eesya yg bersedih sbb tak dpt hp baru..hahaha
seperti yang dijanjikan..cerita untuk disambung... berkaitan hp aku yg rosak... setelah bermuram durja dan bersedih suda malam tersebut kerana kehilangan hp..aku dgn sedaya upaya memujuk rayu encik pejoi untuk membeli hp baru..maklum ler..hp yg jatuh dlm air tu pun dah dekat 3 tahun..(hadiah hantaran tu...) huhu..sangat sedih... akhirnya, keesokan hari, lepas balik keje...aku mendapati si eesya sedang tidur lena...makanya, aku skali lagi mengutarakan nak beli hp baru kat encik pejoi..dan dia kata.."ok..jom".. wahaha...aku sangat gumbira..berbekalkan kad kredit dlm wallet encik pejoi, kami pun menuju ke kompleks bukit jambul..mmg takde tpt lain ler kalau nak survey hp.. sampai2 sana, macam malas nak survey banyak2 kedai..dan banyak hp..aku ikut jer pilihan encik pejoi yg dah beberapa kali mengesyorkan nokia 5800.. dan terus beli tanpa soal siasat kat kedai nokia tu..aku yg mmg agak buta hp skrg ni, setuju sbb aku percaya laki aku dah survey function hp tu.. permintaan aku...hanya...nak kaler biru..dan nak install garmin..hahaha..
ok aa..pas dah beli tu..balik dengan sengih riang..kene caj 8 jam..so tak leh nak main2 ke belek2 ke.. dah settle bab ada hp baru..yg mana bagi aku amat penting sbb esok tu kami nak ke ipoh..amik adik aku kat utp..pegi tambun..mandi manda..dan melawat opah joi dan mak mertua kakak aku kat ipoh..kalau takde hp kan susah? hahaha..alasannn...
ok..abih citer pasal hp..citer pasal eesya lak..dak kecik yg dah tak kecik ni..sangat sangat sangatlah banyak cakap...skrg dah pandai buat ayat..."emo...atuh..." maksudnya elmo jatuh..hahaha...dia dah reti nak gabung2 perkataan.. tapi still aku suka bila dia cakap bahasa jerman dia tu..kadang2 rindu nak dengar dia bebel yg aku tak paham..haha...
dak tecit aku yg sibuk nak pakai spek...excuse bayangan abah yg kelakar dlm spek itu..haha
No comments:
Post a Comment