EESYA

AARIZ

Monday, August 30, 2010

Sedap hingga Menjilat Jari...


Last Friday, Encik Pejoi telah dipaksa rela berbuka puasa di Restoren Sg Wang yang bertempat kat belakang Restoren Nasi Kandar Kayu.. Alaaa.. Yang sebelah dengan Restoren Nasi Kandar Khaleel tu.. Encik Pejoi cam kurang berminat sebab beliau kata tak nampak ramai orang.. Kesimpulan beliau slalu camni.. Ramai = Sedap.. Tak ramai = Tak sedap...

Tapi sebab bini Encik Pejoi ni nak nak jugak makan kat situ.. Sebab nak rasa aiskrim goreng yang diwar-warkan sedap itu.. Maka bini Encik Pejoi pun buat derkkk jer dengan segala sungutan beliau.. Hahaha..

Restoren ni tauke dia Chinese.. Tapi cook dia Indonesian Muslim.. Dan restoren ni ada sijil halal JAKIM..


Ni menu hari itu.. Butter Prawn, Dried Fried Curry Mussel, Tom Yam Campur.. Yang paling nampak special masa dia hidangkan adalah that Tom Yam.. Sebab udang2 semua dia hidangkan dalam buah kelapa muda tu.. Sebabnya secret recipe dia adalah Tom Yam tu masak tak guna air atau santan atau apa2 yg berkaitan.. Tapi masak dengan menggunakan air kelapa muda.. Menarik kan? Tapi tak sempat amik gambar masa benda alah tu semua duk dalam kelapa.. Hahaha...


Ni shark fin soup.. Pilihan Puan Pejoi.. Encik Pejoi skek pun takmo rasa.. Hahhaa.. Sedap jer bagi aku nih... Pekat2 dan nyummy.. Eesya pun suka..


Ni butter prawn.. Udang sangat besar2... Ada dalam 6-7 ekor camtu.. Serdak2 telur tu sangat sedap.. Eesya duk ratah makan benda alah tu saja..


Dried Fried Curry Mussel.. Kupang nama Melayu dia.. Sangat fresh dan sedap.. Semua pun sedap laa.. Aku tak tipu...

Ni Tom Yam yang dah selekeh.. Hahaha.. Sebab dah tuang dari kelapa muda masuk sini.. So agak sememeh laa.. Dalam ini pun ada 6-7 udang besar2 macam butter prawn tu.. Dengan isi ikan.. Memang tak larat makan udang besar hari tu...


Ni budak yang memilih makan.. Pas makan udang sekor - dua, boleh lak dia demand.. "Eesya nak eat baby udang laa.. I don't want big udang.." Aiyakkk... Mana ada small udang dalam nih.. Saja jaa time ni laaa nak memilih udang kecik tau Eesya..


Ni pulak the best thing ever.. Hahahaha.. Fried Ice cream.. Rupa memang nampak biasa jaaa.. Sekali masuk dalam mulut... HEAVEN!!!~ Rangup2, lembut, sejuk2... wallllaahhhh!~

Balik tu kata kat Encik Pejoi, kalau pi balik restoren tu, cakap nak beli aiskrim goreng saja boleh dak rasa2? Hahahaha.. Serius sedap aiskrim goreng tu... Haihhhh...

Overall, memang sedap laaa.. Dari segi harga, aku rasa ok kot sebab tgk portion dia pun banyak.. Dan udang pun besar bagak.. Each lauk kat atas tu RM15-RM20.. Aku tak ingat yang mana RM15, yang mana RM20.. Tapi ingat ada 2 jenis yang RM15, ada 2 jenis yang RM20.. Tu boleh makan 4 orang tu.. Tapi kami tatau, so tibai makan 2 orang ja... Balik, perut cam mintak tolong jer.. Hahahaha..

8 comments:

  1. u kat penang kan. nampak best la. kat mana eh restoran tuh. teringin la pulak tgk:)

    ReplyDelete
  2. cik jatt ~ a'a.. kat penang.. restoren ni kat area hotel vistana... kat situ ada restoren kayu yg agak glamer tu... blakang restoren kayu tu ler.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Menarik ni menarik niiii. Harus diterjah. Berapa RM bil makan ni?

    ReplyDelete
  4. uih... bukan takat bini jer ada blog... hahahaha...

    tu semua total dalam rm90 lebih... pi2.. kalau nak blanjer kami lagi bagus.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Haha ingat kami koman sgt ka xdak blog :p
    Rm90 menarik ni. Tak tahan tgk mussel dgn prawn tu hish terliuq betui.

    ReplyDelete
  6. hahaha... idak ler koman... tak sangka jer.. hehe.. suh cik imma masak aaa.. cik imma kan pandai masak.. haha.. tapi sedap aaa situ.. boleh aa try.. tapi kena buat2 tak nampak atas kaunter ada patung buncit.. wahahaha

    ReplyDelete
  7. Abaikan patung buncit tu as long as ada tanda halalan toyyibaa. Ajak incik pejoi jom kita pi repeat sblm raya menjelang ni. Tapi bayar sendiri2 la yek. Or ask incik pejoi to cover buleh kut.... ;-)

    ReplyDelete
  8. hahahaha... itu encik top deal sendiri aaa dgn encik pejoi.. kami bini2 ngikut dengan rela hati..

    ya dak imma? hahaha.. satgi imma mesti baca punya nih... kakakaka...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails