Monday, December 5, 2011

Ritz Garden Ipoh

Ni cerita dah agak nak basi tapi baru nak update.. Sesungguhnya, memang laa sangat takde mood nak update blog ni sejak dua menjak nih.. Tatau aa apsal.. Perubahan hormon ke apa kot.. Tapi kalau tak update kang, lupa lak.. Pastu lagi banyak bende yg tertangguh nak update tak jadi2.. Hahaha.. So, here it goes...

Kitorang amik Ritz Garden ni sebab ada kenduri cousin Encik Pejoi kat Batu Gajah, Perak.. Since mak and adik aku ikut skali, so cam tak wajar laa nak tidur umah opah Encik Pejoi.. Pastu Abg E and his family pun akan join the next day tu saja nak melepak kat Ipoh, so lepas dah survey beberapa hotel yang ada apartment, aku decide to book Ritz Garden ni lepas tgk rate dia yg ok and dia ada from 1 bedroom  apartment to 4 bed rooms.. So malam yang 1st, kitorang just amik yg 2 bilik (harga gomen rate = RM280 which kalau devide 2, satu bilik jadi RM140.. Murah lagi dari Seri Malaysia yg 1 family room RM160 sbb cuti sekolah takde goverment rate kan..) and then the 2nd night bila family Abg E sampai, kitorang upgrade to 4 bedrooms apartment.. Asalnya nak amik yg 3 bilik tapi yg 3 bilik dah penuh.. And the gov rate for the 4 bedroom apartment is RM440... So kalau divide 4, jadi RM110.. Murah laa kan? Plus budak Eesya and budak Maira dapat bilik diorang sendiri.. Sangat laa suka hati mereka itu...


Apartment 2 bilik..
Master bedroom yang luas bangat.. Cam boleh letak lagi 2 king sized bed..

Hall yang telah disepahkan.. Ada kitchen cinonet kat hujung..
2nd bedroom yang terletak atas pool.. Nasib baik tingkap ni kunci.. Kalau tak? Hahaha
Not only the rooms are spacious, tapi yang menyukakan hati kitorang yang teramat sangat adalah the facilities kat sebelah bilik kitorang...

Ada cinema yang keep on tayangkan filem dari kul 5pm - 11pm.. Dah laa free jer..
Mula laa rasa takmo pi kenduri.. Hahaha

Meja snooker.. Sejam RM10.. Tapi tak sempat nak main..
Pool dari pandangan bawah.. Atas tu 2nd bedroom.. So kalau hujan pun boleh mandi gak sbb ada bumbung separuh..
Semua benda2 ni plus gym dia, bebetul sebelah bilik kitorang.. Yang pool dengan gym tu, just kena turun tangga kat tepi meja snooker tu.. Tu yang menyebabkan rasa cam takmo keluar dari hotel tu.. Ada jer benda nak buat.. Mandi pool, tgk wayang, etc.. Pastu yang lelaki lak semangat laa pegi gym pepagi dan pepetang.. Sabar jer ler..

Untuk breakfast, tempat dia agak kurang best sbb kecik jer cafenya... Tapi mujur ler tak ramai orang pun masa tu.. Mungkin sbb kitorang pegi breakfast seawal 7.30am and kena pulak hari tu Sabtu, so kurang laa manusia skek... 

Toast station..
Fruits and Cereals..
Nasi lemak, bihun goreng, nugget, wedges, fried chicken, baked beans, smashed eggs..

Itu jer yang aku sempat amik gambarnya... Lagipun itu jer yg ada... Owh, plus dengan bubur station.. Ada laa bubur nasik dengan bubur gandum kot.. Tapi kira boleh laa makan.. Takde ler sampai tak boleh lalu ke anak tekak langsung...

Pagi esok tu, agaknya sebab ramai manusia yg check in hari Sabtu berbanding hari Jumaat kan, breakfast dah tukar tempat pegi ballroom dia.. So selesa laa skek nak makan sambil sembang2... Tapi yg tak bestnye pulak, toaster diorang tak bawak skali.. So tak bleh laa budak Eesya dgn abahnya yang omputih pepagi kena breakfast dengan toast bread tu nak makan roti.. Hahahaa

Ni pulak gambar apartment 4 bilik.. Nama bilik Beijing.. No bilik 2006... Sebelah jer dgn bilik kitorang yg sehari sebelum tu...

Bilik 1.. Keluasan bilik adalah kurang kalau berbanding dgn bilik dlm apartment 2 bilik..

Bilik 2... Ada cermin tembus ke hall ler pulak..

Dalam bilik 1 jer ada toilet... Lagi satu toilet kat hall.. Berbeza dgn apartment 2 bilik, toilet dalam bilik memasing.. Tapi yg 4 bilik ni, hall dia sangat luas laa.. Boleh buat mesyuarat sanak saudara.. Hahaha

A part dlm hall tu...

Kitchen..

Bilik 3 dan bilik 4 struktur sama macam ni..
Yang bestnye sbb dalam bilik memasing semua ada TV lekat kat dinding tu.. And ada selected channel Astro.. So diorang ni siap buat station.. Sapa nak tgk HBO bilik 1, Max dekat hall, Disney Channel bilik 4, Hindustan Bilik 3.. Sabaq jer ler.. So budak Eesya dgn Maira mmg duk jer dlm bilik diorang, tgk kartun, main toys, lompat katil, bergelak ketawa tak kaco kitorang nih langsung.. Hehehe...

Penat main... Boleh lak tido bilik asing kalau diorang berdua..

So dari segi bilik, facilities apa bagai, memang puas hati laa.. Tapi ni cerita skek benda yang kurang best kat hotel ni.. Sapa yg nak pi kena take note ler..

1) Parking sangat sangat sangat TERHAD..

So agak2 kalau jenis yang kena keluar masuk kereta tu, tak yah ler duk sini kot... Sbb memang susah nak dapat parking especially kalau balik memalam... Boleh kena parking jauh yang ada anjing dan gangguan lain.. Gangguan lain, sila rujuk no 2.. Hahaha

2) Suasana malam yang kurang menyihatkan..

Keliling hotel ada club dan jugak aktiviti yang kurang menyenangkan (read as: BAPUK) yang duk tunggu customer kat tepi2 jalan... So kalau kena keluar malam, agak kurang selamat laa nak balik dari parking yg jauh nun di sana.. 

3) Ada karaoke KTV kat bawah apartment tu..

So bila malam kalau duk kat apartment 4 bilik tu, ada rasa lantai gegar2 skek vibration dari bawah kot.. 


So for those yang nak amik apartment ni sbb harga dia affordarble, kena make sure 2 benda:

1) Tak balik malam/ kurang perlu untuk keluar masuk hotel bebanyak kali

2) Pastikan amik apartment yang dekat NEW WING.. Kalau OLD WING, aku tatau condition camne.. Tapi sbb hotel tu buruk gila kat depan cam setinggan, so aku rasa bilik2 yang jenis deluxe, standard apa bagai tu yang ada kat OLD WING tu pun mesti buruk jugak..

Sekian, sari berita tak berapa penting.. :p


3 comments:

  1. Tapi sekarang ni menyedihkan , ada sorang staff Ritz Garden Hotel Ipoh ni takdeh manner nak bercakap dengan staff sebab nak balik kerja. harap2 tak berlaku kat orang lain.

    ReplyDelete
  2. TK krn maklumatnya sangat membantu utk mencari penginapan family di Ipoh.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails