EESYA

AARIZ

Wednesday, June 26, 2013

Aariz @ 14 Months

Kadang-kadang kesian pulak pikir bila jadi anak no 2.

Masa anak no 1, maknya semangat keep track milestone si anak. Sampai kadang-kadang benda yg kecik pun sangat sangat sangat happy, tulis dalm buku (tipu laa tu... aku ada blog jer.. diari tak pernah ada) perkembangan anak tu...

Tapi bila jadi anak no 2.. Maknya tak sempat nak keep track milestone.. Nak baca babycenter pun belum tentu sebulan sekali boleh jengah.. Nak update blog lagi laaa sayup-sayup kelihatan..

Tapi hari ni sbb aku rasa dah berbaloi gaji yg aku ambik, mmg dah berderet dah keje yg aku siapkan, so aku nak update blog.. Hahahaha...

Aariz skrg dah 14 bulan.. Dah pandai macam-macam... Tapi kalau banding dengan Eesya, aku rasa Aariz lebih pandai fizikal segala motorskill berbanding bercakap.. Tapi ada dah beberapa benda yang dia cakap yg aku dah boleh paham..

  1. Kalau nak minum susu, tanya dia "Aariz nak nenen ke?" Kalau dia nak, dia akan berdiri, mengarahkan badan ke kitchen, sambil jalan setapak setapak.. Pastu jeling tengok kita ikut dia ke tak.. Kalau ikut, dia akan start lari ke dapur and sebut "Nen Nen Nen".. Kalau kita tak ikut, dia akan stop dan menjerit dengan suara yg sungguh memekik pitching tinggi gila nak pengsan "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!" camtu bunyinya.. Hahahaha.. Kalau rasa2 gegendang telinga mampu bertahan, buat laa lembap2 ikut dia pegi dapur.. Kalau rasa2 gegendang dah nak meletup, cecepat laa lari ke dapur buat susu.. Hahahaha

  2. Kalau nak makan, tanya "Aariz nak Nyum Nyum ke?" Kalau dia nak, dia akan jawab " Mam Mam Mam.." Kalau takmo, dia akan kata "Namau!!! Namauuu!!" sambil geleng-geleng kepala bersungguh-sungguh pastu sanbung dia tengah buat apa sebelum tu..

  3. Dia paling pantang nampak Tok Ayah atau dikenali sebagai "Yayah".. Bila nampak Yayah jer, dia akan mula berbunyi sebegini.. "Vrooommmm Vroom...." Isyarat kat Yayah supaya bawak dia naik motor.. Tak kira laa siang ke malam ke, subuh ke tengah malam ke apa ke.. Nampak Yayah jer mesti Vrooommm Vroooommmm... Tok Ayah pun suka sangat laa bawak dia ronda2 naik motor...

  4.  Selain tu dia dah pandai panggil Mama and Tatak.. Abah dah lama tak dengar dia panggil.. 

  5. Benda2 fav dia mmg pandai laa dia sebut macam:
    • Tar = Car
    • Tet = Cat
    • Berd = Bird
    • Kite = Bird
    • Aeroplane = Bird
    • Ball = Baaaaak
    •  Balloon = Baaaaak jugak
    • Apa2 bentuk bulat semua pun Bakkkk laaa.. Hahaha

5544_10200102499547658_1205968050_n
Ada budak pi school pakai baju Ralph Lauren? Ini kes baju tak kering sampai baju jalan pun hentam buh dlm beg nursery..Hahaha

487471_463117880440484_1531601346_n
Aariz with his friends kat school..
One thing about Aariz is, he is always a happy baby... Happy time kalau, sangattttt laa happy... Tapi kalau mai mengamuk time, fuhhhh... Memang berterabur lari semua orang.. Hahahaha... Aariz, if u ever read this entry, tolong laa ambik tau yang awak dah berapa kali cederakan mak pak and kakak awak.. Takat berdarah bibir sebab kena hentak dgn kepala tu mama dgn abah dah tak heran... Takat kena sepak masa tido, kakak pun dah tak heran... Tapi bab kena hentak dgn kepala kat kepala and mulut mak pak time tido, mak pak mmg tahan sabar banyak laaa... Berapa kali dah Ma ngadu kat Abah nak tepon teledera sebab asyik kena dgn anak sendiri sampai berdarah2 mulut.. Tapi Ma, Abah and Kakak sayang Aariz sampai bila-bila.. Hahahaha

IMG_2464[1]
My happy baby
Aariz juga takde perasaan gayat... Kalau dulu Eesya mmg tak pernah aku menghadapi masalah nak kena standby memanjang kat belakang punggung dia sbb panjat sana sini, tapi dengan Aariz, mmg kena jadi JAGA semanjang... Dia suka hati jer panjat tak kira tinggi mana.. And he start climbing around before he can even walk... So aku sangat bertabah dan berstandby jer ler.. And bab jatuh sana sini, dia pun cam dah immune.. Kalau takat terantuk kepala sikit2 tu, dia boleh jalan buat donno jer... Kitorang semua dah terkejut sbb dengar bunyi dia terhantuk dinding ke apa ke, kalih2 dia jalan buat cam takde benda jadi pun.. Hahaha

IMG_2453[1]
Gaya punggung tonggek.. Hahaha
Rasanya Allah memang dah tahu tahap mana kesabaran aku dengan Aariz.... Memang berganda-ganda laaa aku menjadi penyabar, dan tabah, dan supermom dengan budak ni... Hahaha... Just imagine kalau aku drive balik umah dgn Eesya and Aariz jer dalam kereta.. Aku akan prepare mental and fizikal sebelum balik tu... Waktu lunch aku akan pastikan beli dah apa2 untuk budak2 ni makan.. Bukan sejenis dua makanan, at least 4-5 jenis.. Keropok lekor, biskut, vitagen, roti, nugget, etc.. Kena make sure jugak benda tu boleh bagi Aariz ralit.. Pastu aku akan pasang iPad, bagi tengok Barney.. Lepas Barney boring, suh Eesya tukar apps yang Aariz suka yg lain.. Pas satu.. satu... Tapi after 45 minutes, dah tau Aariz takkan boleh bertahan terikat kat carseat.. Dia akan ngamuk nak keluar.. Kalau time tak jammed, 45 minutes tu Insya Allah dah sampai rumah.. Kalau time jammed, slalunya time tu elok2 jer keluar tol Bukit Tambun.. So aku akan bukak jer seat belt dia... Dia akan pandai2 terjun turun sendiri.. And mula laa episod yg lebih mencabar.. Dia akan mai depan dan buat suka hati dia... tekan emergency light, duduk atas hand break.. Duduk atas riba.. Ikut dan dia laaa... Memang time dah sampai umah tu, aku pun cam dah lembik lunyai dikerjakan budak Aariz ni... Hahahaha

IMG_3345[1]
Big boss dalam carseat

That is my Aariz... He is one active boy.. But he surely know how to make people fall in love with him... :)

Wednesday, May 15, 2013

Ambank Chinese Traditional Fashion Contest


10 Mac 2013

Eesya join contest as one of participant yang Sri Embun hantar. Ada 6 orang semuanya dari Sri Embun.. Participant semua dalam 30 orang.. Memang laa sangat meriah and ramai.. Masuk tu just untuk suka-suka..

IMG_1368
Konsep : Winter Princess

IMG_1366
Kalau bab suh posing, memang serah laa kat dia..


IMG_1364
Dari kiri : Re Ann, Aleesya, Ah Yang, Faris, Muzammil, Uniq
Dalam ramai girls yang masuk, memang laaa sangat ramai yang pakai cheongsam... And ditambah accessories... Ada a few girls jer yg berlain sikit... And one of them adalah Eesya.. Eesya pakai baju tu jenis silk, and tebal macam wintercoat dalam dia.. Kitorang pun secara tak sengaja jumpa baju masa duk jalan2 kat kedai cari baju dia.. Ingat nak cari yang jenis Hanbok Korea tu.. Tapi tak jumpa.. So end up beli jer yang tu... Topi tu mintak teacher diorang tolong buat.. Aku google gambar and MMS kat teacher..

IMG_1378
Kiri : Gambar dari google.. Dari TV Series The Fair Princess.. Kanan: Hasil tangan cikgu Eesya..
Yang lawaknya, budak ni masa her show up, the judge panggil dia dekat and tunjuk kat pipi judge.. Suh kiss pipi dia.. And anak aku yang bertuah tu boleh lak gi kiss bebetul.. Arghhhh.. Berapa kali dah pesan kissing is just for family.. Mana ko blaja ni Eesya? Hahahaha

End up, she won the second runner up.. Wieeehhooooo... Adakah hasil kiss pipi judge? Kakakaka.. Dapat hadiah RM60, piala and sijil... Balik laaa modal beli baju.. :p

IMG_1375
The winners.. Eesya sorang jer pompuan.. Yang tengah tu no 1.. Pakai baju peladang jer.. Sempoiii.. From her school jugak..


IMG_1374
The proud girl with her prizes..

Ok jugak sekali sekala layan anak masuk aktiviti camni.. Rasa cam thrill jer.. And we did have fun masa kat karnival tu.. Dapat popcorn free, cotton candy free, breakfast free, etc.. Tapi kalau pegi sorang2, malas laa.. Kalau pi ramai2 macam ni from her school, memang best.. :)


Sunday, May 12, 2013

Life is bz sokmo...



1) New Daily Routine

Eesya start her KAFA class on 1st April 2013.. 1 hour per day.. Dekat dgn area school dia skrg.. And Alhamdulillah her principal willingly to send her to the KAFA class without additional charges. Balik aku terus pi ambik kat KAFA class dia tu lepas ambik Aariz kat school depa tu..

IMG_1791
Her happy face masa mama go and fetch her.. Happy faces camni laa yang mama tak boleh lepaskan bagi orang lain pergi ambik lepas school... Banyak cerita pulak tu.. :)


2) Melayan budak 2 orang ni

2-2 orang ni sangat bersatu hati selalunya.. Ada-ada jer akai depa nak bagi mama happy.. Kadang2 rasa penat nak duk rehat, tapi bila tengok depa duk main kejaq2 ke, bergelak ketawa ke, dan2 rasa cam nak join.. Hehe

IMG_2104
Adik, show your tongue!

IMG_2106
Say AAAAAA Adik!

3) Sakit yang berpassing batton

Si adik kena chicken pox... Asalnya lepas balik kenduri kat Bandar Perda, lepas 4 hari dah nampak bintik2 merah... Itu pun teacher yg  perasan and send gambar kat Whatsapp.. Budak lain kat school takde pulak kena.. After upload gambar kat FB kata Aariz kena chicken pox, then 1 of my cousin bgtau anak dia pun baru kena... So conclusion dia kena masa kat kenduri tu laa.. Huhu

IMG_1657
Bintat-bintat semuanya..
Syukur Alhamdulillah masa kena chicken pox tu, Aariz tak demam sekelumit pun... Tapi... Pas dah habis chicken pox, dia sambung pulak dgn demam because of tonsilitis... Bersabar dan bertabah jer lah mama.. Lagi tabah dan sabar adalah maktok and tok ayah yang kena mengasuh Aariz sbb tak bleh pi school.. And abah si Aariz yang bila shift dia off day kena jaga anak, maktok nak pi menjemput and menguruskan hal kenduri yang dah makin dekat masa tu... Itu yg satu sangat suka bila suami keje shift.. Mama dia tak yah teruk2 ambik cuti sbb boleh gilir2 hari masa jaga anak sakit.. Tapi sangat tak suka kalau shift dia keje weekend or malam.. Nak buat camne.. Redha jer lah.. Ada laa pro and cons tak? :)

IMG_1689
Kena lumur dengan daun mambu hehehe

Owh, lepas surut demam sebab tonsilitis yg 5 hari tu (punya laa lama sampai pi tukar antibiotik baru ok), tetiba keluar laa pulak bintik2 merah cam measles tu.. Dugaan lagi.. Tak pi sekolah lagi.. Ambik masa 4 hari juga baru nak surut.. Doktor kata sama ada sbb dia allergic to new antibiotik or sbb campak palsu nak keluar panas pas demam.. Aku rasa sebab nak keluar panas laa kot sbb dah stop antibiotik yang baru consume tu but still naik jugak..

IMG_2093


Itu si adik punya cerita.. Yang kakak pulak.. Mula2 sebelum adik chicken pox, dia tersembam kat gear dalam kete.. Masa tu dah dekat nak sampai umah.. Mula laa dia tergedik2 takmo duduk diam.. Nak agah si adik dalam carseat yang mama letak kat depan.. Tetengah dia agah, tetiba ada satu motor budak kampung mana yang rupa pun cam takde lesen, boleh menonong masuk ke jalan tak tgk kiri kanan dah.. So mengelak dari motor itu, mama break mengejut.. Lagi sikit jer nak kena.. Boleh lak budak tu dgn member dia gelak2 jelir lidah.. Memang bengang sangat! Si kakak dah tersembam and rusuk dia kena gear kete.. Lebam gak ler.. So esok tu bawak ke Hospital Pantai untuk check.. Alhamdulillah doktor kata takde retak ke apa.. Cuma lebam and kena monitor takut pendarahan dalaman.. So far dah hilang lebam dia tu.. Takde apa..



IMG_1643
Tengah tunggu turn jumpa doktor..

Lepas dah habis kisah pasal rusuk beliau, beliau dengan jayanya menerima baton chicken pox dari si adik... As expected laa kan... Dah makan pun satu sudu, mandi satu bath tub.. Orang dah larang tak mau dengar kan... So biar jer ler.. Alang2 nak kena, kena laa 2-2.. Senang nak handle.. Hehe


IMG_2016
Macam tepung gomak..
IMG_2004
The same spot... Ini laa chicken pox yg sangat sistematik.. Haha

4) Menyeronokkan kanak-kanak

Saya juga bz sbb memenuhi permintaan anak-anak (tapi baru satu jer yang pandai mintak macam-macam, yang lagi satu pandai ikut seronok jer.. hehe) sepanjang ketiadaan di dunia blog ini... Biarlah.. Anak 2 orang jer pun... Anak happy, mak pun happy.. Pak jer kurang happy sbb wallet makin nipis kot? Hahahaha

IMG_1455
Seronok bukan? Haha

IMG_1467
Yang ni blur jap mula2.. Pastu melesap ilang dalam bola..


IMG_1500
Petang-petang pi playground..

IMG_2254
Ni request nak ice cream sbb weather hottttttttt sangat..

IMG_2240
Ni sbb mama malas layan depa sorang2 kat umah.. So lepak kat sini.. Hahaha

5) Melayan anak dara

IMG_1686
Ni anak dara saya punya sandwhich.. Hehe
IMG_1666
Mula2 request nak baking cake.. Ikutkan..

IMG_1819
Pas seminggu, nak buat cupcake pulak.. Layankan...

IMG_2014
Masa tgh chicken pox, request nak ice cream buat sendiri.. Layan jugak..

IMG_2061
Pastu mula duk bukak buku resepi suh buat Gingerbread cookies plak dahhhhh...

IMG_1845
Ni tengah testing baju flower girl.. Hehe

OK... Panjang dah kot.. Hahaha.. Lenkali sambung citer basi yang tertinggal.. :p


Friday, March 15, 2013

Korea Part 1 ~ The Journey Begins....~

Lawatan muhibah ke Korea telah diplan sejak dalam pantang kat Aariz.. Masa tetengah pantang tu, Airasia ada buat sale.. Di kala tetengah baring pas nyusu si Aariz tetengah malam kul 2 pagi, gatai2 tangan check harga gi Korea dari Pen - KL - Incheon adalah RM2300 untuk 4 anak beranak... Makna kata, sorang dalam RM700 pegi balik (Aariz harga infant laa kan) so menggedik-gedik hati sanubari terus klik sana klik sini, dan terbeli suda tiket2 tersebut tanpa meminta kebenaran encik suami.. Hahaha.. Esok tu dia balik keje baru bgtau.. Nasib baik beliau adalah jenis "Dah beli.. Nak buat camne..." :p Kat maktok pun beli gak... Dengan gamble giler kata maktok akan setuju nak pi.. Hahaha...

So lepas lebih kurang 9 bulan pembelian tiket tu, baru laa bebetul pergi kan.. Sebelum tu sebab tak sempat nak godek dgn lebih rajin, makanya aku telah deal dgn satu travel agency from Korea.. Direct nih... Sebabnya takmau ambik yg banyak2 Korea Budget Travel yang disediakan oleh ramai pelajar Malaysia yug study kat Korea.. Sebab apa tak mau ambik walaupun diorang siap include makan makanan halal?

1) Time pi tu winter... Dan kebanyakan yang aku tanya tu semua menggunakan public transportation such as subway and bus.. So kat situ duk terbayang nak kena angkut 2 budak yg mana 1 adalah baby yg sangat laa sensitip dgn cuaca tetengah salji bagai nak tunggu bas ke turun naik tangga kat station subway.. So takmau takmau..

2) Kebanyakan mereka juga offer harga dalam RM1600-RM1800 tapi stay kat guest house.. Yang I believe kena share bathrooms and toilets with other people and tido atas tatami... No no no... 

So 2 sebab adalah yang menyebabkan aku pikir banyak kali sbb travel agency yg aku ambik ni masa tu kalau convert adalah dalam RM2000/pax siap private transport, duk hotel yang aku request nak ada dapur, siap skali dengan tiket pegi balik JEJU! Haaaa... Nampak beza di situ? Walaupun tak masuk makanan halal, tapi macam worth sangat sbb makanan tu boleh jer masak sendiri dan makan benda2 vege + seafood... Bawak baby + 1 budak 5 tahun yg malas jalan sendiri bila sejuk memang laa kena pikir siap2 segala kemungkinan yg ada kan...

So hari pertama start journey adalah hari yang sangat panjang.. Apsal sangat panjang? Sebab kami akan tempuh 5 airport dalam masa tak sampai 24 jam.. So sangat sangat sangat laa berdoa semoga Aariz dan Eesya behave dan cooperate well..

  • Bayan Lepas International Airport - LCCT (flight)
  • LCCT - Incheon International Airport (flight)
  • Incheon International Airport - Gimpo Airport (limo)
  • Gimpo Airpot - Jeju International Airport (flight)
Fuhhhh semangat kan... Kalau backpack ke pegi honeymoon ke, aku boleh lagi nak imagine camne... Ni dah laa bawak 2 budak ni.. Pastu nak kena angkut segala luggage dari satu flight ke satu flight.. Pastu naik limo.. Pastu naik flight lagi.. Memang keje giler.. Tatau aa apsal aku terima itinerary camtu tanpa berfikir panjang.. Konon adventurous laa kan satu hari tempuh 5 airport.. Hahahaha


IMG_0324
Airport Bayan Lepas.. Kul 6pm lebih hari Sabtu..

IMG_0327
Dalam flight ke LCCT.. Abah berdoa semoga Aariz behave sepanjang jalan.. Hahaha

IMG_0354
Dah sampai LCCT... Next flight ke Incheon kul 1am.. Sorang dah zzzz... Sorang lagi duk sopping..

IMG_0356
Budak boring dalam flight.. 6 jam..

IMG_0363
Dah sampai Incheon Airport... Sejuk.. Ada snow! Jakun jap.. Hahaha

IMG_0371
Pepagi buta dalam kul 8am lebih time Korea.. Time Mesia is around 7am lebih.. Sejuk sampai ke tulang..
IMG_0372
Pororo sambut kat Incheon International Airport.. Driver tak sampai lagi masa ni.. Cuak aa gak takde orang tunggu kat luar.. Hahahaha

IMG_0374
Kat luar Incheon Airport.. Driver nak hantar pi Gimpo Airport naik Hyundai Starex.. Eesya tengah test asap keluar kot mulut.. Hahaha

IMG_0377
Gimpo Airport.. Ada budak dah excited nak gi tengok Bear Museum kat Jeju.. Hehe

IMG_0383
Aariz dah jadi snuggy bear.. Berapa kali tidur bangun dah dia kata tak sampai2 lagi.. Hahaha

IMG_0378
Kakak maintain lagi jalan2 kat Gimpo Airport..
IMG_0384
The maktok and the cucu..

IMG_0388
Naik bas tu dari terminal ke flight.. Sejukkkkkkkkkkk sangat!
IMG_0390
Dah sampai Jeju!

IMG_0391
Our tourist guide di Jeju... Mr Yong.. Ada gambar dari belakang jer.. Hahaha

IMG_0392
Jeju International Airport.. Sampai dah... Lega!!!

Mujur laa sampai2 tu, Mr Yong tu boleh ler jugak cakap English.. Walaupun ada time jenuh duk ulang perkataan tu... He sent us straight to Ameroux Hotel yang masa tu aku tawakal jer ler mintak-mintak ok sbb bila check Agoda pun cam ada tak ade jer hotelnya... Masuk-masuk lobi, cam ok ler standard 3 bintang camtu.. Pegi kat receptionist, bagi file yg ada all the bookings yang dipass oleh 1st driver yang fetch us kat Incheon Airport tu.. So smooth jer nak dapat bilik tu... Dalam hati ni memang susah hati giler sbb main bayar jer tatau laa betul ke tak orang tu bilik camne kan..

Si receptionist yang muka ala-ala pelakon pembantu dalam citer Korea tu pun pass laaa kad akses bilik tu kat aku.. Aku pun tengok.. And nampak kat situ stated as "413".. Pastu berlaku laa perbualan seperti di bawah:

Receptionist : Room... Four One Three..
Me : OK..
Receptionist : Breakfast.... Two.. *sambil angkat tunjuk jari 2 cam peace tu..*
Me : Why 2? We got 4 people?
Receptionist : No.. Breakfast TWO! *Tunjuk lagi jari 2*
Me : Why 2? We got 4 people.. 3 adults and 1 kid! *blur giler.. dalam hati duk hamput dah travel agent tu booking bilik untuk 2 org jer ker camne nih?*
Receptionist: Yes.. One Two Three Adults.. One baby.. *sambil tunjuk kat aku, joi, mak and Eesya*
Receptionist : Breakfast.. TWO!
Me : Aaaarghhh.. Apa ni? Apa yg duk breakfast two ni? Tadi kata yes 3 adults 1 baby? *duk bebel kat joi sebelah tu.. 
Receptionist : Breakfast TWO.. You! Me! *sambil tuding diri dia.. pastu tuding kat aku..
Me : Hahhhh?? Apsal org breakfast dengan dia pulak? *tanya kat joi*

Masa tu receptionist tu jalan keluar dari kaunter, ambik semua bag luggage kitorang tolak masuk dalam lif.. Kitorang yg dah merah dah sebb tension and penat pun ikut jer ler.. Malas dah pikir.. Breakfast ada ke takde ker, kang kita masak jer ler...

Dalam lif... Receptionist tekan level 2 dengan level 4.. Sampai level 2.. Pintu lift bukak..

Receptionist : Breakfast.. TWO!

Wahahahaahaha... Get it? Kami bantai gelak dalam lift tu.. Ingatkan apa laaa yg duk breakfast two breakfast two.. Rupanya nak bgtau breakfast kat level 2.. Rasa cam nak pengsan gelak bila sampai kat bilik tu...

Bilik kitorang kat level 4.. Sebab tu dia tekan level 2 dengan level 4... Hahaha.. Memang lawak sangat bila ingat balik.. Yang "You..... Me" tu bukan suh aku pi breakfast dengan dia... Dia suh "You.. Follow.. Me" sebab nak tunjuk tempat breakfast kat tingkat 2.. Hahahahaha.. Sian beliau kerana aku menyalahanggapkan niat suci murni beliau itu.. Hahahaha

Memang susah cakap dekat Jeju ni sebab Mr Yong tu sorang jer kitorang jumpa boleh cakap English sikit2.. Yang lain tu... Memang laaa tak paham apa2... Memang kelakar.. Tapi mujur laa Mr Yong tu sentiasa ada sepanjang kitorang kat Jeju tu..

Malam tu masuk-masuk bilik, memang suka hati sangat sebab bilik tu sangat lengkap dengan periuk nasi, peti ais, microwave segala... Memang terus masak nasi, makan dengan Brahim's.. Fuhhhhh... Nikmat sangat makan nasi panas-panas di kala malam bersuhu bawah -10.. Hahahaha..

IMG_0398
Puas hati...



IMG_0399
Budak ni layan LOTR pulak kat Korea.. Orang layan laa Boys Over Flowers ke... :p


*to be continued*

Monday, March 11, 2013

Aleesya 5th Birthday Celebration

Birthday bulan 1, bulan 3 baru update.. Hahaha..

OK.. Birthday Eesya adalah on 23 Januari.. Seminggu lepas kitorang balik dari Korea (entry terhutang..hahaha)

So lepas balik dari Korea, memang laa sangat tak larat and penat nak organize and prepare for her birthday. Mujur ler before ke Korea dah boleh rasa feeling2 malas itu akan datang, so dah booked her teacher to do all the preparations untuk party dia kat school jer.. Ni pun kira cakap mulut jer.. Tak bg deposit ke apa2.. And the theme bila teacher tanya pun I just replied " U tanya Aleesya ler dia nak apa.." Hahaha.. Mak budak punya malas pikir masa tu sbb tgh demam tak baik2 1 week before the vacation..

So end up, bila birthday dia, kami satu family just went there macam guest.. Hahahaha.. Sangat laa best sebab tak yah penat2, tak yah kemas2 apa bagai.. Pi makan2, nyanyi2, ambik2 gambar, suka2, then balik... Best giler.. Hahahaha

So enjoy the pictures yang tak seberapa.. *My storage kan dah penuh..Hahaha..

IMG_0687
The birthday girl chose theme "Fairy Princess"
 
IMG_0701
Malu jap masa kawan2 nyanyi lagu birthday in 3 languages
 
 
IMG_0700
Duk conduct org nyanyi lagu besday
 
 
IMG_0699
The priceless expression

IMG_0686
Her birthday cake

IMG_0693
Lepas habis nyanyi, the balloons deco kat atas dijatuhkan untuk kanak2 ribena.. Hehe
 
All the deco, the goodie bags, the candy buffet, costume Eesya, semua teacher dia yg prepare.. Alhamdulillah we are really lucky to find the kindy that not only can educate our children, but also the teachers are really into making the kids happy.. And also menyenangkan dan memudahkan keje mak pak.. Lepas tgk birthday bash Eesya is worth the memory, kitorang decide no need to buat her birthday celebration kat umah dah.. Hehe..
 
And for her present??
 
She requested something that I wanna save for at least 6 more years... Tapi sbb dia nak sangat.. Ambikkkkkkkkkkkkk...
 
 
321082_10200277070790157_133734336_n
 
Tebuk telinga untuk birthday is something not relevant.. Dah laa sakit.. Terseksa kot seminggu.. Tapi sbb dia nakkkkkkkkkkkkkk sangat... Terpaksa laaa mak dia bersabar dan redho.. Hukhuk
Related Posts with Thumbnails