Sunday, December 18, 2011

R&B Homestay @ Tambun

Lepas check out kat Ritz Garden, mood nak bercuti belum habis lagi.. Menggatal nak sambung the holiday trip kat Ipoh.. Rancang2 nak masuk Lost World of Tambun, tapi semua hotel dah penuh.. So yang tak penuh adalah Sun Inns yang memang dekat depan LWoT tu... So kitorang pun amik 3 bilik..

Tapi bila masuk 1 bilik (lagi 2 belum sempat kemas), macam tak sanggup jer nak duduk beramai-ramai di situ.. Si Eesya dengan Maira pun dah buat muka sbb bilik sangat sempit dan perabot memang perabot lama.. Budak2 ni baru check out dari Ritz Garden yang diorang dpt bilik sendiri dengan lengkap TV lekat kat dinding kan.. Memang aa demanding time nih..

So nak tak nak, kitorang try google and cari homestay jer ler.. Last2 jumpa info pasal Homestay R&B nih.. Alhamdulillah laa nampak mesra alam skek.. Halaman pun luas giler.. Dengan suasana kampung.. Siap ada buai lagi.. So terkubur laa segala rungutan 2-2 minah kecik tu...







Kat dalam ada 2 bilik.. Setiap bilik ada 1 katil queen dan 1 single bed.. 1 bilik ada aircond, lagi 1 takde.. Ada kipas jer.. Tapi kat hall ada aircond.. So boleh ler nak duk satu malam.. Dekat jer dengan Lost World Tambun tu.. So yang Sun Inns tu kitorang kena bayar 1 bilik jer.. 1 bilik = RM90.. Mujur ler jugak.. Kalau kena bayar 3-3 bilik, naya jer...

Homestay ni RM200 utk 1 unit... So kira murah laa kalau banding kitorang amik kat Sun Inns tu kan.. Better ler sesangat.. Hahahaha.. 

Untuk maklumat lanjut homestay ni, boleh nengok kat http://rnbhomestay.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails