Showing posts with label Aariz. Show all posts
Showing posts with label Aariz. Show all posts

Wednesday, June 18, 2014

Sempena 2 tahun, 2 bulan, 2 minggu, 2 hari..

Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmm...

Rasa cam nak masuk rumah hantu.. Punya lama dah update blog ni.. Hahaha...

So hari ini, sempena Aariz 2 tahun, 2 bulan, 2 minggu, 2 hari.. Tetiba angin mood melanda nak update blog...

Takde apa nak citer sangat pun.. Just missing the days that I have time to jot down merapuness in this blog...

Alangkah lapang di saat itu.. Walaupun tak lapang sangat, tapi still boleh curi2 masa untuk update blog..

Benarlah kata yang 5 itu:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

So sekarang? Aku LAPANGGGGGG sangat.. Hahaha.. Alhamdulillah..

My happy boy!

Ok daa.... Update tu jer bleh? Tunggu laa tahun depan ke pulak baru aku update lain.. Hahaha


Wednesday, June 26, 2013

Aariz @ 14 Months

Kadang-kadang kesian pulak pikir bila jadi anak no 2.

Masa anak no 1, maknya semangat keep track milestone si anak. Sampai kadang-kadang benda yg kecik pun sangat sangat sangat happy, tulis dalm buku (tipu laa tu... aku ada blog jer.. diari tak pernah ada) perkembangan anak tu...

Tapi bila jadi anak no 2.. Maknya tak sempat nak keep track milestone.. Nak baca babycenter pun belum tentu sebulan sekali boleh jengah.. Nak update blog lagi laaa sayup-sayup kelihatan..

Tapi hari ni sbb aku rasa dah berbaloi gaji yg aku ambik, mmg dah berderet dah keje yg aku siapkan, so aku nak update blog.. Hahahaha...

Aariz skrg dah 14 bulan.. Dah pandai macam-macam... Tapi kalau banding dengan Eesya, aku rasa Aariz lebih pandai fizikal segala motorskill berbanding bercakap.. Tapi ada dah beberapa benda yang dia cakap yg aku dah boleh paham..

  1. Kalau nak minum susu, tanya dia "Aariz nak nenen ke?" Kalau dia nak, dia akan berdiri, mengarahkan badan ke kitchen, sambil jalan setapak setapak.. Pastu jeling tengok kita ikut dia ke tak.. Kalau ikut, dia akan start lari ke dapur and sebut "Nen Nen Nen".. Kalau kita tak ikut, dia akan stop dan menjerit dengan suara yg sungguh memekik pitching tinggi gila nak pengsan "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!" camtu bunyinya.. Hahahaha.. Kalau rasa2 gegendang telinga mampu bertahan, buat laa lembap2 ikut dia pegi dapur.. Kalau rasa2 gegendang dah nak meletup, cecepat laa lari ke dapur buat susu.. Hahahaha

  2. Kalau nak makan, tanya "Aariz nak Nyum Nyum ke?" Kalau dia nak, dia akan jawab " Mam Mam Mam.." Kalau takmo, dia akan kata "Namau!!! Namauuu!!" sambil geleng-geleng kepala bersungguh-sungguh pastu sanbung dia tengah buat apa sebelum tu..

  3. Dia paling pantang nampak Tok Ayah atau dikenali sebagai "Yayah".. Bila nampak Yayah jer, dia akan mula berbunyi sebegini.. "Vrooommmm Vroom...." Isyarat kat Yayah supaya bawak dia naik motor.. Tak kira laa siang ke malam ke, subuh ke tengah malam ke apa ke.. Nampak Yayah jer mesti Vrooommm Vroooommmm... Tok Ayah pun suka sangat laa bawak dia ronda2 naik motor...

  4.  Selain tu dia dah pandai panggil Mama and Tatak.. Abah dah lama tak dengar dia panggil.. 

  5. Benda2 fav dia mmg pandai laa dia sebut macam:
    • Tar = Car
    • Tet = Cat
    • Berd = Bird
    • Kite = Bird
    • Aeroplane = Bird
    • Ball = Baaaaak
    •  Balloon = Baaaaak jugak
    • Apa2 bentuk bulat semua pun Bakkkk laaa.. Hahaha

5544_10200102499547658_1205968050_n
Ada budak pi school pakai baju Ralph Lauren? Ini kes baju tak kering sampai baju jalan pun hentam buh dlm beg nursery..Hahaha

487471_463117880440484_1531601346_n
Aariz with his friends kat school..
One thing about Aariz is, he is always a happy baby... Happy time kalau, sangattttt laa happy... Tapi kalau mai mengamuk time, fuhhhh... Memang berterabur lari semua orang.. Hahahaha... Aariz, if u ever read this entry, tolong laa ambik tau yang awak dah berapa kali cederakan mak pak and kakak awak.. Takat berdarah bibir sebab kena hentak dgn kepala tu mama dgn abah dah tak heran... Takat kena sepak masa tido, kakak pun dah tak heran... Tapi bab kena hentak dgn kepala kat kepala and mulut mak pak time tido, mak pak mmg tahan sabar banyak laaa... Berapa kali dah Ma ngadu kat Abah nak tepon teledera sebab asyik kena dgn anak sendiri sampai berdarah2 mulut.. Tapi Ma, Abah and Kakak sayang Aariz sampai bila-bila.. Hahahaha

IMG_2464[1]
My happy baby
Aariz juga takde perasaan gayat... Kalau dulu Eesya mmg tak pernah aku menghadapi masalah nak kena standby memanjang kat belakang punggung dia sbb panjat sana sini, tapi dengan Aariz, mmg kena jadi JAGA semanjang... Dia suka hati jer panjat tak kira tinggi mana.. And he start climbing around before he can even walk... So aku sangat bertabah dan berstandby jer ler.. And bab jatuh sana sini, dia pun cam dah immune.. Kalau takat terantuk kepala sikit2 tu, dia boleh jalan buat donno jer... Kitorang semua dah terkejut sbb dengar bunyi dia terhantuk dinding ke apa ke, kalih2 dia jalan buat cam takde benda jadi pun.. Hahaha

IMG_2453[1]
Gaya punggung tonggek.. Hahaha
Rasanya Allah memang dah tahu tahap mana kesabaran aku dengan Aariz.... Memang berganda-ganda laaa aku menjadi penyabar, dan tabah, dan supermom dengan budak ni... Hahaha... Just imagine kalau aku drive balik umah dgn Eesya and Aariz jer dalam kereta.. Aku akan prepare mental and fizikal sebelum balik tu... Waktu lunch aku akan pastikan beli dah apa2 untuk budak2 ni makan.. Bukan sejenis dua makanan, at least 4-5 jenis.. Keropok lekor, biskut, vitagen, roti, nugget, etc.. Kena make sure jugak benda tu boleh bagi Aariz ralit.. Pastu aku akan pasang iPad, bagi tengok Barney.. Lepas Barney boring, suh Eesya tukar apps yang Aariz suka yg lain.. Pas satu.. satu... Tapi after 45 minutes, dah tau Aariz takkan boleh bertahan terikat kat carseat.. Dia akan ngamuk nak keluar.. Kalau time tak jammed, 45 minutes tu Insya Allah dah sampai rumah.. Kalau time jammed, slalunya time tu elok2 jer keluar tol Bukit Tambun.. So aku akan bukak jer seat belt dia... Dia akan pandai2 terjun turun sendiri.. And mula laa episod yg lebih mencabar.. Dia akan mai depan dan buat suka hati dia... tekan emergency light, duduk atas hand break.. Duduk atas riba.. Ikut dan dia laaa... Memang time dah sampai umah tu, aku pun cam dah lembik lunyai dikerjakan budak Aariz ni... Hahahaha

IMG_3345[1]
Big boss dalam carseat

That is my Aariz... He is one active boy.. But he surely know how to make people fall in love with him... :)

Sunday, May 12, 2013

Life is bz sokmo...



1) New Daily Routine

Eesya start her KAFA class on 1st April 2013.. 1 hour per day.. Dekat dgn area school dia skrg.. And Alhamdulillah her principal willingly to send her to the KAFA class without additional charges. Balik aku terus pi ambik kat KAFA class dia tu lepas ambik Aariz kat school depa tu..

IMG_1791
Her happy face masa mama go and fetch her.. Happy faces camni laa yang mama tak boleh lepaskan bagi orang lain pergi ambik lepas school... Banyak cerita pulak tu.. :)


2) Melayan budak 2 orang ni

2-2 orang ni sangat bersatu hati selalunya.. Ada-ada jer akai depa nak bagi mama happy.. Kadang2 rasa penat nak duk rehat, tapi bila tengok depa duk main kejaq2 ke, bergelak ketawa ke, dan2 rasa cam nak join.. Hehe

IMG_2104
Adik, show your tongue!

IMG_2106
Say AAAAAA Adik!

3) Sakit yang berpassing batton

Si adik kena chicken pox... Asalnya lepas balik kenduri kat Bandar Perda, lepas 4 hari dah nampak bintik2 merah... Itu pun teacher yg  perasan and send gambar kat Whatsapp.. Budak lain kat school takde pulak kena.. After upload gambar kat FB kata Aariz kena chicken pox, then 1 of my cousin bgtau anak dia pun baru kena... So conclusion dia kena masa kat kenduri tu laa.. Huhu

IMG_1657
Bintat-bintat semuanya..
Syukur Alhamdulillah masa kena chicken pox tu, Aariz tak demam sekelumit pun... Tapi... Pas dah habis chicken pox, dia sambung pulak dgn demam because of tonsilitis... Bersabar dan bertabah jer lah mama.. Lagi tabah dan sabar adalah maktok and tok ayah yang kena mengasuh Aariz sbb tak bleh pi school.. And abah si Aariz yang bila shift dia off day kena jaga anak, maktok nak pi menjemput and menguruskan hal kenduri yang dah makin dekat masa tu... Itu yg satu sangat suka bila suami keje shift.. Mama dia tak yah teruk2 ambik cuti sbb boleh gilir2 hari masa jaga anak sakit.. Tapi sangat tak suka kalau shift dia keje weekend or malam.. Nak buat camne.. Redha jer lah.. Ada laa pro and cons tak? :)

IMG_1689
Kena lumur dengan daun mambu hehehe

Owh, lepas surut demam sebab tonsilitis yg 5 hari tu (punya laa lama sampai pi tukar antibiotik baru ok), tetiba keluar laa pulak bintik2 merah cam measles tu.. Dugaan lagi.. Tak pi sekolah lagi.. Ambik masa 4 hari juga baru nak surut.. Doktor kata sama ada sbb dia allergic to new antibiotik or sbb campak palsu nak keluar panas pas demam.. Aku rasa sebab nak keluar panas laa kot sbb dah stop antibiotik yang baru consume tu but still naik jugak..

IMG_2093


Itu si adik punya cerita.. Yang kakak pulak.. Mula2 sebelum adik chicken pox, dia tersembam kat gear dalam kete.. Masa tu dah dekat nak sampai umah.. Mula laa dia tergedik2 takmo duduk diam.. Nak agah si adik dalam carseat yang mama letak kat depan.. Tetengah dia agah, tetiba ada satu motor budak kampung mana yang rupa pun cam takde lesen, boleh menonong masuk ke jalan tak tgk kiri kanan dah.. So mengelak dari motor itu, mama break mengejut.. Lagi sikit jer nak kena.. Boleh lak budak tu dgn member dia gelak2 jelir lidah.. Memang bengang sangat! Si kakak dah tersembam and rusuk dia kena gear kete.. Lebam gak ler.. So esok tu bawak ke Hospital Pantai untuk check.. Alhamdulillah doktor kata takde retak ke apa.. Cuma lebam and kena monitor takut pendarahan dalaman.. So far dah hilang lebam dia tu.. Takde apa..



IMG_1643
Tengah tunggu turn jumpa doktor..

Lepas dah habis kisah pasal rusuk beliau, beliau dengan jayanya menerima baton chicken pox dari si adik... As expected laa kan... Dah makan pun satu sudu, mandi satu bath tub.. Orang dah larang tak mau dengar kan... So biar jer ler.. Alang2 nak kena, kena laa 2-2.. Senang nak handle.. Hehe


IMG_2016
Macam tepung gomak..
IMG_2004
The same spot... Ini laa chicken pox yg sangat sistematik.. Haha

4) Menyeronokkan kanak-kanak

Saya juga bz sbb memenuhi permintaan anak-anak (tapi baru satu jer yang pandai mintak macam-macam, yang lagi satu pandai ikut seronok jer.. hehe) sepanjang ketiadaan di dunia blog ini... Biarlah.. Anak 2 orang jer pun... Anak happy, mak pun happy.. Pak jer kurang happy sbb wallet makin nipis kot? Hahahaha

IMG_1455
Seronok bukan? Haha

IMG_1467
Yang ni blur jap mula2.. Pastu melesap ilang dalam bola..


IMG_1500
Petang-petang pi playground..

IMG_2254
Ni request nak ice cream sbb weather hottttttttt sangat..

IMG_2240
Ni sbb mama malas layan depa sorang2 kat umah.. So lepak kat sini.. Hahaha

5) Melayan anak dara

IMG_1686
Ni anak dara saya punya sandwhich.. Hehe
IMG_1666
Mula2 request nak baking cake.. Ikutkan..

IMG_1819
Pas seminggu, nak buat cupcake pulak.. Layankan...

IMG_2014
Masa tgh chicken pox, request nak ice cream buat sendiri.. Layan jugak..

IMG_2061
Pastu mula duk bukak buku resepi suh buat Gingerbread cookies plak dahhhhh...

IMG_1845
Ni tengah testing baju flower girl.. Hehe

OK... Panjang dah kot.. Hahaha.. Lenkali sambung citer basi yang tertinggal.. :p


Monday, December 10, 2012

Aleesya's Concert Day


*Ehem... Ehem.. Testing 1 2 3.. Boleh nampak tak gambar2 di bawah? Harap2 nampak ler.. Gua dah takde ikhtiar dah ni.. Last effort untuk memaintainkan blog ini.. :)


DSC_0239
Aleesya in action..

Konsert kali ni, Eesya adalah bersama Sri Embun.. Dulu dengan Smart Reader Kids kan.. So this time, new school, new teachers, new friends, new environment.. Luckily Eesya ni jenis cepat blend in.. Tambah2 kalau dia suka tempat tu, she will feel at home.. Cepat jer dia mesra..

This time concert and graduation day ni buat kat The Northam All Suites, Penang.. Aku pernah stay sini dulu masa akhir2 mengandung kat Aariz, dalam 32 weeks camtu kalau tak salah.. Sebab masa tu Encik Pejoi outstation to KL, and aku kena pegi pejabat lawyer sebelah hotel ni untuk tandatangan S&P jual umah lama.. Hari Jumaat petang lak tu.. So decided to stay there sbb tak mau kalut balik dgn jammed and rushing, tengah boyot2 laki takde, so stay laa kat sana..

Jadinya bila tau kata konsert Eesya buat kat the same hotel, kami pun book terus jer ler hotel tu.. Hahaha.. Memang malas balik betul..


IMG_0618
On the stage

Bilik kat sini memang semua suite, siap dengan jacuzzi dalam tu.. Itu pasal laa gedik nak stay situ sebab the last time we went there, Encik Pejoi kan takde.. So kali ni si abahnya ada.. Best laa sikit.. Gambar bilik malas laa buh.. Nanti kang overload lagi storage aku.. Muahahaha


IMG_0643
My handsome little Aariz at the concert day

Masa konsert tu, kelas Eesya buat performance lagu Top Hat.. Boleh lak dia mengelamun lupa step... Kekekeke.. Padan laa slalu masa praktis teacher kena garang kemain.. Budak2 ni suka leka tgk kawan2 buat step tu, depa lupa time step depa.. Kena pulak hari konsert tu mak pak punya ramai, lagi laa pakat ralit tgk mak pak adik kakak sendiri, lupa step bagai.. Anak aku laa tu.. Hahaha.. Tapi overall, semua performance adalah best2 belaka.. Yang best jugak sbb kat Sri Embun ni ada dari baby sampai laa dah sek men yang transit kat situ, so performance pun pelbagai laa.. Dari nursery rhymes sampai laa lagu Oppa Gangnam Style.. Hehe

And the food is nice too.. Tapi aku tetap tak puas makan sebab budak Aariz buat kecoh muntah kat situ.. Hahaha.. Biasa laa ada anak kecik ni.. Mana laa nak puas makan, puas tido skrg nih.. Layankan ajer ler...

So itu saja entry kali ni.. Aku nak testing jadi ke idak jer gambar aku upload tu.. Nanti aku update lagi kalau jadi.. Kalau tak jadi, malas laaa update... :p

Sunday, November 25, 2012

Aariz 1st Swimming Experience..

"Ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah serta menunggang kuda." 
(Riwayat Ibnu Najah dan Nasai)

Menjadi anak seorang Mashithah Hasim, terpaksa laa si Aariz mengikut jejak langkah si kakaknya.. Umur 7 bulan kena terjun kolam.. Dulu si kakak start umur 6 bulan.. Tapi sebab si adik yang manja ini kurang sihat, makanya dipostpone dulu majlis menyelamkan beliau dalam air sampai agak2 dah sihat.. Walaupun masih berhingus skek, tapi takpe.. Berendam di tengah panas akan lebih cepat menyembuhkan selesema.. Percaya laa... Hahahaha.. Majlis pijak air ni dilaksanakan di The Northam All Suite 25 Nov 2012.. Pukul 10 pagi.. :p


Muka ragu2 si Aariz.. Hahaha

He seems not so happy.. :p

Testing 1... 2.... 3

Muka sudah benam...
Sebek terus... Hahahaha


Kakak enjoying her time.. Yang ni pun gini laa jugak mula2.. Ekkkk Ekkkk.. Hahaha

Takmo dah.. Asik melekap jer...

Muka tak bleh tahannnnnnnnn... Hahahaha

Apa laaa hero mama nih... Nampak lagi manja dari si kakak jer Aariz nih.. Dengan merengeknya.. Dengan sebeknya... Anak manja mama and abah ni... Kakak nampak more adventurous at this age dulu... Takpe.. Nanti kita cuba lagi kat umah baru k...


See... Muka manja kan? Hehe

My handsome boy..

Thanks to the coaches.. Hehe


Wednesday, November 7, 2012

2 Months Missing.. Sebab?

  1. Budak Aariz warded kat Hospital Pantai 2 kali... Sekali masuk 4-5 malam... Mula2 masuk sebab batuk, selesema, kahak.. So kena sedut kahak apa bagai.. Scary sekali pengalaman itu.. Rasa cam mintak nyawa tengok anak sendiri kena masuk tiub kot hidung pastu nampak menguit2 keluar kot mulut.. Pastu nampak kahak yang disedut masuk dalam tiub tetiba ada darah laa pulak.. Uwaaa... Tapi yg paling kesian adalah tengok budak Aariz nangis cam nak mati bila masuk benda tu.. Sian Aariz.. Sorry Aariz mama don't have any other options... I try my best not to put u in the situation by going to paed and get nebulizer pagi petang but still tak jalan.. Mama tak kisah balik2 keje dengan balik tak makan tak salin baju apa terus bawak Aariz pegi klinik.. 4 hari ulang alik klinik pagi petang malam.. But still tak menjadik.. malah makin teruk.. insurance for outpatient pun sampai habis dah... tak kisah gak bayar sendiri.. Ingatkan dah ok.. Tapi bila nurseri call and kata Aariz dah tak boleh bernafas, I was like mad terjah keluar from seminar room depan2 CIO, VIP apa semua bawak kete cam gila pi ambik kat nurseri terus bawak pi ER kat Pantai.. Masa tu bawak kereta pun tak sedar apa dah.. Tengok anak kat sebelah yg selalunya happy sampai paed kata "cam tak sakit pun" dah lembik and takde response langsung.. No more smile and bright and shiny eyes.. First time laa tengok Aariz lembik camtu.. Selalu sakit pun duk aktif memanjang...

1st day kat ward
Tetengah malam pun kena nebu.. Every 4 hrs..
Fisio session b4 sedut kahak..
Bosan duk atas katil jer.. Satu bilik 4 katil.. Tak bleh pi mana..
2nd day... Baru dapat tukar bilik sorang lepas bising2 kat nurse..

Dah ok skek... Mula laa tak duk diam.. Walker pun kena masuk spital gak..

Kat sini laa pandai duduk.. Dalam spital.. Hehe

Nebu adalah rutin..
2. Second time masuk wad adalah lepas 10 hari keluar wad.. Nurse pun kenal lagi muka kitorang nih.. Kali ni sebab muntah2 pulak.. Minum susu muntah.. Muntah yg bukan sikit2.. Yang membuak2 cam mata air keluar dari mulut.. Seriously scary sebab muka Aariz cam takde perasan jer masa muntah tu.. Just muka blur.. Tapi buwekkkk buwekkkk keluar dari mulut dia.. Satu malam sampai 4-5 kali.. Sampai last2 tu just keluar air liur jer tapi duk buwekkkk buwekkk gak.. Dah aa malam tu Encik Pejoi keje.. Aku sorang laa duk layan Aariz yg muntah, duk lap, duk bukak cadar apa semua.. Esok tu hantar lagi pegi nurseri sbb cuti pun dah takde.. Pesan kat teacher dia kalau muntah terus call... Dalam kul 11 am camtu teacher call.. Aariz dah 3 kali muntah dari pagi.. Maknanya dari malam tadi tu tak habis2 lagi ler muntahnya.. Masuk apa pun muntah.. Susu ke, cereal ke, porridge ke... Semua keluar balik.. So aku teruss mintak izin keluar dari ofis awal, bawak Aariz sorang2 pi Pantai.. Jumpa paed.. Paed kata warded dulu untuk observe and buat test rotavirus.. Tapi paed sendiri kata Aariz still active should be ok... Tapi budak ni bila2 pun active.. 


Ni bukan nangis.. Ni muka gedik suh orang angkat keluar dari babycot..

Ni budak asik muntah sampai baju seluar pun dah tak matching...

Saya bosan duk hospital... Keluarkan saya! Hahaha
Alhamdulillah bukan Rotavirus... It is viral infection or known as "Stomach Flu".. Kes Aariz sakit dan keluar masuk spital ni jer dah berlalu dah sebulan aku tanpa disedari.. Dengan balik pun still tak berapa ok, malam asik berjaga, muntah gak kadang2... Mmg tau2 jer, "Eh, bila budak ni boleh duduk tanpa support and merangkak satu umah?" Haaa.. Sampai gitu ler tak sedarnya milestone anak sendiri.. Tau2 jer dia dah memanjat and berdiri and dah start meniti at 6 months plus.. *Pengsan*

Aariz @ 6 bulan 13 hari..


At the same time.. Yang menyibukkan lagi diri aku ini adalah.... Rumah aku yg still tak move in lagi tu.. Sebab? Kitchen cabinet tak siap lagi... Plannya lepas dah siap kitchen cabinet, wardrobe and workstation, habis dah laa.. Boleh move in dah..

Workstation in master bedroom..

Attached Wardrobe in Master Bedroom

Attached wardobe and workstation in 2nd bedroom

Model Kitchen DFormat.. Hahaha

Almost done..
Masa ni tunggu solid top atas kabinet tu jer.. Bila top tu sampai, baru pasang the sink, dapur semua.. Konon-konon lepas tu boleh laa move in.. Tapi pastu isu pulak drainage dari sinki dengan lubang washing machine tersumbat.. Kena panggil developer tgk balik pasaipa.. And pastu jugak baru teringat curtain untuk sliding doors dgn grill belum confirm nak pasang yg mana.. Punya laa kelam kabut dengan anak masuk spital.. Dengan nak buat decision pasal rumah.. Camtu laa rupanya..

Tapi takpe.. Banyak benda lain dah settle...

TV panel kat family area atas settled!
Shoerack done!
TV panel kat hall bawah siap! Tapi aircond tu bocor laa pulak.. Huhu
Zebra blinds kat semua bilik done!
Plaster ceiling, lighting, lights - Settled!


So yang tinggal now adalah:

1) Settlekan aircond bocor kat hall bawah.. Habis kembang rak tv tu.. Cesss..

2) Curtain - Dah confirm dengan kedai untuk zebra blind for the whole house except family area atas.. Ambik ko.. Tak yah salin curtain 10 tahun.. Boleh? Hahahaha

3) Grill - Kena call and confirm with the installer.. Lupa lagi.. Haishhh..

4) Drainage - Settle semalam..  Mintak2 laa dah bebetul settle.. Aku belum check lagi.. Huhu

5) Hourly maid untuk cuci sliding doors, toilets, tangga, mop lantai - Follow up.. Kata nak call balik tak call2 pun.. Tau ler laku sangat musim Deepavali nih...


P/S: OK.. Cover tak missing stories for almost 2 months? Hahahahahaha




Related Posts with Thumbnails