Wednesday, September 14, 2011

Hari Jadi ke 29 Encik Pejoi...

Smalam adalah  besday Encik Pejoi yang ke-29... So semalam sempena menyambut hari kebesaran beliau, aku pun telah mengapplykan cuti kepada diri sendiri seminggu sebelum tu... Dan paksa Encik Pejoi suh cuti gak walaupun takde laa special occasion yang nak dijalankan.. Just pi jalan2 and spend time together kat umah (tapi aku tido jer banyaknya sbb tak sedap badan.. Hahahaha)

Malam sebelum tu, budak Eesya telah menggaduhkan diri nak buat birthday card kat abah dia... So aku pun mengkoyakkan kulit modul Word aku sebab cari kertas berkaler takde kat umah.. Tu jer yang dapat dicapai akalku.. Pastu aku pun gunting buat bentuk love and bagi kat Eesya untuk mengkalerkan kertas tersebut... Dia pun berusaha sehabis mungkin nak meniru ayat "Happy Birthday Abah" yang aku tulis atas kertas lain untuk dijadikan demo set kepada beliau..

Dalam proses mengimpresskan abah beliau..

Abah beliau pun cam haru tak terharu jer dapat kad tu sebab dah dia buat kad depan mata abah dia kan.. Hahaha.. Tapi lepas tu abah pun lekat laa kat fridge umah kitorang.. Budak Eesya pun kemain laa bangga kembang kempis hidung beliau bila lalu kat fridge tu nampak hasil kraftangan beliau terpampang di situ.. Pastu sibuk nak buat kad kat semua orang... Maktok, Tok Ayah, Umi, bla bla bla... Orang dah cakap takde kertas kaler, lagi mau demand nak buat kat ramai2 orang... Jadiknya permintaan beliau itu aku buat2 tak dengar saja... Hahahaha

Tapi lepas tu dia gak sibuk duk pesan kat aku "Tomorrow we need to go and buy birthday card for abah, ok mama?" Bila aku jawab "Laaaa... Tadi kan Eesya dah buat birthday card kat abah?" Boleh ler pulak budak cerdik pandai ni menjawab "Mama.... That one is not birthday card laaa... That one  paper..." Wah wah.. Suka hati pulak Encik Pejoi menggelakkan aku sebab dikenakan oleh anak beliau.. Cessss...

Esok tu bersamaan dengan Birthday Encik Pejoi, seperti biasa cuti mana boleh bangun awal.. Hahaha.. tak kira laa birthday sapa pun.. Cuti = mesti bangun lambat... So pas siap2, kul 10.30am baru kuar umah.. Pi breakfast roti canai kegemaran kat Hamna sambil merangka-rangka agenda hari tersebut... So kata sepakat telah tercapai, pi Queensbay jer ler sbb kang ada ibu mengandung yang nak balik nap tengah hari.. Muahahaha... So to Queensbay laa kitorang dengan tujuan asal, menanyakan hadiah sebeday beliau dah sampai stok ke belum...

Rupanya tak sampai lagi stok benda alah tu.. Sangat kasihan pada beliau.. Walaupun ada berita baik kata harga benda tu sudah turun sedikit, tapi stok tak sesampai.. Dijangka sampai bulan Oktober nanti.. Takpe.. Takpe.. Kita jalan and cari lagi...

Lepas dah jalan skek, pegi laaa memakan kek kat Haagen Daz.. Kek yang dipilih budak Eesya adalah sama dengan kek tahun sudah cuma saiz kecik.. Tahun sudah sambut ramai2, logik laa amik kek besar.. Ini 3 orang setengah jer nak makan... So amik saiz kecik laa skek... Padahal mama suh pilih bentuk lain, tapi Eesya nak gak bentuk tu.. "This one laa nice... This is present chocolate cake.." Yer ler.. Suka hati ko ler labu.. Sian Encik Pejoi have no say about the cake... Tapi better ler kan dari mula2 tu Eesya nak suh beli Jelly Cake kat King's sebelah Tesco Extra tu kan... Hahahaha.. Apa yang berkenan sangat dengan jelly cake tu pun tatau...

Sama-sama happy.. Hehe
Lepas makan cake tu, hari sudah hujan2.. Kami pun patah balik hantar kek yang melebih-lebih  tu pi umah maktok... Sebab aiskrim kek, so tak bleh laa nak bawak menonong pegi sambung jengjalan kat KBJ dalam operasi mencari hadiah sebeday orang tu kan... Terpaksa laa delivery sat dalam hujan lebat tu... 

Then off we went to KBJ... Jawapan sama, takde stok yang Encik Pejoi nak tu.. Kalau nak, kena pesan seminggu baru sampai.. So Encik Pejoi kata baik tunggu yang bulan Oktober jer sbb yg tu version baru skek.. So, aku tak kesah laa memana.. Tapi sian beliau tak dapat pegang hadiah sebeday beliau pada hari sebeday beliau...

Pastu... Balik umah... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... Sampai laaa Asar... Lepas tu baru bangun and siap2.. Kul 6.45pm pi Sungai Ara, pi amik pulut kuning yang aku tempah kat Kerm and Mimie Melting Bites tu untuk letak kat surau... Aku pulak boleh lupa dah pesan Oreo Cheesecake seminggu sebelum tu.. So malam tu kami dinner makan pulut kuning dan cake lagi.. Hahaha.. Encik Pejoi terus takmo makan cheesecake tu.. Dah tak larat makan cake katanya.. So yg hura horray makan kek adalah aku, Eesya dan maktok... Kui2...

Pulut Kuning Kari Daging.. Nyum nyum...
Oreo Cheesecake..

So, itu jer ler satu hari di harijadi Encik Pejoi.. Tunggu Oktober laa baru saya bagi hadiah sebeday tu yer... Rupanya sedar tak sedar, ni adalah birthday Encik Pejoi yang ke-10 kami sambut bersama-sama.. Alhamdulillah... Dari birthday beliau yang ke-20 masa tahun 2002... Sampai sekarang.. And still counting.. Insya Allah...

Happy Birthday to you Abang! 

May Allah bless us forever and ever and ever...

Love u so much!~

Semoga dapat menyambut birthday abang lagi sama-sama sampai ke akhirnya..

4 comments:

  1. happy birthday....nnt hg sambut utk aku plak:D

    ReplyDelete
  2. sweet!!! oreo cheese cake itu nampak sedap. awat tak hantaq mai regency heights skittt...dah dekat dah pi ambik kat sg. ara tu. hahaha

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Encik pejoi! Heeee...

    Mash aku suke ticker kt atas tu. 'Ada makna' aku ckp suke tu. Esk2 aku reveal ok! Heeee;)

    ReplyDelete
  4. soooooooooo sweet....may Allah bless both of u and family..Aminnn...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails