dimakan terus.kalau air dan minyak sapu pada perut dari atas ke bawah. 

* Semoga tuan yang share mula2 cara2 ni diberkati Allah...

Wishlist to be fulfilled before the prince pops out..


1) Vacation kat Batu Feringgi - Looking forward..
Aku tak kesah hotel amende, as long as bukan kat Eastin or EQ yg tetengah bandaq ni... Why Batu Feringgi? Sebab cam dah tak mampu nak travel jauh2 laa kan.. Tension betul dengan keje yg hectic sejak tahun baru sampai skrg ni.. I really really really need to getaway..

2) Nak makan durian - Looking to..
Ni bukan kes ngidam.. Tak ngidam pun sepanjang pregnant kali ke-2 ni.. Cuma rasa nak makan.. Tak dapat takpe.. Tapi rasa cam nak makan...

3) Steak - Checked!
Hari tu craving for steak yang boleh memuaskan hati.. Alhamdulillah.. Dah dapat kat Swensen's last weekend.. Before this dah makan kat tpt lain2 tapi rasa cam tak puas hati gak... Memang banyak songeh tul..

Ribeye Steak yang dapat memenuhi citarasa..

4) Yong Tau Foo Taiping - Checked!
Sebab dah jarang balik Taiping because of so many factors, akhirnya dapat gak makan weekend sudah.. Yippie!

All Time Favourite!

5) Seafood - Dah cukup kot? Hahahaha
Tatau aperhal pregnant kali ni memang gila makan seafood semedang.. Habis sotong, udang, ketam asik kena baham.. Hahaha.. Memang mak aku pun tak larat layan dah aku asik2 suh masak ketam.. Pastu satgi2 duk kenen2 Encik Pejoi bawak makan Mee Udang tak pun Sotong Goreng Tepung tak pun Mee Ketam... 


Nyum Nyum...

Hmmm... Nak susun pasni nak makan apa lagi sementara masih sempat ni... Ni semua kes Gynae aku cuti pegi umrah laa ni... So aku tak bleh gi check up kat dia, aku gi check up kat panel.. Dr kat panel klinik tu scan baby and kata aku due lagi awal.. 3 minggu awal.. Which means... Tinggal lagi..

Onnu Rendu Moonu???

 

MINGGU NI DAH 35 WEEKS!~ 

 

Huwaaaaaaaaa... Dan2 rasa emergency sangat nak makan semua2 benda... Dah laaa barang baby amende pun tak check lagi... Tolong ler gynae pulang cepat dan bagitau due date aku adalah masih sama supaya aku rasa selamat skek... Hahahaha

Thursday, February 16, 2012

Betapa malasnya aku..

Hahahaha... Sendiri yang sedar diri sendiri malas takpe.. 

Jangan orang lain yang kata.. Nanti aku EMO.. :p

Malas nak update blog benornya sebab sangat2 sangat2 sangat2 banyak benda dalam kepala..

Dengan pregnantnya.. Dengan jual umahnya.. Dengan beli umahnya.. Dengan proses loannya.. Dengan Eesyanya.. Dengan kejenya.. Dan dengan dengan dengan...

So abaikan laa kemalasan tahap melampau untuk mengupdate blog haku ini.. :))

Wednesday, February 1, 2012

Pulai Spring Resort, Johor

Masa kat Johor, kitorang stay kat sini.. Asalnya amik 2 bedroom apartment 2 unit, sbb semua ada 4 family.. Tapi last2 family Abg E cancel last minute disebabkan Baby Izz kena demam campak, so kami pun tukar amik apartment 3 bedroom 1 unit..Kitorang duk sini 2 malam...

Lokasi dia dekat sesangat dengan UTM.. Sebelah jer dgn Taman U.. So senang laa nak gi makan ke apa2 kan... Pastu sangat cantik dengan golf coursenya, dengan swimming pool sampai 4 bijik (1 kat area hotel. 3 lagi kat sports centre), ada Cineplax yang boleh tgk wayang free, ada gym, ada sauna, ada jacuzi, ada library yg ala-ala Hogwarts, and ada Kid's Room... Macam lengkap laa facilities dia dengan tempat dia yang besar tu...

Layan gambar jer ler ek.. Sudah malas mau menaip banyak2...

Pandangan luar lobby and bilik..

Master bedroom..
Bathroom dalam Master bedroom..
Changing room antara Master bedroom dgn bathroom..

2nd bedroom..
Connecting bathroom antara 2nd bedroom dgn 3rd bedroom..
3rd bedroom yang sudah semak.. Hahaha
Kitchen yang sudah semak juga... :p

Bilik apartment tu ok laa.. Cumanya hall dia ada 2 jer sofa yang sorang2 tu... So cam kekurangan kerusi lak nak melepak kat hall tu.. Yang lelain semua kena melepak kat kerusi meja makan tu... Pastu TV takde laa mewah cam kat Ritz Garden yang tetiap bilik ada TV sendiri tu...

Yang aku suka kat sini, sebab ada swimming pool sampai 4.. Pilih laa nak mandi kat mana.. Yang jenis santai ke, yang berombak-ombak ada slide ke, yang penghujung dia boleh sangkut2 bahu sampai memandang pemandangan golf course ke... yang air yang tenang jangan disangka takde boya ke.. Hahahaha..

1st swimming pool yang dekat dengan tpt breakfast..
2nd swimming pool yang ada slide.. Location @ Sports Centre..
Ada slide and berombak-ombak..
3rd swimming pool.. Sebelah blakang tpt naik slide.. This one nampak cam utk org yang serius berenang...

4th swimming pool.. Sebelah 2nd swimming pool.. More santai and relax..
Ada jacuzi jugak kat bawah bumbung gambar di atas..

Budak suka hati pagi petang gi swimming kat pool lelain..
Ni pool yang 1st tu.. Boleh nampak view golf course.. Nice sangat..

Facilities lain kat Sports Centre:


Berdepan dengan hotel..
Kid's Playground..
Kid's Room @ Tee Club
Library yang ala-ala Hogwards..
Ni pasangan bercinta dalam library.. Hahaha
Ni dalam Cineplax.. Boleh tengok wayang..
Ni waktu tayangan.. Citer lain2 for every show..
Ni pulak kelas snooker tengah berjalan.. Semangat si abah mengajar Eesya yg tak mandi lagi main snooker.. Hahaha
Abah tunjuk skill..
Eesya dah boring.. Mula laa buat hal sendiri... Hahaha
Muka puas hati kacau abah main.. Dia kumpul and susun semua bola kat satu sudut.. Hahaha
Ni ada lagi aktiviti2 yang diorang offer kat hotel...
Map hotel yang memang luas giler.. Tak larat nak jalan kaki...

Kesimpulan yang dapat disimpulkan, puas hati laa duk kat hotel ni... Harga pun affordable... Untuk apartment 3 bilik tu, kitorang dapat dalam BELOW RM300 per nite.. Tapi without breakfast sbb pakai goverment rate... Breakfast kena tambah sorang dalam RM36++ camtu which kami amik utk 1st morning saja sbb 2nd morning tu dah bergegas balik ke airport before 8am... Nanti aku citer pasal kete sewa yang kami amik kat sini lak.. Memang berbaloi-baloi...
Related Posts with Thumbnails