EESYA

AARIZ

Thursday, August 11, 2011

Thomasland La La La~

Dalam 11 hari kami kat UK, satu hari jer kami peruntukkan untuk Eesya.. Hahaha.. Hari ni kami gelarkan "Eesya's Day.." sbb hari-hari lain adalah hari mama and abah shopping day... Hahaha... So pada bila Eesya's Day ni, kami bawak dia pi Thomasland yang berada di Tamworth.. Tamworth ni dekat jugak dengan Birmingham.. 

Jenis kat UK ni banyak pakai voucher.. Theme Park diorang mmg slalu offer tukar dengan Tesco Club Points laa.. Atau pun voucher Buy 2 for 1.. 2 bulan sebelum pegi aku duk survey2 cari offer untuk Thomasland ni, mmg takde offer... Sangat tension.. Last2 aku try beli tiket melalui website dia.. Sbb harga beli online lebih murah dari harga walk in...

Tapi malangnya, transaction untuk pembelian online hanya boleh dibuat dari dalam UK saja.. So aku tak lepas... Jadinya, bila aku post problem aku kat FB diorang, diorang suh aku email ke bahagian sales.. Makanya aku pun email ler ke bahagian sales dan org tu uruskan booking tiket aku nih.. Sampai sana baru bayar.. Tapi guna rate internet.. Masa tu dah happy dah sbb dah berjaya jimatkan around GBP20 bersamaam RM100..

Tapi dekat2 nak pi, seminggu lagi sebenarnya, ada pulak vouver Buy 2 for 1 keluar.. Cesss.. Sungguh menyusahkan hidup aku.. Tapi takpe.. Sebab aku belum bayar lagi.. Jadinya aku print jer voucher tu, dan guna voucher tu jer... Hahaha.. So aku abaikan pembelian aku melalui email tu.. Mesti org tu menyumpah aku agaknya tak muncul2 pada hari tiket tu.. Hahahaha...

So aku jimat lagi GBP9 bersamaan RM45 di situ.. :p 

Aku kan pandai berjimat.. :))))

Ok lah.. Nak balik dah.. Layan jer ler gambar2 dlm Thomasland ni... Banyak sangat gambar tapi aku buh skek jer ler... Nak lelebih ada dlm FB.. Daaaa!!~

Percubaan Encik Baba mengambil gambar kami bertiga...
Mama and Eesya with the Thomasland entertainer..

Railway Thomas, Percy, James apa bagai...

Eesya tengah tunggu turn...

Eesya with Jeremy..


Melayan budak Eesya naik Jeremy..


Hohoho.. Mama agak cuak di situ..
Main sampai pening...


Kawan Encik Thomas apa benda ntah nama dia...

Percy...

Me and Eesya..

Naik kereta antik ini juga pusing2 kawasan farm buatan...


Suka hati dpt naik Percy...


Depan Exhibition..

Antara model dlm exhibition..
Cam real jer kan..
Eesya duk sembang dgn gambar Thomas..
Terence's Driving Academy..

Batang pokok smiling..
Tapi Eesya takut.. Dia kata "That tree eyes are like these!! So scary!!" Hahahaha
Jumpa Dino Trail ler pulak..

Eesya takut...
Jalan2 kat Thomasland.. Tu pun tak sempat habis masuk Drayton Manor Theme Park sebelah tu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails