EESYA

AARIZ

Monday, June 7, 2010

Facebook.. Pendekatan Baru Customer Service..

Korang mesti pernah menghadapi masalah kan nak contact Customer Service satu2 company.. tambah2 kalau diorang pakai Hotline Number yg 1300-bla-bla tu kan.. sama ada kena tunggu lama sampai berejam-jam, ataupun, kena tekan2 no 1 untuk masalah tiket, 2 untuk masalah apa jadah, 3 masalah bla bla... mmg menyakitkan hati kan?

Aku sendiri pun tak suka especially kalau nak kena contact airline tanya pasal ticket ke, status ke what so ever.. tapi skrg not bad sbb banyak benda kita boleh check dalam website jer kan.. so oklah... tapi camne kalau kita nak jugak bercakap dgn officer diorang? terpaksa gak call atau email.. email belum tentu ler diorang reply... seperti biasa.. semua org tau... :p

So, skrg ada cara yg lebih mudah dan berkesan.. korang boleh gunakan facebook jer sbg cara nak contact kebanyakan customer service.. contoh yang aku pernah guna ialah AirAsia, Firefly, Holiday Inn Baruna Bali.. sangat cepat dan efisien.. soalan yang ditanya direply within 2 hours.. sangat best...

Camne nak add diorang dalam Facebook..

1) korang search jer..
2) tapi lagi bagus kalau korang masuk official website, then tgk sama ada diorang sediakan kemudahan Follow mereka kat Facebook. Dengan cara ni, takkan berlaku kekeliruan akaun.. kot2 laa satgi ada org nyamar bukak akaun atas nama "airasia" ke ape ker kan...


Contoh: Website airasia bahagian kanan, ada "Follow us on..."

So, next ialah bila korang login ke Facebook, korang boleh ler nak complain ke... nak tanya apa2 ke... yang bestnye sbb guna facebook ni ialah, feedback sangat cepat.. within hours jer dah dapat reply.. plus apa yg kita tanya atau complain tu semua orang boleh baca.. so kalau diorang tak reply, nampak sangat laaa kan... hehe


Contoh interface page Airasia..

Sekarang ni, kebanyakan hotel pun dah start gunakan Facebook sebagai medium perantara dengan customer... so korang boleh ler nak tanya apa2 yg korang rasa nak tau sblm booking that hotel.. senang kan? cam sembang dengan member jer.. :p

Tapi CIMB belum ada facebook.. yg ada Twitter.. diorang cakap kalau guna twitter untuk contact CIMB lebih efisien dari call customer service dia.. sapa2 dah pernah try?

3 comments:

  1. wahhh tak tahu pun benda nih. thanks for sharing! memang kan nowadays most companies dah ada FB account so senang apa2 contact online ja. :-)

    http://twinkywinykstars.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. CIMB customer service memang ngengong sket. Aku pun pernah ade pengalaman. Hehehe...sempat juga aku ke blog ko. Boleh la aku tingkatkan pengetahuan aku.

    ReplyDelete
  3. drama mama ~ ur welcome..a'a.. skrg semua dah boleh kot FB jer.. kalau by email, haram diorang nak reply...

    anne ~ haaa.. tu aaa.. aku try guna message centre dalam cimb clicks pun cam tak berjawab jer.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails