EESYA

AARIZ

Sunday, April 18, 2010

mak pesan...


Mak slalu pesan, kalau nak ajar anak, ajar dari awal.. jangan esok dah besar panjang baru kita nak larang benda yang tak boleh.. walaupun dia masih toddler, kadang2 paham, kadang2 tak paham apa kita cakap, kita kena gak terang kat dia apa yang boleh, apa yang tak boleh.. pelan2... lama2 dia akan paham..

so berbekalkan pesanan maktok itu, aku dah berbelas kali cakap kat eesya.. lepas draw, susun balik pensel kaler.. walaupun most of the time, aku yang simpan lebih.. kena sama2 simpan dengan dia.. kalau tak, dia biar jer.. so kalau sama2 simpan, aku dah susun 5 batang dalam box dia, dia baru aaa ada sebatang kot..

tapi disebabkan budak ini sangat suka draw, last2 mama dia pun dah tak larat kemas simpan dalam box.. suh dia simpan kat bahagian tepi meja yg ada tempat untuk cucuk2 pensel.. selain tepi tu ada ruang untuk letak pensel kaler.. asal tak sepah sudah ler kan..

tapi satu hari... di kala mama dia ralit buat benda lain.. budak eesya telah ghaib.. diam jer plak tu.. panggil pun tak sahut.. panik gak sebentar si mama eesya.. pegi2 depan kat hall, tgk2 ni haa keje dia...



lain yang aku suh buat, lain plak dia duk merepek buat.. adeh ler... penuh semua lubang kat kaki meja last2 dia susun pensel kaler..

takpe.. pelan-pelan ajar.. lama2 nanti pandai ler kan.. sampai terlebih pandai.. hahaha

1 comment:

  1. bagussss eesya..creative. time ni la nak biar dia explore...and benda dia buat tu tak salah kaaannnn...dia just think out of box. hehe

    irfan dok nampak ABC kat kaki meja tu ja. puas tunjuk plash card segala, dia nak baca ABC kat situ gak. hiks

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails