EESYA

AARIZ

Tuesday, September 22, 2009

First day raya..

Hari Raya Pertama di Batu Gajah, Perak.. Rumah Opah Encik Pejoi.. Setengah hari dihabiskan di rumah lepas solat raya.. org lelaki buat lawatan rumah ke rumah, org perempuan tunggu di rumah sediakan hidangan untuk lawatan mereka.. basicly basuh pinggan, sediakan hidangan jer.. penat..hehe..

Kami bertiga di pagi raya..

Me and eesya..pakai baju sama.. :p

Sanak saudara penuh kat rumah opah encik pejoi.. meriah giler..yer ler..4 generasi kan.. cicit opah encik pejoi jer dah 5 org termasuk eesya.. semua perempuan pulak tu cicit2 opah ni... ni 3 org tgh main masak2.. eesya, eriesya (baju hijau, tatau spelling..muda 2 bulan pada eesya..) dan athirah (baju kaler pink putih..pernah dah ada dlm entry sebelum2 ni..) perhatian mereka terpaksa dialihkan dengan umpan bagi main masak2.. sbb org lain ramai pegi balik, diorang pun sebok nak pegi balik gak.. dapat mainan, baru duk diam skek...nengok ler anak aku yg sopan tu duduk..hahaha

budak eesya dengan aksi banyak akainya.. dipaksa abahnya minum sampai terdongak2 abah.. nasib baik dah takde air dalam botol tu..kalau tak lencun ler baju raya sedondon laki aku itu..hehe..

dah petang lepas budak2 bangun tido, baru aa kitorang lak gerak pegi ke umah sedare mare opah encik pejoi.. umah yg wajib diziarah, 3 umah.. ni antara salah satunya.. sekali gerak, 7 kete.. mau pengsan org tu nengok 7 kete sampai depan umah dia..hahaha..serangg!!~

kitorang laki bini yg makan nasik bertambah kat umah mak uda encik pejoi...siap periuk nasik kat depan laki aku..hahaha..sedap giler mak uda encik pejoi masak.. aku pun terlayan dek penangan tempoyak udang itu..huihhh...nyam nyam...

malam, ada sedare mare lagi dtg.. kesimpulannya, raya 1st kali ni meriah dan penat.. tapi tak sepenat tahun sudah..mungkin sbb tahun sudah eesya kecik lagi, so duk kene kendeng jer.. kali ni dah besar, boleh jalan, pandai berdikari.. pandai main sendiri dgn kawan2..so dah ok skek.. sangat best tgk eesya main2 dengan sepupu sepapatnya... tak sangka dah besar dah anak aku nih..kejap jer...

2 comments:

  1. selamat hari raya aidilfitri...still in raya mood kan? hehe

    macam meriah ya u guys punya raya :-D

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya to u too...
    yerp..still in raya mood.. but is working like mad.. banyaknya keje..huhu..

    raya kitorang tahun ni mmg sangat meriah giler..hehehe..alhamdulillah..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails