Ini adalah entry formal..jadi saya akan menggunakan perbendaharaan kata yang formal dan sopan.. hehehe..
Kelab PPKT telah menganjurkan satu aktiviti sumbang bakti. Aktiviti ini tercetus apabila keputusan untuk mendermakan 30 buah PC terpakai kepada Pusat Giat Ilmu Merbok yang diusahakan oleh seorang pesara USM, iaitu Pak Su Ramli. Memandangkan bulan Syawal akan menjelma, Kelab telah mengumpulkan baju2 baru dan terpakai dari ahli2 yang ingin menyumbang dan telah menghantar semua hasil sumbangan pada 10 September 2009.
Hasil Sumbangan dari ahli dari D37 dan D18. Terima kasih kepada semua penyumbang dan individual yang membantu dalam proses membungkus dan mengangkat semua barang ke dalam kereta. Maklumlaaa...kudrat perempuan ku manakan terdaya.. punya ler banyak.. asalnya plan nak pegi satu unser ni jer.. tapi macam dah tak muat.. so last minute terpaksa meminta izin menggunakan kereta jabatan.
Proses loading di Eureka. Terima kasih gak penyumbang2 dari Eureka.. korang mmg cool lah.. aiseh..tadi kata nak guna ayat formal..camne nih? hehehe..
Encik Idzhar pun turut menolong.. terima kasih..
Hasil kutipan dari ketiga-tiga lokasi PPKT.
Setelah selesai urusan muat naik.. wahh..bahasa IT ok.. haha.. kami berempat pun bertolak ler ke PGI Merbok.. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit. Lokasi adalah berdekatan dengan MRSM Merbok.
Apabila sampai, kami disambut oleh Pak Su Ramli. Kisah usaha paksu dalam berusaha membangunkan PGI ini telah banyak diterbitkan dalam suratkhabar. Paksu telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang demi pendidikan anak-anak desa yang tidak berkemampuan untuk ke kelas-kelas tambahan.
Pak Su Ramli.. dah 70an dah ni..tapi masih sangat kuat berjuang demi masa depan anak desa..
Kami mendengar taklimat dari Paksu berkaitan PGI dan aktiviti yang akan dilakukan pada hari itu, Kami sangkakan selepas menyampaikan sumbangan, kami semua akan terus pulang ke pejabat tetapi Paksu insist to bring all of us to 3 cawangan PGI di kampung yang berlainan so that kami dapat tengok ketiga-tiga tempat yang akan menempatkan PC yang akan disampaikan pada bulan Oktober 2009 nanti.
Cawangan Pertama.
Pusat tusyen yang pertama ini bertempat di Kampung Belau, Merbok. Bersebelahan dengan rumah Paksu sendiri. Kerusi-kerusi dan peralatan terpakai didermakan oleh pihak USM menurut kata Paksu.
Bersebelahan pusat tusyen yang open air itu, ada satu rumah. Bila masuk dalam rumah tu, mula-mula akan jumpa pejabat paksu.. the next door akan jumpa makmal komputer yang cute ini.. paksu kata budak2 yang datang akan menggunakan komputer ini untuk belajar. Makmal ni mmg sengaja dibuat seperti ini, duduk di bawah, untuk menjimatkan ruang. Sila perhatikan meja yang menempatkan komputer ni.. nanti saya akan cerita pasal meja ini.
Tetibe terasa sangat syahdu bila tgk kipas ni.. dalam hati dah niat, next time datang, nak kutip pulak sapa2 ada kipas kat umah yg dah tak nak pakai.. kita rasa kipas kat umah dah buruk, ada bunyi2 skek terus tak nak pakai.. nak beli lain.. korang tgk kat sini kipas macam mana budak2 ni pakai untuk belajar? takde cover pun leh pakai lagi..huhu..
The next door dari makmal komputer tu, ada library yg cute ini pulak. Buku-buku ni semua hasil sumbangan dari pelbagai pihak. Again, ruang ni mmg untuk duduk di bawah sahaja. Hmm...terfikir pulak untuk sumbangkan karpet...
Ini adalah ruangan pejabat paksu.. di luar, sesi memuat turun hasil sumbangan dari kereta dilakukan oleh 2 org teruna yang gagah perkasa..hehe..
Berbaju oren adalah encik suhairy.. masih single n available yer cik2 di luar sana.. bagus dia ni.. rajin dalam hal2 nak sumbang menyumbang ni.. :p
berbaju biru adalah encik fairuz.. single but i'm not sure still available ke tak..hehe..kene tanya tuan punya badan..*updated - tuan punya badan suruh.. dia kata dia single n available ok kawan2..hahaha
Upacara salam-menyalam..untuk bukti sumbangan telah disampaikan jer..
Salam Fairuz pulak..
Masa dalam pejabat paksu, ternampak lukisan ni.. bila tanya kat paksu, sapa yg lukis..paksu kata, paksu laa lukis.. untuk dapatkan wang tambahan untuk PGI.. pandai kan paksu lukis? kalau suruh aku lukis, jangan kata sampan, air tu punbelum tentu nampak cam air..haihhh.. so sesapa nak offer beli lukisan ni?
Cawangan 2.
Lepas dah turunkan semua hasil sumbangan, kami bergerak ke cawangan kedua yang terletak lebih kurang 5 minit perjalanan menaiki kereta. Aku tak ingat kampung ni nama apa..
Dari tempat letak kereta, kene jalan kaki about 3-5 minutes to get here.. tetibe nampak ada tempat tusyen camni dalam kampung..amazed kan?
Kitorang melawat kawasan. Cerita paksu, dulu atap tu bukan zink.. pakai kain cam terpal ke kanvas ke..camtu jer.. skrg dah pakai atap zink, hasil sumbangan org ramai. korang jangan tak percaya, budak2 kampung ni, yg duk tusyen dengan paksu ni, dah ada keluar jadik engineer, doktor..huhu..lagi berpangkat dari haku ni.. diorang ni pun dah ramai yg kembali untuk bersama-sama menabur bakti dengan paksu.
Kerusi meja ni semua terpakai.. yang mana rosak, ada sukarelawan PGi akan tolong perbaiki. sukarelawan PGI ni pun bukan keje besar.. ada pekebun, ada yang tangkap ikan jer.. tapi sanggup menolong untuk anak2 kampung ni belajar..nampak blakanggggg nun, ada batu bata duk buat bilik tak siap lagi? haa..kat situ ler akan ditempatkan 10 bijik buah PC nanti..
cikgu suka main bola...hari2 cikgu suka main bola..hehehe..aku interframe jap.. nak jadik cikgu dengan kelas penuh budak2 takde peluang..heheh
Cawangan 3.
Cawangan ketiga, nama kampung Sungai Batu Besi. Ini aku ingat sbb suhairy ke fairuz ke yg duk buat kelakar.. dah batu.. nak besi lak..hahaha..perjalanan dari cawangan kedua, dalam 15 minit.. agak lama sbb jalan tak berturap.. bergoyang kiri kanan dalam kereta ini..haihhh..
tak nampak ending jalan ni kat mana..
bila sampai, nampak notis ini? alamak..camne nak masuk? kami bukan budak tusyen? hahahhaa
Ini ler ruang library kat cawangan ketiga ni.. menurut paksu, tepi dinding tu akan tempat lagi 10 PC yang akan dihantar nanti.. power plug semua dah ada.. tunggu PC saja..
Bilik komputer dalam cawangan ketiga..
Ni laaa library diorang.. menurut paksu, library ni yang paling kekurangan buku.. sbb cawangan ni baru lagi..so sesapa yg nak sumbangkan buku, boleh ler sebelum 1 Oktober nanti yer..
Lepas tgk library, paksu bawak gi tgk paya bakau.. mula2 confuse..pegi tgk paya bakau buat apa? hmmm..
jalan-jalan nak gi paya bakau.. dekat jer dengan bilik library.. dekat2 pun kene ler redah kemuncup apa bagai...
haaa...skali ada gerbang kau.. nak masuk paya bakau ada gerbang ok.. jangan tak caya.. hahaha..rupanya, sini ler tempat pusat penyelidikan dan motivasi USM. Rupanya sini adalah kawasan Pemuliharaan Paya Bakau yang dipantau oleh Pusat Giat Ilmu dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang. Bagus punya posing dari suhairy kan.. leh masuk majalah Remaja.. hahaha..
Aman damai tenteram jer masuk sini.. kene lalu titi yang agak panjang.. ada kata-kata motivasi sepanjang laluan.. I'm impressed.. aku tak pernah masuk paya bakau ok...hehe
Sapa mata tajam leh nampak ada keluarga monyet di celah2 pokok bakau..hahaha
Tadaaaaa!! kat hujung laluan titi tu, jumpa tempat ni.. lagi laaaa aku kagum.. tempat tusyen atas air ok.. sapa takmo tusyen kat sini? aku pun mau... siap angin sepoi2 bahasa..pemandangan superb giler..hadoiiii..bestnye...
best tak? best tak?
on the way nak balik dah.. paksu tengah cerita sejarah camne leh buat tempat ni...
ini adalah kak zaiyana.. beliau adalah presiden kelab kitorang.. mesti korang duk pelik, duk nampak gambar minah ni banyak dah di atas.. apsal aku tak kenalkan pun nama dia..hahaha..sbb aku duk tunggu sampai kat gambar ni laa.. kak ana ni pregnant tau.. 5 bulan.. yg bestnye, sampai2 jer paksu tu dah sense she's pregnant.. paksu risau nak bawak kitorang gi jalan2 tempat ni semua, takut kak ana ni penat..dah ler pregnant..posa lak tu.. tapi kak ana biasa ler kan..bionic woman..sempoi jer sampai last boleh duk gelak2 lagi..maintain jer.. yg best tu, ayat paksu tu masa bgtau kata dia tau kak ana pregnant..hahaha..ayat tersebut terpaksa dirahsiakan...
lepas nak balik, kami pun mengambil kesempatan menyemak dekat tempat perusahaan makanan yang diusahakan oleh paksu gak.. diorang tengah masak serunding ikan temenung yg baunya semerbak.. aku yg elok2 duk puasa segar bugar, leh rasa perut masuk angin la-la tu gak..haihhh..
kacau serunding... gaya cam nak kasik hangit ada laa...hahaha..makcik kat sebelah tu mesti duk risau dalam hati...8kg tu weh..korang jangan memain kasik hangit..hahaha
Ini adalah Lokan yang dah takde isi..makna kata.. kulit lokan jer ler..hahaha.. lokan ni banyak buat apa tau? buat serunding!!~ korang pernah jumpa serunding lokan? mesti tak pernah cam aku kan? hahaha..sini ada buat serunding lokan gak.. aku dah rasa smalam..sodappp!! eh..aku rasa pas bukak posa ok..sbb org kpg tu kasik free.. bukan aku rasa masa kat situ.. :p
Ingat aku suruh korang tgk pasal meja komputer tu tadi? haaa..ni ler adik meja tu..yg masih belum siap..kire duk dalam perut lagi ler..
nampak? haaa..pakcik tu buat sendiri ok meja ni.. handmade lagi.. aku nak mintak dia buat shoe rack kat aku ler..hahaha...terer sungguh...kejap jer ok..masa kitorang nak gi jalan gi paya bakau tu, bende ni belum wujud lagi..pakcik tu tgh potong2 kayu jer.. pas dah patah balik dari paya bakau, dah gini rupa meja komputer tu..sangatlah aku kagum...
ok..nak balik dah..salam2..senyum2..jumpa lagi yer lepas raya paksu..
kami pun bertolak balik ke ofis...selesai ler sesi phase 1 sumbangbakti kelab PPKT.. sekian..
p/s: tak jadik dah bahasa formal.. bahasa campur2 jer ler ek..halallll...
what a wonderful write up shie .. lama dah aku tak tengok bangunan PPKT rindu siott.. serius best betul aku tengok ko gi sana.. aku suka especially part tuition atas air tu.. perghh.. kalau aku kat situ memang aku duk tepi skali.. bleh mancing sambil tuition.. neway.. nice write up .. keep writing.. bout USM, PPKT.. aku suka baca.. :)
ReplyDeletehahaha..aku terkembang semangkuk kejap nih disebabkan pujian melambong ko itu riezal.. slamber jer nak tution sambil memancing.. nak kene balun dgn paksu? hahaha
ReplyDelete