Monday, October 5, 2015

Rezeki... Alhamdulillah


Update secara ringkas bagi mengisi masa lapang.. Agak2 tak ringkas tu sebab terlampau banyak masa lapang lettew.. Hahahaha

Cerita 1: Kerjaya

Now dah bertugas dekat sebulan di Kampus Eng, USM.. Buat permohonan tukar suka sama suka dgn collougue atas sebab lokasi.. Sebelum ni dah setahun 5 bulan di IPPT, Bertam.. Asalnya memang minta tukar ke Kampus Eng, sebab dekat skek dgn rumah.. And tak payah lintas jambatan.. Tapi tu pun bukan laa officially mintak bersurat bagai, just gurau2 masa meeting and sampai ke pihak atasan.. Kena pulak masa tu mmg tgh nak reshuffle.. Tetiba jer dpt surat tukar ke Bertam which is one hour drive from my house.. Nak tak nak, kena laa menurut perintah.. Bila di sana, tetiba ada peluang utk mintak tukar suka sama suka, so here i am.. Alhamdulillah, rezeki.. Jimat almost RM500 utk duit minyak and tol.. Ada hikmahnya kan setiap kejadian.. :)

Cerita 2: Family

Kakak dah 7 tahun nak masuk 8 tahun... Aaiz dah 3 tahun setengah.. And Alhamdulillah I'm expecting twinnies... Kalau ikut due date adalah 13 Jan 2016.. A day before my 33rd birthday.. Tapi... Kali ni pregnant kena cucuk insulin... Sbb ada diabetik.. Lepas pregnant ke Aariz mmg tak turun2 and mmg dah start makan ubat.. So detect2 pregnant jer terus kena warded and belajar cucuk insulin.. So ramai yang ingat kali ni pregnant adalah happy2 sbb twins, and whatsoever, tapi bukan sepanjang masa laaa bergumbira yer.. This pregnancy considered high risk pregnancy.. Disebabkan oleh twins + diabetic.. So check pun kerap sampai I lost track check up kat mana, utk apa.. Sangattt kerap.. Semua2 pun kena.. Setakat ni 3 tpt check up.. Klinik Kesihatan, Klinik Pakar O&G, Klinik Pakar Mata GH, and yg private Lam Wah Ee.. 

Why pegi semua? Kerajaan and Lam Wah Ee?

Aim memang nak bersalin kat Lam Wah Ee cam si kakak and Aariz.. Tapi disebabkan twins, and takut bersalin awal, kot2 twinnies kena masuk incubator.. So we keep our options open.. In case kalau terlebih awal sebelum 35w, bersalin kat GH laa jawabnya... Kalau dah cecah 35w and everything seems ok, then to Lam Wah Ee ler...

Perasaan masa tau pregnant?

Hahahaha.. .Orang ingat aku adalah happy... Padahal.. Hanya mereka dalam rumah tu jer yang tau... I decided to stop at 2.. Sebab rasa sepasang dah cukup.. And sebab dah tau ada diabetic, and kalau pregnant jer mesti kena cucuk insulin, I was scared to death.. Masa tau pregnant tu adalah hari ke 67 cycle.. Sebab period mmg dah tak betul.. And tak expect pun pregnant.. Tetiba rasa cam nak check.. And positive.. Mula2 rasa cam nak gelak.. And I did laugh out loud.. But keluar2 toilet jer, rasa cam kena reality rush masuk kepala otak.. Nanti kena cucuk insulin, nanti sakit macam masa pregnant kat kakak and aariz (aku alah sampai nak bersalin still muntah2 and sakit sana sini.. warded sblm bersalin slalu 2-3 kali macam2 sakit), sakit nak beranak, etc.. Semua dtg dalam kepala otak sekaligus... Terus tetiba renggah meraung nangis tak ingat dunia.. Huhu.. Sangatttttttttt takut..

Masa tu, si kakak yg memula suka sebab dengar nak dpt baby, terus terdiam.. She looks speechless bila tgk mama dia meraung gitu.. Terus pujuk.. "It's ok mama.. Maybe u're wrong.. Maybe there's nothing inside your tummy.. There is no baby there.. It's ok.." Rasa cam Ya Allah, besar dah anak aku ni... Walaupun tgh nangis, and Encik Pejoi pujuk and kata "Jangan camni.. Kakak pun jd serba salah tgk nak happy ke nak sedih ke.." so I stop crying..

Lepas 2 hari ambik masa utk hadam the reality, kitorang gi klinik kesihatan dekat rumah.. Untuk bukak buku merah.. Pegi klinik kerajaan sbb dah tau diabetic mesti kena cucuk insulin kang, so tak gi private clinic pun cam slalu2.. Bila check, mmg confirm pregnant dah 9w.. Haaa.. 1st time laa pregnant sampai 9 minggu baru sedar.. Si kakak masa 5w dah tau.. Aariz masa 7w dah tau.. So this one, 2 bulan lebih.. Rasa kesian pulak kat baby sebab mama ignorance sangat.. Tak ambik apa supplement pun dari awal.. Dah laa duk makan ubat diabetic masa tu.. Sangat takut kot2 ada effect apa2 kat baby... So doktor decide kena warded sehari utk belajar cara cucuk insulin sendiri.. Masa tu dah redha jer.. Whatever comes, I'll face it dgn redha..

Then lepas dah settle2 cakap dgn doktor tu, doktor suh baring utk ultrasound.. Baring jer atas tu.. Masa tu doktor tu chinese.. Elok jer duk cakap english.. Tetiba dia scan, dia cakap "Eh, ni kembar ni.." terus dalam kepala otak masa tu adalah "Kembar ni penyakit apa pulakkkkkk?? Huwaaaaa" camtu... Pastu nampak Encik Pejoi duk meraup muka dia.. Pastu baru cam "Hahhhh?? Kembar?" Terus aku gelak kat situ.. Apakah permainan ini?

Dulu2 masa check up scan Aariz, slalu sangat tanya kat doktor "Sorang jer ker doktor? Cuba check belakang2 kot2 twins dia nyuruk kat blakang?" Doktor tu slalu cam gelak2 jawab "Sorang jer lahhhhhh.." Haaaa.. Kali ni, sampai tak sempat nak buat lawak dgn doktor, sendiri yang terkejut terkedu kan.. Padan muka aku.. Hahahaha..

Sesungguhnya, rezeki itu dari Allah.. Walaupun dalam hati tak nak anak dah, dah rasa cukup, dah rasa lengkap, tapi kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi.. Dia lebih tau yang mana terbaik utk kita.. And for me, mungkin Allah tau, nothing is going to excite me anymore.. Dah pernah pregnant girl sorang, boy sorang and with all the penyakit I have, aku tak mungkin akan rasa ini adalah satu happiness.. Unless He give me something that I don't have yet.. So He decided to give me TWINS.. Maybe.. Sesungguhnya perancangan Allah tu adalah yang terbaik... 

Mohon doakan yang terbaik utk kami bertiga....


Related Posts with Thumbnails