EESYA

AARIZ

Wednesday, June 26, 2013

Aariz @ 14 Months

Kadang-kadang kesian pulak pikir bila jadi anak no 2.

Masa anak no 1, maknya semangat keep track milestone si anak. Sampai kadang-kadang benda yg kecik pun sangat sangat sangat happy, tulis dalm buku (tipu laa tu... aku ada blog jer.. diari tak pernah ada) perkembangan anak tu...

Tapi bila jadi anak no 2.. Maknya tak sempat nak keep track milestone.. Nak baca babycenter pun belum tentu sebulan sekali boleh jengah.. Nak update blog lagi laaa sayup-sayup kelihatan..

Tapi hari ni sbb aku rasa dah berbaloi gaji yg aku ambik, mmg dah berderet dah keje yg aku siapkan, so aku nak update blog.. Hahahaha...

Aariz skrg dah 14 bulan.. Dah pandai macam-macam... Tapi kalau banding dengan Eesya, aku rasa Aariz lebih pandai fizikal segala motorskill berbanding bercakap.. Tapi ada dah beberapa benda yang dia cakap yg aku dah boleh paham..

  1. Kalau nak minum susu, tanya dia "Aariz nak nenen ke?" Kalau dia nak, dia akan berdiri, mengarahkan badan ke kitchen, sambil jalan setapak setapak.. Pastu jeling tengok kita ikut dia ke tak.. Kalau ikut, dia akan start lari ke dapur and sebut "Nen Nen Nen".. Kalau kita tak ikut, dia akan stop dan menjerit dengan suara yg sungguh memekik pitching tinggi gila nak pengsan "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!" camtu bunyinya.. Hahahaha.. Kalau rasa2 gegendang telinga mampu bertahan, buat laa lembap2 ikut dia pegi dapur.. Kalau rasa2 gegendang dah nak meletup, cecepat laa lari ke dapur buat susu.. Hahahaha

  2. Kalau nak makan, tanya "Aariz nak Nyum Nyum ke?" Kalau dia nak, dia akan jawab " Mam Mam Mam.." Kalau takmo, dia akan kata "Namau!!! Namauuu!!" sambil geleng-geleng kepala bersungguh-sungguh pastu sanbung dia tengah buat apa sebelum tu..

  3. Dia paling pantang nampak Tok Ayah atau dikenali sebagai "Yayah".. Bila nampak Yayah jer, dia akan mula berbunyi sebegini.. "Vrooommmm Vroom...." Isyarat kat Yayah supaya bawak dia naik motor.. Tak kira laa siang ke malam ke, subuh ke tengah malam ke apa ke.. Nampak Yayah jer mesti Vrooommm Vroooommmm... Tok Ayah pun suka sangat laa bawak dia ronda2 naik motor...

  4.  Selain tu dia dah pandai panggil Mama and Tatak.. Abah dah lama tak dengar dia panggil.. 

  5. Benda2 fav dia mmg pandai laa dia sebut macam:
    • Tar = Car
    • Tet = Cat
    • Berd = Bird
    • Kite = Bird
    • Aeroplane = Bird
    • Ball = Baaaaak
    •  Balloon = Baaaaak jugak
    • Apa2 bentuk bulat semua pun Bakkkk laaa.. Hahaha

5544_10200102499547658_1205968050_n
Ada budak pi school pakai baju Ralph Lauren? Ini kes baju tak kering sampai baju jalan pun hentam buh dlm beg nursery..Hahaha

487471_463117880440484_1531601346_n
Aariz with his friends kat school..
One thing about Aariz is, he is always a happy baby... Happy time kalau, sangattttt laa happy... Tapi kalau mai mengamuk time, fuhhhh... Memang berterabur lari semua orang.. Hahahaha... Aariz, if u ever read this entry, tolong laa ambik tau yang awak dah berapa kali cederakan mak pak and kakak awak.. Takat berdarah bibir sebab kena hentak dgn kepala tu mama dgn abah dah tak heran... Takat kena sepak masa tido, kakak pun dah tak heran... Tapi bab kena hentak dgn kepala kat kepala and mulut mak pak time tido, mak pak mmg tahan sabar banyak laaa... Berapa kali dah Ma ngadu kat Abah nak tepon teledera sebab asyik kena dgn anak sendiri sampai berdarah2 mulut.. Tapi Ma, Abah and Kakak sayang Aariz sampai bila-bila.. Hahahaha

IMG_2464[1]
My happy baby
Aariz juga takde perasaan gayat... Kalau dulu Eesya mmg tak pernah aku menghadapi masalah nak kena standby memanjang kat belakang punggung dia sbb panjat sana sini, tapi dengan Aariz, mmg kena jadi JAGA semanjang... Dia suka hati jer panjat tak kira tinggi mana.. And he start climbing around before he can even walk... So aku sangat bertabah dan berstandby jer ler.. And bab jatuh sana sini, dia pun cam dah immune.. Kalau takat terantuk kepala sikit2 tu, dia boleh jalan buat donno jer... Kitorang semua dah terkejut sbb dengar bunyi dia terhantuk dinding ke apa ke, kalih2 dia jalan buat cam takde benda jadi pun.. Hahaha

IMG_2453[1]
Gaya punggung tonggek.. Hahaha
Rasanya Allah memang dah tahu tahap mana kesabaran aku dengan Aariz.... Memang berganda-ganda laaa aku menjadi penyabar, dan tabah, dan supermom dengan budak ni... Hahaha... Just imagine kalau aku drive balik umah dgn Eesya and Aariz jer dalam kereta.. Aku akan prepare mental and fizikal sebelum balik tu... Waktu lunch aku akan pastikan beli dah apa2 untuk budak2 ni makan.. Bukan sejenis dua makanan, at least 4-5 jenis.. Keropok lekor, biskut, vitagen, roti, nugget, etc.. Kena make sure jugak benda tu boleh bagi Aariz ralit.. Pastu aku akan pasang iPad, bagi tengok Barney.. Lepas Barney boring, suh Eesya tukar apps yang Aariz suka yg lain.. Pas satu.. satu... Tapi after 45 minutes, dah tau Aariz takkan boleh bertahan terikat kat carseat.. Dia akan ngamuk nak keluar.. Kalau time tak jammed, 45 minutes tu Insya Allah dah sampai rumah.. Kalau time jammed, slalunya time tu elok2 jer keluar tol Bukit Tambun.. So aku akan bukak jer seat belt dia... Dia akan pandai2 terjun turun sendiri.. And mula laa episod yg lebih mencabar.. Dia akan mai depan dan buat suka hati dia... tekan emergency light, duduk atas hand break.. Duduk atas riba.. Ikut dan dia laaa... Memang time dah sampai umah tu, aku pun cam dah lembik lunyai dikerjakan budak Aariz ni... Hahahaha

IMG_3345[1]
Big boss dalam carseat

That is my Aariz... He is one active boy.. But he surely know how to make people fall in love with him... :)

1 comment:

  1. Salam Puan

    Saya mewakili pihak Pengurusan The Cabin Langkawi ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas entri yg Puan buat utk The Cabin Langkawi.
    Atas sebab2 teknikal pihak kami ingin meminta jasa baik dari Puan untuk membuat sedikit pembetulan jika boleh. Pertolongan yang ingin pihak kami minta ialah :-

    1) Supaya tidak menyatakan harga The Cabin didalam Blog Puan kerana berlaku perubahan harga
    2) En Mohd Noor adalah agent kami dan bukannya owner The Cabin Langkawi
    3) Tidak menyatakan sebarang no telefon untuk tempahan The Cabin selain dari no The Cabin sendiri.

    Kami amat berharap supaya pihak kami mendapat kerjasama yang sepenuhnya dari pihak Puan

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails