Monday, February 20, 2012

Cara Buat Air Selusuh

Tak ingat ambik tips ni kat web mana.. Tapi masa nak bersalin kat Eesya, memang Encik Pejoi tolong buatkan air ni and start minum lepas 8 bulan.. Selalunya Encik Pejoi akan buat Khamis malam Jumaat, dalam 2-3 bekas air mineral tu untuk seminggu... So sempat laa minum beberapa minggu.. Tak tau berkat air selusuh ini, atau air selusuh mak bidan, atau air kelapa, atau doa nabi yunus, atau sebab amalkan Surah Maryam, atau sebab banyak dugaan masa mengandung kat Eesya dulu.. Alhamdulillah sakit contractions sejam jer lepas tu dah bersalin..
 
Tapi ni laa salah satu yang aku amalkan minum...

Been told air selusuh ni better husband yang prepare.. Pertamanya niatkan ikhlas kerana Allah dan
berdoa agar dipermudahkan bersalin..

1) Membaca Surah Al-Fatihah dan selawat ke atas nabi
2) Membaca ayat 54-56 surah al a'raf sebanyak 3 kali
3) Membaca ayat pertama surah at-tariq sebanyak 3 kali
4) Membaca ayat kursi sebanyak 3 kali
5) Membaca permulaan surah qalam sebanyak 17 kali, nun pada permulaan surah dikatakan membawa makna nasir (penolong) dan nur (cahaya)
6) Membaca bahagian terakhir ayat 104 surah yusuf sebanyak 17 kali
7) Membaca surah mu`awwizatain (surah al-falaq dan surah an-nas)
sebanyak 3 kali
8) Membaca doa nabi yunus dalam perut ikan nun dalam ayat 87 surah anbiya' sebanyak 17 kali
9) Akhir sekali baca "ya fattah bila miftah iftah lana bihurmati ummi musa bint lawi bin ya'kub salawatullahi taala 'alaihim ajma'in wa bihurmati buduhi" sebanyak 17 kali

Doa-doa ni boleh dibaca sama ada pada 3 biji pisang, atau air masak atau minyak. Kalau pada pisang hendaklah dimakan terus.kalau air dan minyak sapu pada perut dari atas ke bawah. 

* Semoga tuan yang share mula2 cara2 ni diberkati Allah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails