EESYA

AARIZ

Wednesday, March 31, 2010

Hujan.. Angin mai!!

Sejak dua menjak ni, Penang (read as kawasan Sungai Dua dan sekelilingnya..) bila petang jer hujan.. hujan bukan hujan biasa.. ini adalah hujan yg lebih daripada hujan biasa.. hujan yang diiringi dengan ribut, tiupan angin yg sangat dasat.. dasat sampai camne?

Dasat sampai kerusi plastik kat warung makan leh jalan sendiri kena tiup angin.. Dasat sampai rak tv kat kedai tu pun leh jalan sendiri gak.. Bukan..bukan.. bukan hantu yg tolak.. angin yang tolak... :p

Dua hari sudah, kami pegi makan kat belakang Plaza Ivory..situ mmg banyak kedai tomyam, masakan siam ler apa bagai.. slalu student2 jer gi makan situ.. tapi kitorang yg bukan student yg dah tatau nak makan kat mana pun slalu gi makan situ gak.. hehe..

Elok2 pas order, makanan sampai, kitorang pun makan.. tetibe angkat2 muka, tgk semua customer cam dah kelam kabut pindahkan meja bwh tempat berbumbung.. alamak.. what happened? rupa-rupanya awan dah hitam giler.. angin pun start ler bertiup.. tiup kuat giler nih.. cam saya kata tadi..habis bergerak kerusi, meja, rak tv semua.. encik pejoi boleh lak duk gelak sbb tv bergerak sendiri.. yang eesya lak "ANGIN MAI!!!!!!! ANGIN MAI!!!!" duk jerit dengan suara kuat giler.. huhu..gerun ok.. cepat2 kitorang makan, sampai nak tercekik dah.. terus bawak eesya lari masuk kete sementara tunggu encik pejoi pegi bayar..

Memang gerun wehhh.. takut gak pokok tumbang ker apa ke..nauzubillahiminzalik..


Ni gambar dari facebook lydia.. dah mintak izin dah kat dia smalam nak letak kat blog ni.. haha.. tgk awan tu.. gelap kan.. time ni laa kitorang kat kedai makan tu.. lyd kebetulan ambik gambar pemandangan yg nampak rumah kitorang.. nampak ke rumah kitorang yg tetengah, kaler biru/grey tu..

Masa sampai2 ke umah, kat koridor tu mmg berkabus.. kata kat encik pejoi "eh, kita duk dalam awan eh?" hahaha.. agaknya laaa.. kot awan komulus ke apa ke.. hehe

So, can say no to aircond now.. hujan sudah mai!!! hehe

1 comment:

  1. Penghuni bilik 207March 31, 2010 at 1:18 AM

    Pasai hujan pun mash blh buat cerita ek. Pandai btl bercerita

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails