Showing posts with label UK Trip 2011. Show all posts
Showing posts with label UK Trip 2011. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Update gambar jer..

Ni antara beberapa gambar Eesya yg aku suka sepanjang our 2011 trip... Untuk mengelakkan aku campak merata-rata, adalah lebih baik aku upload siap2.. Hehehe


Ni masa kat 1st house yang kitorang visit..

Eesya tengah bebel2 kat collage Thomasland.. Hahaha

Ni kat Cardiff.. She looks so happy and herself..

Macam anak2 dara dah.. Hehe
 
Tension asik2 makan benda sama..
Eesya dan Abah berlatar belakangkan Big Ben...
Gambar ni the BEST laa.. Suka sangat2.. Ramai kata Eesya ni iras Kak Ani.. Kan?

Thursday, August 25, 2011

Chelsea Stadium Tour

Malasnya aku nak menyambung citer nih.. Hahaha.. Takde mood sungguh bulan2 posa ni... So aku ikut dan jer ler update yg mana yer.. Kali ni citer pasal Chelsea Stadium Tour... Ni semata-mata memenuhi permintaan Encik Pejoi yg peminat Chelsea tu... Cam biasa, beli tiket online sebulan dua sebelum pergi sbb lebih murah... :)


Kami pegi ke Stamford Bridge ni pada hari terakhir kami kat UK.. Masa ni tinggal aku, Encik Pejoi dgn Eesya jer.. Kak Ani dgn Abg Ayie dah balik.. Diorang punya flight awal sehari dari kitorang.. So kira trip yg ni mmg survive dan pandai2 sendiri jer nak sampai.. Dan tawakal jer.. Siap kena naik underground tube, pastu tukar naik bas pulak.. Alhamdulillah sampai.. Walaupun ngam2 jer time dgn tour tu dah nak start.. Hahaha.. Patutnya kena sampai awal 15 minit.. :p



Lawatan hari terakhir di UK..

Kami last skali sampai... Org lain dah jalan dulu... Hehe

Our guide... Tak ingat nama dia..

Sampai2, lepas amik badge, kami dibawa masuk ke bilik pemberita... Dalam bilik ni, tour guide tu pun bagi taklimat serba sedikit pasal team Chelsea dan bilik pemberita tu.. Dalam bilik tu lengkap dgn bar, wifi access, TV LCD, network point, power plug, telefon, photostat machine dan benda2 berkaitan untuk pemberita yg buat live reporting masa match berlangsung.. Bilik tu kira lengkap laa dengan segala keperluan yang pemberita perlukan... Bilik tu jugak merangkap bilik press conference room...


Abah and Eesya posing kat meja yang selalu digunakan masa press conference..

Lepas tu, kami dibawak lalu dalam bilik interview..  Kecik jer biliknya.. Dan hanya ada 2 bangku... Then masuk dlm changing room untuk team yg melawat..

Encik Pejoi kat depan Away Changing Room..

Dalam Away Changing Room..

Dalam Away Changing Room ni, ada 2 massage table.. In case kalau berlaku injury kat player.. Dan ada toilet, dan kerusi dan tempat sangkut baju.. Dan 1 cermin.. Memang simple jer.. Tapi tour guide tu mmg lawak laa.. Dia citer dulu2 ada skali dgn fridge, tapi skrg dah takde sbb ada player yang dirahsiakan namanya telah mengamuk bagi pecah fridge tu lepas kalah dengan Chelsea.. Betul ke tak citer dia, Wallahualam.. Hehehe...

Semangat kemain lagi dia bercerita...
Tengok cermin yang sebelah guide tu, sebok laa duk citer ramai pemain bola yg femes2 semua pernah tengok diri sendiri dalam cermin tu... David Beckham, Ronaldinho bla bla bla.. Aku bukan kenal... Gelak jer ler... Hehe..

Pastu kami dibawak pulak ke Chelsea Changing Room.. Haaaa... Punya laa berbeza biliknya.. Sila laa tengok sendiri...

Pintu Chelsea Changing Room

Bersusun massage chair depa...

Bilik Warm Up..

Pantri... Kemain lagi haaa...
Shower room diorang open ko... Hahaha..

Cam best jer lotion diorang.. Hahaha
Eesya dgn Encik Pejoi kat locker players..
Pas dah habis dia terang2 dalam Changing Room tu, baru kami dibawak keluar ke tempat duduk stadium... Baru laa boleh amik gambar padang..


Jom tengok padang pulak...
Eesya @ Stamford Bridge Stadium
Dekat jer seat depan skali dgn padang..
Tengah check rumput..
Kat bahagian belakang kerusi penonton, bersusun XBOX360..
Boleh main kalau tension tgk match nak kalah kot.. Hahaha
Bersungguh dia citer pasal kerusi sponsor yg ada heater sendiri laa apa bagai...

Eesya yang dah boring dan lapar.. Tak sempat nak breakfast pagi tu kalut2 sangat..

Me and Eesya yang ikut jer.. Bukan paham sangat bola sepak ni semua.. Hahaha
Kesayanganku... Puas hati dah dapat gi stadium ni? :p

Dah habis tour yg lebih kurang 45 minit tu, kami dibawak keluar.. Keluar2 tu jumpa kedai merchandise dia.. Apa lagi.. Shopping laa lagi walaupun bag dah penuh (melebih bag sebenarnya siap beli kat sana lagi..hahaha)..


Eesya tengah sibuk suh mama belikan bola.. Adehh...

Pas dah habis membeli dan membelah, kami pun keluar laa nak balik... Pastu sempat laa amik2 gambar kat luar stadium ni... 


Eesya suka hati duk lari sana sini..
Yang kelakarnya, kat luar stadium ni, semua kaler biru.. Sungguh2 ni.. Tak tipu.. Segala benda pun biru..
Forklift biru..
Signboard biru..
Guard house biru..
Tong sampah pun mesti mau biru gak.. Hahahha

Lepas dah habis menyopping, kami pun naik bas nak patah balik ke Victoria Coach Station sbb dah beli tiket coach dari situ ke Stansted Airport.. On the way tu, sempat laa jalan2 pusing2 pekan Chelsea tu... Aman harmoni jer nampak tak macam tetengah London yg bz dan memeningkan kepala tu... Tapi Cardiff lagi laa aman harmoni cam kampung jer.. Hahahaha

Encik Pejoi tengah packing hasil shoppingan kat station bas.. Hehehe
Sekian, nanti bila aku takde mood nak citer pasal raya, aku sambung lagi citer pasal UK ni.. Gambar yg berlambak tu yg buat aku malas nak belek tatau nak upload mana satu.. Hehe

Thursday, August 11, 2011

Eesya Sana Sini Sinun..


  

Thomasland La La La~

Dalam 11 hari kami kat UK, satu hari jer kami peruntukkan untuk Eesya.. Hahaha.. Hari ni kami gelarkan "Eesya's Day.." sbb hari-hari lain adalah hari mama and abah shopping day... Hahaha... So pada bila Eesya's Day ni, kami bawak dia pi Thomasland yang berada di Tamworth.. Tamworth ni dekat jugak dengan Birmingham.. 

Jenis kat UK ni banyak pakai voucher.. Theme Park diorang mmg slalu offer tukar dengan Tesco Club Points laa.. Atau pun voucher Buy 2 for 1.. 2 bulan sebelum pegi aku duk survey2 cari offer untuk Thomasland ni, mmg takde offer... Sangat tension.. Last2 aku try beli tiket melalui website dia.. Sbb harga beli online lebih murah dari harga walk in...

Tapi malangnya, transaction untuk pembelian online hanya boleh dibuat dari dalam UK saja.. So aku tak lepas... Jadinya, bila aku post problem aku kat FB diorang, diorang suh aku email ke bahagian sales.. Makanya aku pun email ler ke bahagian sales dan org tu uruskan booking tiket aku nih.. Sampai sana baru bayar.. Tapi guna rate internet.. Masa tu dah happy dah sbb dah berjaya jimatkan around GBP20 bersamaam RM100..

Tapi dekat2 nak pi, seminggu lagi sebenarnya, ada pulak vouver Buy 2 for 1 keluar.. Cesss.. Sungguh menyusahkan hidup aku.. Tapi takpe.. Sebab aku belum bayar lagi.. Jadinya aku print jer voucher tu, dan guna voucher tu jer... Hahaha.. So aku abaikan pembelian aku melalui email tu.. Mesti org tu menyumpah aku agaknya tak muncul2 pada hari tiket tu.. Hahahaha...

So aku jimat lagi GBP9 bersamaan RM45 di situ.. :p 

Aku kan pandai berjimat.. :))))

Ok lah.. Nak balik dah.. Layan jer ler gambar2 dlm Thomasland ni... Banyak sangat gambar tapi aku buh skek jer ler... Nak lelebih ada dlm FB.. Daaaa!!~

Percubaan Encik Baba mengambil gambar kami bertiga...
Mama and Eesya with the Thomasland entertainer..

Railway Thomas, Percy, James apa bagai...

Eesya tengah tunggu turn...

Eesya with Jeremy..


Melayan budak Eesya naik Jeremy..


Hohoho.. Mama agak cuak di situ..
Main sampai pening...


Kawan Encik Thomas apa benda ntah nama dia...

Percy...

Me and Eesya..

Naik kereta antik ini juga pusing2 kawasan farm buatan...


Suka hati dpt naik Percy...


Depan Exhibition..

Antara model dlm exhibition..
Cam real jer kan..
Eesya duk sembang dgn gambar Thomas..
Terence's Driving Academy..

Batang pokok smiling..
Tapi Eesya takut.. Dia kata "That tree eyes are like these!! So scary!!" Hahahaha
Jumpa Dino Trail ler pulak..

Eesya takut...
Jalan2 kat Thomasland.. Tu pun tak sempat habis masuk Drayton Manor Theme Park sebelah tu...
Related Posts with Thumbnails