EESYA

AARIZ

Thursday, April 22, 2010

Aleesya... 2 Tahun 3 Bulan..

Adeh... dah besar rupanya minah kecik ni.. pagi tadi kejut bangun, takmo bangun tido.. buat tatau jer walaupun aku duk geletek dia.. tapi kalau nengok rupa dia tido, rasa sangat aman damai, tenang, cam nak sambung tido balik sama-sama dengan dia.. hahaha..


Tidur pun mesti ada gaya, mutu, keunggulan.. haha

Ramai kawan tanya pasal eesya ni sbb aku rajin duk buh video dia dalam FB kan.. maleh nak buh kat blog sbb blog takde feature untuk tolong rotate kan video.. haha.. diorang tanya pasal dia dah pandai cakap banyak.. and dia cakap pun takde pelat2 sangat..

Aku rasa takde ler petua apa yang diamalkan, ataupun makanan tambahan apa yang aku bagi kat minah kecik ni.. cumanya, yang perasan, mmg percakapan dia banyak ikut dalam series Barney.. ataupun kartun2 kat channel PHDC..613 tu..

Antara ayat2 dia yang aku leh cam:

" Whatcha doing?" - Phineas & Ferb
" It's working!" - Handy Manny
" Take a look" - dunno from where.. tapi suspected from PHDC
" Look at that!" sama gak..maybe PHDC
" Eesya cute.." sambil buat gaya tangan dua2 kat bawah dagu - Baby Barb from Barney
" Hihaa!!" sambil angkat topi koboi masa naik poney - sebijik cam lagu dalam Barney
" Delicous!" suspected PHDC

Ada lagi ler.. sapa yg duk layan video dalam FB aku tau laa.. maybe sampai korang dah jemu.. hahahaha.. tapi aku rasa mmg gitu aa sumber2 dia..

So sekarang ni aku mmg rasa langgan Astro channel cartoon tu mendatangkan faedah kat kitorang selain dari beli CD Barney.. sebabnya, kalau aku bukak CD Barney tu, dalam 2-3 kali, pastu dia dah tau dah.. contoh kalau hari tu aku bukak CD Barney Small & Big, so dalam 2-3 hari aku akan ulang CD yang sama.. pastu dah boleh nampak, dia dah start cakap "Big Balloon..Big Car, Biggest Baby..Small baby.." Kalau bukak yg In & Out pun sama.. pas 2-3 kali ulang, nanti kang dia dah start cakap "Inside khemah, outside car" benda2 camtu..

Pastu, selain dari menambah vocab dia, Barney gak mmg a helping hand to me (hahaha..mmg menggunakan ayat opening kat Barney) sbb bila bukak tu, dia akan ralit.. so aku boleh pi mandi, basuh baju, buat house chore.. dalam sejam camtu dia akan duk diam sambil minum susu ke.. ataupun tengok saja.. mmg banyak senang wooo..


Bagus punya duk layan Barney sampai tak peduli orang keliling..

Tambah2 plak kalau weekend, minah kecik ni mmg kul 7.30am akan bangun cam biasa.. mama dia lak malas nak bangun.. so aku just on kan cd Barney tu.. so I got an extra hour to tidur...zzzzzzz.. hahaha.. tapi kena make sure gak pintu bilik tutup supaya dia tak leh gi memana.. :p



2 comments:

  1. kakkaka..betul channel 613 mmg banyak membantu..tapi aku pepagi selalu bukak pocoyo ang higglies Heroes(kot nama citer tu) pastu bagi cek didiltgk sambil minum susu, leh la nak bersiap g keje.

    ReplyDelete
  2. kan? tak lama didil pun nanti speakong cam eesya laa.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails