EESYA

AARIZ

Wednesday, March 23, 2011

Everybody Symptoms...

Ayat2 yang lazim didengar dari mulut Eesya 2-3 hari ni adalah:

1) Everybody don't wanna play with me..
2) Everybody don't wanna talk to me..
3) Everybody don't wanna see me minum nenen..
4) Everybody don't wanna watch cartoon with me..
5) Apa segala tok nenek laaa yang ada kaitan dengan EVERYBODY..

Memang seboleh mungkin dia nak dapatkan perhatian orang dengan menggunakan perkataan EVERYBODY dia tu.. Hahaha

Sampaikan kitorang tak leh bercakap apa dlm kereta, tak leh buat bende lain.. Asyik2 "Everybody don't wanna play with me.." tak pun "Everybody don't wanna talk to me.." tak pun "Everybody don't wanna see me minum nenen.." tak pun "Everybody don't wanna watch cartoon with me.." LARAT nak layan? hahahaha

Last2 bila dia start jer sebut perkataan EVERYBODY, terus mama akan sambung "EVERYBODY yeah! Rock your body yeah!" Hahaha.. Tau ke lagu BSB tu? Dulu2 kan sangat glamer lagu tu...


Dedulu suka gak lagu diorang ni.. :p

Ada skali tu, tetiba Eesya ternyanyi depan abah dia.. "EVERYBODY yeah! Rock your body yeah!".. Abah dia terkejut sambil memandang mama dengan muka tak puas hati gila.. "Ni mama dia aaa ajar nih.." Wahahaha.. Ya, saya ngaku.. Saya yang ajar.. Tapi bukan saya ajar sebab saya suka lagu tu.. Saya terrrrrrrrrrrrrrrr saja.... TER tu maksudnya tak sengaja tau abang... Sebab dah tak larat sangat layan simptom Everybody Eesya tu...

Tadi dalam kereta, on the way nak balik umah, seperti biasa nak update laa cerita2 yang berlaku pada hari itu pada Encik Pejoi.. Susah giler skrg nak update berita terkini.. Sebab akan ada budak start laaa dengan ayat Everybody dia tu... So tadi dah nak kena ayat "Everybody don't want to talk with me.." terus terserentak ler pulak mama dengan abah dia ternyanyi "EVERYBODY yeah! Rock your body yeah!" Wahahaha...

Hambik ko.. Abah ko yg anti BSB pun dah terlekat simptom anti Everybody ko tu Eesya... So skrg ada 2 symptom dalam keluarga kami... Satu symptom Everybody.. Lagi satu adalah symptom anti Everybody..

Everybody Yeah!!! Wahahahaha


Pelopor symptom Everybody dalam keluarga kami...

1 comment:

  1. muahahaha!!!!everybody...yeahhh!!!!

    nanti2 kau ajar the dance steps pulak mash...biar matching dengan lagu tuh..ternganga encik suami :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails