Sunday, September 25, 2011

VICKS - Not Suitable for 2 Years and Below

Aku teringat nak pos pasal benda ni sebab skrg ni ramai sangat budak2 yg kena flu.. Maybe disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang ni..

Asalnya aku ingat ramai yang dah tahu pasal bende ni.. Rupanya tidak... Ramai lagi mak2 dgn pak2 yang tatau sebenarnya VICKS yang kita biasa duk sapu kat dada masa selesema tu, is not adviseable untuk kanak-kanak bawah 2 tahun..

Aku pernah terbaca disclaimer kot kat blakang VICKS tu.. Takde gambar nak post sini.. Tapi sapa2 yg ada VICKS tu, tolong laa baca bebetul belakang tu.. Kalau tak salah aku mmg ada disclaimer tu..

So lepas aku baca tu, aku pegi tanya kat pharmacist yg aku slalu duk pi beli ubat-ubatan kat Bayan Baru tu.. Yang mana yg boleh pakai untuk baby.. Masa tu Eesya kecik lagi... Pharmacist tu recommend yang nih...



Brand 21st Century.. Bau macam Strawberi...
So lepas tu, mmg stick on yg ni saja bila Eesya selesema... Bau dia pun cam best jer sbb bau Strawberi... Sampai ler bebaru ni benda alah ni hilang pi mana ntah, aku pi cari lain.. Tengok2 VICKS dah keluarkan yang untuk baby..

Brand Vicks.. Bau Strawberi gak..
Tapi bau kalau, best yg 21st Century punya lagi.. Keberkesanan? Ntah laa.. Aku rasa sama jer.. Hehehe.. Walaupun Eesya dah lebih 2 tahun, aku cam suka jer bagi pakai yang ni.. Kalau desperate sangat baru bagi pakai VICKS yang biasa tu..

Pesanan untuk diri sendiri : Nak beli ubat untuk anak, sila baca belakang /  tanya pharmacist.. Jangan ikut sebab orang tua2 suruh / sebab mak pak kita bagi kita pakai benda tu masa kita kecik2.. Kalau ubat tradisional, lain citer.. Ubat chemical, sila check dulu...




Tuesday, September 20, 2011

Breaking The New Bad Habit..

Starting from last week, aku perasan budak Eesya ada new habit... Duk saja2 sambil tengok TV atau pun nak tido atau pun bila2 yg dia tak buat apa2, dia akan letak jari dia kat dalam mulut.. Bukan hisap jari.. Tapi more to sentuh dia punya gigi with her fingers.. Macam duk raba-raba gigi dia satu persatu.. Aku rasa dia macam baru perasan struktur gigi adalah berlainan ke apa kot..

Tapi being me, aku mmg pantang skek tengok budak2 letak tangan/jari dalam mulut.. Mula2 aku nampak, aku tegur dah Eesya nih.. Selalunya ayat aku... "Haaaaaaa... Buat apa tu?" Cepat2 dia keluarkan tangan dia dari dalam mulut.. Pastu nanti aku akan cakap "One more time I see U put your hand inside your mouth, I babab your hand!".. Itu cara gertak aku ler.. Tapi tak pernah laa aku buat betul2 pun.. Sebab selalu dia akan obey jer.. 

Tapi kali ni nampak cam melarat skek... 2-3 hari duk buat benda sama.. So the next step I took adalah pull her hand off from her mouth.. Kadang2 dia terkejut sbb out of nowhere aku akan tarik tangan dia... And aku akan jengil dia.. "I told you not to do that.. It's dirty!"... 

But then, budak ni memang dah agak degil sejak dua menjak aku pregnant ni... Tatau aa betul ke sebab org kata bila kita pregnant, si kakak/abang akan start buat hal.. Ataupun... Memang phase dia 3 tahun setengah ni dah mula nak melawan cakap ke apa... 

Yesterday I caught her again doing the same thing masa nak tido malam... Aku ingatkan dah tido.. Rupanya duk layan mamai sambil jari duk pegang2 gigi dia... So I pull her hand off from the mouth again.. And aku pegang jap tangan dia tu... Dia terkejut and then bukak mata pandang aku.. Aku tak cakap apa2 just pegang jer tangan dia...

About 10 seconds then I said "Now u smell your hand.." Dia pun try hidu tangan dia.. 

Aku tanya "Is it wangi or smelly?" 

Dia diam...

Aku : Smelly kan?

Eesya : Yes...

Aku : Smelly because you have transferred the germs from your mouth to your hand.. Now your hand is full with germs..

Eesya : *Diam jer..* Can we go and wash my hand now?

Yup... Aku dah tau dia akan mintak nak pi basuh tangan dia.. Being a clean freak like Eesya, that's usually the solution in her mind... Kotor, kena cepat2 basuh..

Aku : No.. Mama too tired to bring u to the toilet.. 

Eesya : *Diam lagi.. Dia mmg takkan merengek/degil kalau aku cakap aku tired..*
 
Tetiba dia pegang mata dia dengan tangan tu..

Aku : Haaa... See.. Now u touch your eye with that hand... U transferred the germs to your eye pulak.. Nanti sakit mata!

Eesya : *Muka dah cuak... Nampak cam tak kena gaya dah baring pun.. Dia sentuh pulak tangan dia lagi satu..*

Aku : Haaaaaaaaaaaaaaa... Now u touch your other hand... Now both hands dah dirty.. Full of germs.. 

Eesya : Then how mama?

Aku : U just sleep.. Keep your hands off everything... 



Korang nak tau camne gaya dia try to sleep smalam?



 Bertahan....

*
*
*
*
*
*

  Bertahan....

*
*
*
*
*
*

 Bertahan....

*
*
*
*
*
*
Lama bertahan camni...


Dia punya tak nak sentuh bantal, cadar apa pun dah smalam..

Tegak jer 2-2 tangan dia camtu smalam..

Bila dia dah cam tertidur, tangan dia terjatuh skek, terus dia sedar.. Angkat balik tangan jadik camtu...

Tapi aku tak ler kejam sangat.. Pastu aku cuci tangan dia... Baru dia boleh tidur nyenyak...

I hope she will get the lesson about the bad habit.. Cara ngajar budak Eesya ni mmg kena psycho camtu skek.. Kalau main cakap jer, bukannya dia nak dengar...

Tapi betul2 harap dia tak melekat dengan habit tu... Really really I cannot stand wan...




“There is no way to be a perfect mother, and a million ways to be a good one”

Sunday, September 18, 2011

Make Over Sofa...


Sofa kitorang dah berusia baper tahun eh? Dari kawin laa kan... So maknanya dah dekat 5 tahun... Wohhhhhhh... Baru sedar sofa ni dah dekat 5 tahun... Hahaha.. Patut laa dah tenggelam... Based bawah tu dah patah.. Sian dia terpaksa menampung berat badan yg bukan calang-calang kat umah kitorang ni.. Hahaha... So kami pun panggil laa Dr. Sofa dtg untuk check condition sofa ni... Mintak tolong betulkan apa yang boleh dibetulkan..

Dr. Sofa ni namanya Uncle Wong.. Aku dpt contact no dari Homelife.. Tempat aku beli sofa ni dulu.. Masa tu mintak contact no sapa2 yg boleh nak buat cover cushion ni balik sbb dah koyak.. Pastu Homelife bagi no uncle ni.. So dah pernah laa panggil uncle ni skali mai tengok, and then dia jahitkan jer kat umah aku gak cover sofa tu sbb dia kata skek jer koyaknya.. Tak yah nak ganti2.. Jimat duit haku.. Hehehe

Pastu lepas maktok duk bebel2 kata sofa tu tenggelam, aku pun call laaa Uncle Wong ni lagi mintak datang tengokkan apa yang tak kena dgn sofa kitorang tu.. Bila dia datang, dia check, and then dia bagitau, based bawah tu dah patah... Bwah tu cam jenis belting jer.. Bende tu dah lendur ke bawah... So kena ganti belting tu.. And dia akan tambah kusyen yang macam sponge tu satu layer sblm ke belting tu sbb yang sedia ada dah hancusss....

L-Shape yang asal....

So ok laa.. Aku asal boleh pakai lagi L-Shape tu, kire ok jer.. Nak beli lain, takde kedai pulak nak amik trade in.. Kalau yg jenis 3+2+1 tu Fella Design amik jer trade in.. Yang L-Shape ni tak nak pulak diorang... Pastu Uncle Wong tanya lagi, apa lagi aku mau? Nak baiki jer ker? Pastu aku pun cakap laa... "Uncle boleh transform sofa ni cam magic tak? Jadi bentuk lain ke?" Hahahaha.. Aku melawak jer time tu... Sekali Uncle tu layankan aku.. "U mau jadi macam mana? U bagitau I.. I boleh buat punya.." Aiyokkkk.. Sekali dia serius laaa... So aku kata laaa aku nak potong armrest yg sebelah hujung tu sbb oversized.. Lebih pada dinding.. Dia kata OK... Pastu aku cakap nak gabungkan semua jadi sambung terus sbb bila pisah2 tu, toys Eesya suka duk jatuh celah tu... Pun Uncle tu kata OK... So kira2 semua, dia kata RM300.. Muahahaha.. Aku pun ok jer ler.. Aku ingat dah RM500++ dah... Lepas tu set appointment bila dia nak mai buat.. Dia kata dia mai buat kat umah pun boleh sbb kalau nak bawak ke kilang dia, nanti kena sewa lori... Sewa utk lori jer dah RM200.. So jimat laa RM200 tu kalau dia dtg buat kat umah... Tak lama pun.. 3 jam jer dia kata.. So aku pun ok jer ler....

Tetengah tu laa aku suh gabungkan...

So smalam, hari Ahad, macam yang dijanjikan, Uncle Wong pun sampai.. Uncle Wong ni mmg punctual.. Kalau janji kul 2.00, kul 1.58pm dia dah call ada depan umah... Hahaha.. So kong kang kong kang dia kerjakan sofa aku, ni laaa hasilnya.... Tak sampai 3 jam pun sebenarnya Uncle tu buat... Kira puas hati gak laa.. Hehe

Dalam proses.. Belting hijau tu laa dah ranap lendur... So kena gantikan..
Budak Eesya testing yang dah siap...

Hasil akhir... Ngan-ngam jer dinding belakang tu lepas dah buang armrest
Hujung skali kami alihkan untuk letak Wing Chair budak nih... Dia punya pasal laa makin sempit umah yg mmg dah sempit nih.. :p
Budak ni pengsan sbb sibuk sangat duk tengok Uncle Wong tu buat keje.. Hahaha
 
Sayang sebenarnya sofa ni sebab ni hadiah kawin dari maktok.. Walaupun maktok tak kisah kalau nak jual ke trade in ke, tapi bukan senang orang nak kasik hadiah RM2k pi laaa beli apa korang nak beli kan... Hahahaha.. Ingat lagi punya seronok duk pi pilih sofa ni kat PISA tu... Habis semua sofa kitorang try... At last Encik Pejoi berkenan sangat sofa yang ni... So kena fully utilized laa sampai habis.. Agak2 esok dah cemuih sangat sampai tatau nak transform lagu mana, baru kita pikir beli lain ler kot Encik Pejoi kan? 

Wednesday, September 14, 2011

Hari Jadi ke 29 Encik Pejoi...

Smalam adalah  besday Encik Pejoi yang ke-29... So semalam sempena menyambut hari kebesaran beliau, aku pun telah mengapplykan cuti kepada diri sendiri seminggu sebelum tu... Dan paksa Encik Pejoi suh cuti gak walaupun takde laa special occasion yang nak dijalankan.. Just pi jalan2 and spend time together kat umah (tapi aku tido jer banyaknya sbb tak sedap badan.. Hahahaha)

Malam sebelum tu, budak Eesya telah menggaduhkan diri nak buat birthday card kat abah dia... So aku pun mengkoyakkan kulit modul Word aku sebab cari kertas berkaler takde kat umah.. Tu jer yang dapat dicapai akalku.. Pastu aku pun gunting buat bentuk love and bagi kat Eesya untuk mengkalerkan kertas tersebut... Dia pun berusaha sehabis mungkin nak meniru ayat "Happy Birthday Abah" yang aku tulis atas kertas lain untuk dijadikan demo set kepada beliau..

Dalam proses mengimpresskan abah beliau..

Abah beliau pun cam haru tak terharu jer dapat kad tu sebab dah dia buat kad depan mata abah dia kan.. Hahaha.. Tapi lepas tu abah pun lekat laa kat fridge umah kitorang.. Budak Eesya pun kemain laa bangga kembang kempis hidung beliau bila lalu kat fridge tu nampak hasil kraftangan beliau terpampang di situ.. Pastu sibuk nak buat kad kat semua orang... Maktok, Tok Ayah, Umi, bla bla bla... Orang dah cakap takde kertas kaler, lagi mau demand nak buat kat ramai2 orang... Jadiknya permintaan beliau itu aku buat2 tak dengar saja... Hahahaha

Tapi lepas tu dia gak sibuk duk pesan kat aku "Tomorrow we need to go and buy birthday card for abah, ok mama?" Bila aku jawab "Laaaa... Tadi kan Eesya dah buat birthday card kat abah?" Boleh ler pulak budak cerdik pandai ni menjawab "Mama.... That one is not birthday card laaa... That one  paper..." Wah wah.. Suka hati pulak Encik Pejoi menggelakkan aku sebab dikenakan oleh anak beliau.. Cessss...

Esok tu bersamaan dengan Birthday Encik Pejoi, seperti biasa cuti mana boleh bangun awal.. Hahaha.. tak kira laa birthday sapa pun.. Cuti = mesti bangun lambat... So pas siap2, kul 10.30am baru kuar umah.. Pi breakfast roti canai kegemaran kat Hamna sambil merangka-rangka agenda hari tersebut... So kata sepakat telah tercapai, pi Queensbay jer ler sbb kang ada ibu mengandung yang nak balik nap tengah hari.. Muahahaha... So to Queensbay laa kitorang dengan tujuan asal, menanyakan hadiah sebeday beliau dah sampai stok ke belum...

Rupanya tak sampai lagi stok benda alah tu.. Sangat kasihan pada beliau.. Walaupun ada berita baik kata harga benda tu sudah turun sedikit, tapi stok tak sesampai.. Dijangka sampai bulan Oktober nanti.. Takpe.. Takpe.. Kita jalan and cari lagi...

Lepas dah jalan skek, pegi laaa memakan kek kat Haagen Daz.. Kek yang dipilih budak Eesya adalah sama dengan kek tahun sudah cuma saiz kecik.. Tahun sudah sambut ramai2, logik laa amik kek besar.. Ini 3 orang setengah jer nak makan... So amik saiz kecik laa skek... Padahal mama suh pilih bentuk lain, tapi Eesya nak gak bentuk tu.. "This one laa nice... This is present chocolate cake.." Yer ler.. Suka hati ko ler labu.. Sian Encik Pejoi have no say about the cake... Tapi better ler kan dari mula2 tu Eesya nak suh beli Jelly Cake kat King's sebelah Tesco Extra tu kan... Hahahaha.. Apa yang berkenan sangat dengan jelly cake tu pun tatau...

Sama-sama happy.. Hehe
Lepas makan cake tu, hari sudah hujan2.. Kami pun patah balik hantar kek yang melebih-lebih  tu pi umah maktok... Sebab aiskrim kek, so tak bleh laa nak bawak menonong pegi sambung jengjalan kat KBJ dalam operasi mencari hadiah sebeday orang tu kan... Terpaksa laa delivery sat dalam hujan lebat tu... 

Then off we went to KBJ... Jawapan sama, takde stok yang Encik Pejoi nak tu.. Kalau nak, kena pesan seminggu baru sampai.. So Encik Pejoi kata baik tunggu yang bulan Oktober jer sbb yg tu version baru skek.. So, aku tak kesah laa memana.. Tapi sian beliau tak dapat pegang hadiah sebeday beliau pada hari sebeday beliau...

Pastu... Balik umah... Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.... Sampai laaa Asar... Lepas tu baru bangun and siap2.. Kul 6.45pm pi Sungai Ara, pi amik pulut kuning yang aku tempah kat Kerm and Mimie Melting Bites tu untuk letak kat surau... Aku pulak boleh lupa dah pesan Oreo Cheesecake seminggu sebelum tu.. So malam tu kami dinner makan pulut kuning dan cake lagi.. Hahaha.. Encik Pejoi terus takmo makan cheesecake tu.. Dah tak larat makan cake katanya.. So yg hura horray makan kek adalah aku, Eesya dan maktok... Kui2...

Pulut Kuning Kari Daging.. Nyum nyum...
Oreo Cheesecake..

So, itu jer ler satu hari di harijadi Encik Pejoi.. Tunggu Oktober laa baru saya bagi hadiah sebeday tu yer... Rupanya sedar tak sedar, ni adalah birthday Encik Pejoi yang ke-10 kami sambut bersama-sama.. Alhamdulillah... Dari birthday beliau yang ke-20 masa tahun 2002... Sampai sekarang.. And still counting.. Insya Allah...

Happy Birthday to you Abang! 

May Allah bless us forever and ever and ever...

Love u so much!~

Semoga dapat menyambut birthday abang lagi sama-sama sampai ke akhirnya..

Tuesday, September 13, 2011

Simpton Baru - Mama is everything!~

Orang slalu kata, kalau kita pregnant, nanti anak yg atas tu mula laaa nak merap lebih kan? 

Haaaaaaaaa... Sila laa percaya... 

Aku tak nak balik dah time lunch hour pasni..

Ada budak duk buat akai banyak duk merap mak dia tak bagi pi keje balik..

Atau pun ngamuk takmo take nap dengan maktok..

Nak dengan maaaaaaaaaaaaaaaakkkk dia jugak..

Pi toilet pun nak MAMA..

Makan pun nak suh MAMA suap...

Tengok kartun pun nak tengok dengan MAMA...

Pakai baju pas mandi pun nak MAMA..

Amik air kat dapur pun nak MAMA gak???

Atau pun... 

Apa2 laaa...

Tapi semua nak MAMA MAMA MAMA!!

Adehhhhhhhhh...

Pening laaa MAMA camni Eesya ooi....!!~

Budak merap tengah merap suh beli wingchair kat Fella Design..

Monday, September 12, 2011

Update gambar jer..

Ni antara beberapa gambar Eesya yg aku suka sepanjang our 2011 trip... Untuk mengelakkan aku campak merata-rata, adalah lebih baik aku upload siap2.. Hehehe


Ni masa kat 1st house yang kitorang visit..

Eesya tengah bebel2 kat collage Thomasland.. Hahaha

Ni kat Cardiff.. She looks so happy and herself..

Macam anak2 dara dah.. Hehe
 
Tension asik2 makan benda sama..
Eesya dan Abah berlatar belakangkan Big Ben...
Gambar ni the BEST laa.. Suka sangat2.. Ramai kata Eesya ni iras Kak Ani.. Kan?

Sunday, September 11, 2011

Keloyaan tahap melampau...



This Adik Eesya rasanya akan lebih banyak songeh dari Eesya...
Adui laaa....

Pesanan Ringkas utk Encik Hubby ku sayang:

Please bersabar with me sayang.. Orang pun tengah menahan sabar jer nih... Huhu


Thursday, September 8, 2011

Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman...

Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya) “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Monday, September 5, 2011

Mode : Takdak Mood


Takdak mood nak upload gambar raya.. 

Takdak mood nak update blog...

Takdak mood nak layan org yg suka cari pasal tetiba..

Takdak mood nak pikir pasal org lain...

Takdak mood nak pikir benda remeh temeh..

SERIOUSLY...  

Benda takde benda pun nak dijadikan benda... 

Ntah hapa2 ntah...


Related Posts with Thumbnails