Tuesday, May 3, 2011

Marina Cove Resort, Lumut

Hari Jumaat tu, lepas kami dah selesai urusan iPad2, terus balik amik maktok dgn Eesya dan bertolak ke Lumut...Bertolak pukul 1pm...

Dari Penang ke Lumut ambik masa dalam 2 jam setengah... Aku drive since Encik Pejoi yg keje malam sebelum tu, tak tido-tido lagi.. Dah laa beratur satu pagi kat Switch tu... Kami ikut jalan Cangkat Jering... So mmg tak terasa lama sangat.. Walaupun jalan tu bukan highway, tapi jalan dah besar dan tak banyak kereta... Mungkin sebab kami pergi tu hari Jumaat.. Bukan weekend...

Sampai kat Lumut pukul 3.30pm.. Since kami belum lunch, so singgah kat drive thru Mcd saja.. Manjung pun dah banyak pembangunan.. Tesco pun dah ada.. So tak perlu risau kalau tertinggal susu anak ke apa ke.. Hehe..

Check in kat Marina Cove Resort.. Kami amik apartment 3 bilik since Kak Ani dgn Abg Ayie akan join dari KL.. Adik aku yg kat UTP pun akan join malam tu... Apartment tu besar gak.. Ada dapur, meja makan, TV (takde astro).. Boleh laa kami nengok juga perkahwinan Prince William dgn Kate petang tu...

Malangnya, aku lupa nak ambik gambar apartment tu sbb aku lupa bawak charger kamera.. Dengggg... Kamera pulak mmg dah kong... Satu-satunya gambar yang aku amik adalah ini...


Gambar budak Eesya yg merenung jauh ke Waterpark.. Hahaha... Mmg kat situ ada satu Waterpark... Dah laaa nampak dari balkoni dgn tingkap master bedroom... Mana laaa dia tak duduk terus kat situ.. Berapa kali ntah duk mintak nak turun pi mandi... Tapi sbb nak tunggu semua orang sampai, kami turun lepas Asar jer...

Waterpark tu kecik jer.. Ada 2 kolam besar.. Ada slide yang adults pun boleh naik.. Tapi macam dead waterpark hari Jumaat tu.. Kami pun cam konpius.. Bukak ke tak Waterpark nih? Sebab takde orang... Tapi staff situ kata, weekend kalau ramai laa.. Hari keje memang camtu..

We had fun there.. Sebab kami jer yg ada... Hahaha.. So waterpark tu, cam bapak kami yg punya laa kan.. Suka hati jer nak kuak lentang ke apa.. TAPI.. Ada tapinya... My personal opinion.. This Waterpark is not well maintained.. Kami pun masuk satu jer kolam sbb lagi satu nampak hijau jaa... Cam berlumut.. Air pun macam mati jer.. Air cam takde flow keluar masuk tu.. Pastu lepas dah main2, nampak keladak2 air semua dah naik... Serbuk kayu laaa.. Apa laa.. Makin banyak... So kami pun naik... Pastu balik hotel semua gatal2 badan.. Huhu...

But for the apartment side, mmg ok laaa nak duk situ in case dtg reramai kan... Breakfast pun ok... Kalau nak mandi swimming pool, pool hotel ada... Cuma tak besar laa macam waterpark tu...

Kalau nak tengok rate, boleh tengok kat website nih...

http://www.marinacoveresort.com.my/roomrates.html

For goverment staff, ada goverment rate seperti biasa.. Boleh call and tanya...

2 comments:

  1. Replies
    1. Salam TT dan semua members mamaeesya.blogspot.com

      Cuma nak tumpang Iklan kebetulan TT ada pergi ke Marina Cove Resort,kalau thn depan TT atau members mamaeesya.blogspot.com nak pergi lagi boleh hubungi@ Email saya nasmarinavillaresort@yahoo.com

      Kelebihan :

      * Harga istimewa@dari pihak marina cove
      resort saya boleh bagi sebab saya owner apartment resort
      ini.
      (Promosi Khas untuk TT & members mamaeesya.blogspot.com)
      * Apartment 2 bilik
      * Berada ditinngkat 8(View Laut,Semua 10 tingkat)
      * Fully furnish
      (mby akan letak katil extra tanpa dikenakan cas@free jer)

      Kekurangan :

      * Tukang kemas@bersih bilik xde,bilik akan dibersihkan
      selepas tetamu keluar tapi sebelum masuk apartment akan
      dibersihkan dahulu jgn risau.
      * Breakfast tidak disediakan

      Marina Villa Resort Apartment saya sepatutnya mula beroperasi bln 12 ini,tetapi ada masalah yang masih belum dapat diselesaikan...so insyallah mby 1 atau 2 saya akan mula ambik tempahan...Sejujurnya saya bukanlah buat bisnes cuma daripada kosong jer Marina Villa Resort Apartment tu baik saya open untuk tuan/puan datang melancong ke Lumut
      menetap disini dengan harga yang rendah tetapi dapat kemudahan yang sama dengan pihak marina cove beri..so win win,tuan/puan sewa harga rendah saya pun ada masyuk gak haha..

      Sekian Wasalam dan terima kasih TT

      Delete

Related Posts with Thumbnails